Sejak diberi mandat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Najib Razak tidak pernah putus-putus menjalankan tanggungjawab beliau sebagai seorang pemimpin. Biarpun ada pihak yang cuba menyerang beliau dari kiri, kanan, depan atau belakang, tetapi semangat juang anak Pekan Pahang itu tidak pernah luntur. Biarpun pembangkang cuba untuk menjatuhkan kredibilti Najib Razak dengan pelbagai fitnah liar, tetapi ianya nyata tidak mampu untuk menumbangkan individu yang bergelar Najib Razak.
Produk 1 Malaysia Untuk Rakyat. |
Sejak dari mula diangkat sebagai pemimpin nombor 1 negara, Gagasan 1 Malaysia dilihat satu transformasi yang maha hebat untuk menjaga kebajikan rakyat. Ianya bukan hanya demi rakyat yang miskin tetapi merangkumi pelbagai lapisan masyarakat. Lihat sahajalah produk di dalam Gagasan 1 Malaysia yang hari ini menjadi sebutan di bibir masyarakat. Bantuan RM500.00 (BR1M), Kedai Rakyat 1 Malaysia dan banyak lagi mula diperkenalkan oleh kerajaan di bawah Najib Razak. Samada kita seorang pelajar IPT, pelajar sekolah, orang miskin, penjawat awam dan swasta, pemandu teksi, kartunis dan lain-lain, semuanya diambil perhatian oleh Najib Razak.
Gambar Fitnah Terbesar Pembangkang. |
Semestinya dalam proses Najib Razak untuk kembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan BN, sudah pasti ada pihak yang akan cuba memburukkan imej beliau. Walaupun terpaksa merekayasa fitnah terhadap Najib Razak mahupun keluarga beliau. Analogi yang mudah untuk kita guna, seekor ikan jika kepalanya busuk maka seluruh ikan tersebut akan busuk. Maka dengan mengambil analogi ini, pihak pembangkang akan terus memburukkan imej Najib Razak dengan harapan seluruh kepimpinan dalam BN menjadi buruk.
Zulkifli Nordin Rakan Karib Anwar. |
Allah itu maha adil. Yang hak pasti berdiri dan yang bathil pasti akan tumbang.Kejahatan dalam parti pembangkang semakin terserlah terutama Anwar Ibrahim. Seorang demi seorang rakan karib beliau mula menjauhkan diri bahkan hari ini menentang beliau. Zulkifli Nordin umpanya, adalah rakan yang yang sama-sama pernah berpakat dengan Anwar Ibrahim untuk menfitnah Najib Razak tetapi hari ini Zul telah keluar dari PKR dan menentang Anwar Ibrahim. Satu demi satu Zulkifli dedahkan kejahatan Anwar Ibrahim.
Eskay Dedahkan Video Seks Anwar Ibrahim. |
Ketika Eskay mendedahkan video seks Anwar Ibrahim bersama pelacur cina, satu kejutan buat rakyat Malaysia. Selama ini ramai yang beranggapan bahawa kes liwat dan sumbang mahram membabitkan Anwar Ibrahim hanyalah satu fitnah. Namun video tersebut telah menjelaskan kepada rakyat siapa Anwar Ibrahim. Siapa mangsa fitnah sebenarnya? Anwar atau Najib? Ada ker video membabitkan kes salahlaku Najib Razak? Tetapi Anwar tetap menafikan yang dalam video tersebut adalah beliau dan beliau juga nafikan yang beliau kenal Eskay. Anwar terus membohongi rakyat Malaysia.
Anwar VS Najib |
Anwar Ibrahim dan Najib Razak sememangnya jauh berbeza. Anwar seorang pemidato yang hebat jika ingin dibanding dengan Najib Razak, tetapi tidak ada guna kalau pandai bercakap tetapi setiap kata-kata itu penuh dengan kepalsuan. Biarpun Najib Razak bukanya seorang yang petah dalam bercakap, tetapi beliau telah buktikan kepada rakyat lebih baik bekerja daripada hanya bercakap. Rakyat harus dijaga kebajikan bukanya dihidang dengan cakap-cakap kosong di pentas ceramah. Hari ini Najib Razak telah menjadi sebutan oleh rakyat sebagai bapa Transformasi. Tahniah buat YAB Datuk Seri Najib Bin Tun Razak.
-Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim-
Anwar Ibrahim memang perosak kepada Agama Bangsa dan Negara. Sesiapa yang bersubahat dengan Anwar pastinya orang itulah paling bodoh di atas muka bumi.
ReplyDeleteSape nk pangkah tok nuar silalah..tp aku akan memastikan tidak utk nuar dn seangkatanya..bkn utk sekarang tp utk selama lamanya..
ReplyDeleteSaper rasa dia penyokong LGBT, sialalah pangkah ANwar Peliwat.
ReplyDelete