Tahniah buat Ustaz Nasharuddin Mantan Timbalan Presiden PAS Pusat yang mendapat menantu baru pada 20/5/2012. Apa yang menarik, majlis tersebut turut di hadiri beberapa pemimpin UMNO antaranya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, Ketua Pemuda Khairy Jamaludin, Dato' Seri Nazri Aziz dan beberapa lagi. Selain itu juga, yang turut hadir adalah Presiden JATI mantan EXCO Negeri Selangor YB Dato' Hassan Ali.
Ust. Nasha yang dipecat dari PAS baru-baru ini kelihatan amat ceria apabila orang nombor dua negara Malaysia dapat hadir ke majlis tersebut. Beliau nampak tidak kekok melayan TPM sewaktu majlis berjalan. Dalam majlis tersebut ada juga ilmuan dari Arab Saudi yang turut hadir.
Nampaknya, majlis tersebut bukan sahaja memberi kegembiraan kepada Ust.Nasha dan keluarga yang mendapat menantu baru, bahkan ia membuatkan seluruh umat Melayu Islam merasa bangga apabila bekas seorang ulamak PAS meramah mesra dengan kepimpinan UMNO sekarang. Apakah ini titik tolak bermulanya penyatuan orang Melayu Islam di Malaysia? Harap begitu lah. DAP pasti takut jika ini berlaku kepada orang Islam di Malaysia. Biarkan sahaja Mat Sabu bersama DAP kerana beliau dibayar RM10k setiap bulan oleh Lim Gua Eng.
Seram sejuk,mengigil dan terlalu suka dan seronok melihat kemesraan TPM Tan Sri Muhyidin bersama Nasaruddin dan Hassan Ali.Demi Agama,Bangsa dan Negara, bersatu lah umat Muhammad s.a.w.
ReplyDelete