Monday, May 7, 2012

#BERSHIT 3.0! Polis Atau Perusuh Yang Kejam? Video Eksklusif Ini Ada Jawapanya.



Mungkin anda yang tidak terlibat secara langsung akan lupakan insiden rusuhan oleh pemberontak keji sewaktu BERSHIT 3.0 baru-baru ini. Tetapi bagaimana nasib keluarga anggota polis yang meninggal sewaktu bertugas menjaga keselamatan sekitar BERSHIT dijalankan? Apakah mereka boleh lupa begitu sahaja? Apakah wartawan yang dipukul begitu kejam oleh perusuh boleh melupakan tragedi hitam yang menimpa beliau? Adakah anggota polis dari Terengganu yang diterbalikkan kereta beliau oleh perusuh tidak mengalami trauma atau seumpanya? Kita yang hanya melihat dari rakaman video mungkin tidak dapat merasa keperitan yang dialami mereka ini. Bukan mudah untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga apabila terpaksa menghadapi risiko sebegitu rupa.

Video ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa rusuhan BERSHIT 3.0 tidak membawa sebarang kebaikkan tetapi sebaliknya mendatangkan kesan negatif yang begitu banyak. Lihatlah bagaimana harta awam sanggup dimusnahkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab itu. Lagikan manusia mereka sanggup pukul, inikan pula harta awam yang lain. Siapa yang untung dalam rusuhan tersebut? Pastinya adalah Anwar Ibrahim dan juga Ambiga. Anwar Ibrahim memang bercita-cita untuk menghuru-harakan hubungan pemimpin dan rakyat. Anwar Ibrahim tidak mahu melihat siapa yang memerintah hari ini hidup aman dan damai selagi beliau tidak diangkat sebagai PM Malaysia. Inilah Anwar Ibrahim. Bukan kita tidak tahu cita-cita Anwar untuk jadi PM sudah lama beliau impikan. Sejurus beliau dilucutkan jawatan sebagai TPM pada tahun 1998, maka mulalah siri membalas dendam beliau. Apa cara sekalipun, Anwar akan pastikan yang orang lain akan memerintah negara dalam keadaan huru hara biarpun hingga memakan nyawa manusia yang tidak berdosa.

Rakyat yang cintakan keamanan harus bangkit dan mengajar Anwar melalui peti undi pada PRU13. Anwar bukan individu yang baik untuk kita angkat sebagai PM jika dilihat reaksi beliau sepanjang rusuhan BERSHIT 3.0. Sebagai ketua umum yang kononya imam mahdi, sudah pasti beliau yang harus mengawal perusuh supaya tidak berlaku kejam. Tetapi ia sebaliknya yang berlaku. Anwar Ibrahim pula mengarahkan agar perusuh merempuh anggota PDRM yang bertugas. Inikah ciri-ciri seorang pemimpin? Apakah dunia hari ini ingin bersaing melalui kekejaman? Adakah Islam menuntut umatnya berlaku kejam antara manusia? Bersama kita fikirkan...

-Kes Seks Anwar Belum Pulih.. Timbul Pula Adegan Azmin Ali-

No comments:

Post a Comment

Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.