Wednesday, May 30, 2012

1000 Orang UMNO Masuk PAS Setelah Husam Umum Projek Lebuhraya?

Harrrkkk Tuihh!!

Dua tiga minggu ini Pas Kelantan sedang kalut mencanang berita yang mereka akan membina lebuh raya sepanjang 73km dari Kota Bharu ke Kuala Krai dengan kos RM 1.9 bilion. L/raya itu kelak tidak akan dikenakan sebarang bayaran tol.
Majlis pecah tanah untuk pembinaan tersebut telah pun dilakukan semalam oleh MB Kelantan. Manakala orang yang memainkan peranan penting disebalik pembinaan tersebut tidak lain tidak bukan adalah Husam bin Musa.
Menurut kickdefella, ada seorang pemimpin Pas Kelantan menghubunginya dan gelak sakan bila berbicara dengannya kisah l/raya Husam Musa. Awal bulan umum nak bina l/raya, hujung bulan dah majlis pecah tanah. Macam nak buat longkang pula....
Kebiasaannya projek-projek yang dirancang dan dilaksanakan oleh Husam, Insyallah ianya tidak akan ke mana. Hanya gah pada nama dan pelancarannya sahaja sepertimana projeknya yang lepas-lepas.

  • Projek kambing jamnapari
  • Projek Kelantan Koridor Depu
  • Dinar emas Kelantan
  • Bazar Tok Guru
  • Skim takaful warga emas Kelantan
Daripada tahun 1990 hingga tahun 2012 sudah tidak terbilang berapakah pengumuman projek-projek besar yang Pas hendak laksanakan di Kelantan tetapi itu hanya sekadar pengumuman dan pelancaran sahaja. Tidak lebih daripada itu.
 

No comments:

Post a Comment

Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.