Friday, April 27, 2012

ANWAR IBRAHIM PART 3. Anwar Menentang Ketuanan Melayu.

PKR telah membuat resolusi dalam persidangan perwakilannya bahawa ia menentang ketuanan Melayu seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan. Resolusi ini dibuat atas nasihat Anwar Ibrahim yang menjadi penasihat PKR.

            Sejak Merdeka hingga sekarang UMNO tetap berpegang teguh dengan perlembagaan. Rakan-rakan kongsi kuasa, MCA dan MIC, turut mengakui kepimpinan UMNO dan berpegang pada perlembagaan negara. Parti-parti komponen BN sekarang pun tidak pernah mempertikaikan isi dan semangat perlembagaan itu.

            Perlembagaan negara jelas mengenai ketuanan Melayu. Raja-raja Melayu menjadi raja berperlembagaan dan ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu di negeri masing-masing. Agama rasmi negara ialah Islam. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara. Hak istimewa orang Melayu dan bumiputra dipertahankan. Rakyat bebas bersuara dan agama-agama lain boleh disebar kalangan bukan Melayu tetapi tidak boleh dikembangkan di kalangan orang Melayu yang beragama Islam.

            Atas dasar perkongsiaan kuasa antara Melayu dengan bukan Melayu UMNO tidak mengabaikan kepentingan bangsa-bangsa lain. Hari ini terdapat menteri-menteri Cina, India, Kadazan, Iban, Murut dalam kabinet Persekutuan. Mereka sedar ini negara tanah tumpah pribumi Melayu yang beragama Islam. Persefahaman inilah yang menjana kekuatan dan perpaduan kaum antara Melayu dengan bukan Melayu sejak 54 tahun UMNO memerintah.

            Apakah Anwar lupa dia pernah memperjuangkan Melayu dan Islam sewaktu menjadi pemimpin ABIM, dan selepas itu dalam kabinet Mahathir? Apakah dia lupa waktu menjadi ketua Pemuda UMNO dia tetap memperjuangkan kepentingan Melayu dan kerajaan yang dianggotainya? Bukankah bapanya, Pak Brahim, bekas attendent hospital di Sungai Bakap pernah menjadi setiausaha parlimen kerana UMNO? Anwar menjadi kaya raya, megah dengan kuasa, sewaktu menjadi timbalan perdana menteri merangkap menteri kewangan, sewaktu dalam UMNO? Bukankah adik beradiknya menjadi jutawan mi segera bila dia berada dalam kabinet Mahathir?

            Inilah yang dikatakan kacang lupa kulit.Dia lupa asal usulnya. Dia terkenal sebagai pemimpin politik bukan kerana dia pernah menjadi ketua ABIM. Dia hanya mengepak dan berkokok sebagai tokoh politik setelah menjadi timbalan perdana menteri merangkap menteri kewangan. Anwar jangan menipu rakyat dan sejarah.

            Hari ini dia menentang ketuanan Melayu. Ertinya dia menentang dan ingin menghapuskan hak dan kepentingan bangsanya sendiri yang terpahat dalam perlembagaan negara. Dia mahu Melayu hilang kuasa politik dan menjadi pengemis di bumi Melayu sendiri. Dia membenci UMNO tetapi lupa UMNO hidup atas kekuatan sokongan dan semangat orang Melayu dan Islam.

            Apakah pemimpinan yang membenci bangsanya sendiri boleh disokong rakyat? Bolehkah rakyat Melayu khasnya menerima Anwar sebagai perdana menteri yang memusuhi bangsanya sendiri dan mahu menghapuskan hak dan kepentingan bangsanya? Hanya Melayu yang bodoh dan taksub dengan putarbelit Anwar sahaja yang membuntutinya.

            Mengapa Anwar sanggup mengkhianati hak dan kepentingan bangsa Melayu? Dia sedar orang Melayu tidak akan menerimanya sebagai bakal perdana menteri kerana Melayu tidak boleh menerima seorang homoseks sebagai pemimpin negara. Islam juga melaknati pemimpin seperti itu. Oleh itu dia mengharapkan bukan Melayu akan memberi sokongan padu kepadanya.

            Sebab itu dia bermuka-muka dengan DAP, parti perkauman Cina, yang anti Melayu, anti Raja-raja Melayu, anti Islam dan anti hak istimewa Melayu. Sebab Melayu tidak boleh menerima seorang homosek sebagai perdana menteri dia terpaksa mengemis sokongan dari kaum Cina, India dan bumiputra bukan Islam.

            Golongan Cina dan bukan Islam menerimanya kerana muslihat politik mereka. Mereka sememangnya tidak mahu dikuasai oleh orang Melayu, dan mahu menjadikan Malaysia sebagai negara yang dikuasai Cina. Mereka tidak peduli Anwar seorang homosek kerana mereka boleh memperalatkannya untuk agenda politik mereka.

            Apakah agenda politik DAP dan Cina? Melemahkan orang Melayu, menghancurkan kuasa politik UMNO melalui Anwar dan PAS. DAP tidak perlu bersusah payah melaksanakan agenda Malaysia Malaysianya. Anwar dan PAS digunakan sebagai kuda tunggangan nmereka. Inilah dasar “pecah dan memerintah” yang diamalkan penjajah British dan kini diamalkan pula oleh DAP dengan memperalatkan Anwar dan PAS.

            DAP tahu Anwar seorang pemimpin desperado. Dia akan lakukan apa saja demi kepentingan pribadinya. DAP hanya memnberi sokongan olok-olok saja untuk terus menerus memecahbelahkan Melayu dan menghancurkan UMNO. Mereka mendewa-dewakan Anwar dan berjanji dia akan dipilih menjadi perdana menteri kalau Pakatan Rakyat menang dalam PRU 13 ini.

            Oleh itu dia hendak membuktikan kepada DAP bahawa dia sanggup menentang ketuanan Melayu dan menghancurkan kuasa orang Melayu. Dia sanggup merampas hak dan kepentingan Melayu dan Islam hanya untuk meraih sokongan dari DAP kerana menganggap DAP akan menyokongnya jadi perdana menteri kelak.

            Lagi sekali kita bertanya.  Apakah Melayu akan menerima Anwar yang terbukti seorang homosek untuk menjadi perdana menteri? Apakah Melayu sanggup menyokong Anwar yang menjadi pengkhianat bangsa dan ingin menghancurkan kuasa politik Melayu untuk menjadi hamba pecacai kepada DAP?

            Sebelum nasi menjadi bubur orang Melayu mesti beringat kalau Melayu hilang kuasa politik masa depan anak cucu dan bangsa Melayu akan menjadi gelap gelita.Identiti bangsa Melayu dan Islam akan hilang disapu bersih oleh Anwar yang menjadi perkakas DAP, parti perkauman Cina yang pekat itu.

Tangan Aku Bau Pantat Shamsidar!!
 -Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim-

Anwar Ibrahim Part 4 ( Bersambung minggu depan )

No comments:

Post a Comment

Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.