Thursday, April 26, 2012

ANWAR IBRAHIM PART 2: Bagaimana Homoseks Disamakan Dengan Mandela, Erdogen & Syu Syi?

Bila dibebaskan dari meliwat Saiful Anwar berkokok dia difitnah. Dia dijadikan mangsa konspirasi UMNO lagi. Tetapi keadilan dipihaknya.Untuk menunjukkan ketokohannya hebat dia bandingkan dirinya dengan Recep Tayyip Erdogan, perdana menteri Turki yang pernah dipenjarakan. Dia bandingkan dirinya sama dengan pemimpin Turki yang berjuang atas kekuatan Islam itu.  Dia juga menyamakan dirinya dengan Nelson Mandela, pemimpin terkenal ANC (African National Congres) Dia juga menyamakan dirinya dengan Aung  San Suu Kyi dari  Myanmar yang tersohor itu.

            Perdana menteri Turki dipenjarakan kerana parti Islamnya berjaya dalam pilihan raya Turki. Dia didapati bersalah oleh mahkamah kerana dianggap perjuangannya menentang falsafah negara Turnki yang mengamalkan Kemalism, iaitu penghapusan Islam dalam pentadbiran negara Turki yang dianggap sekular menurut fahaman politik Mustafa Kamel Ataturk. Waktu dalam penjara Abdullah Gul, timbalan nya menjadi perdana menteri. Dibuat pindaan terhadap undang-undang dan jawatan perdana menteri diberi semula kepada Erdogan hingga sekarang.

            Nelson Mandela, pemimpin kulit hitam Afrika Selantan, dipenjara di penjara di Pulau Robben selama 27 tahun kerana menentang apartheid kulit putih yang menguasai kerajaan Afrika Selatan.. Bila dibebaskan dia menjadi presiden Afrika Selatan dan disanjung sebagai negarawan bertaraf dunia.

            Suu Kyi  pula seoranjg pemimpin politik yang menang dalam pilihan raya di Myanmar tetapi kemenangannya tidak disenangi oleh junta tentera yang memerintah.Partinya National Leagye for Democracy  memenangi 392 dari 485 kerusi Parlimen Myanmar. Dia dikenakan tahanan rumah selama lebih dari 15 tahun dari 21 tahun yang dijatuhi junta tentera Myanmar.. Beribu-ribu penyokongnya yang setia merengkuk dalam penjara.

            Ketiga-tiga pemimpin politik ini menjadi korban kerana mereka memperjuangkan hak rakyat yang ditindas, menentang penguasa rejim yang zalim. Justeru itu mereka mendapat sokongan padu dari rtakyat di negara masing-masing. Mereka benar-benar berkorban kerana perjuangan mereka yang suci. Mereka tidak mempunyai skandal pribadi yang kotor seperti Anwar.

            Apakah Erdogan dan Mandela seorang homoseksual seperti Anwar? Tidak. Mereka disanjung rakyat Turki dan Afrika Selantan kerana perjuangan mereka yang suci menuntut hak rakyat yang diperkosai pemerintah..Mereka juga disanjung rakyat kerana pribadi mereka luhur, baik dan tidak dikuasai oleh nafsu serakah seperti Anwar. Yang penting mereka bukan homosek seperti Anwar.

            Apakah pejuang  Aung San Suu Kyi  seorang lesbian> Tidak. Dia sanggup menderita dalam tahanan rumah berbelas tahun hingga, meninggalkan suaminya dan anak-anak di Britain hanya kerana memperjuangkan hak rakyat. Dunia mengagumi perjuangannya. Dunia memberi penghormatan kepadanya seperti juga dengan Nelson Mandela. 

            Suu Kyi mendapat penghormatan dunia. Dia dianugerah pingat Jawahalal Nehru oleh kerajaan India kerana kegigihannya memperjuangkan hak rakyat. Dia juga diberi penghormatan sebagai warga negara Kanada juga kerana perjuangan sucinya yang diberi oleh kerajaan Kanada.. Dia juga mendapat International Simon Bolivar Prize oleh kerajaan Venezuela juga kerana mengagumi perjuangan wanita berjiwa besi itu. Dan yang penting sekali dia dianugera pula dengan Hadiah Nobel  di bidang kemanusiaan sebagai menghargai jasa-jasa besarnya.

            Anwar bukan berjuang untuk membebaskan rakyat dari kerajaan BN yang zalim. Dia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat. Dia dibuktikan oleh Mahkamah Persekutuan bahawa dia meliwat adik angkatnya, Suma Darmawan, yang berasal dari Indonesia. Dia mengangkat dirinya menyamakan perjuangannya yang penuh dengan skandal seks, homoseks dan biseksual  dengan tokoh-tokoh besar dunia dengan harapan rakyat Malaysia akan mengaguminya. Tapi rakyat Malaysia bukan bodoh.. Perjuangan Anwar hanya untuk kepentingan dirinya semata-mata, bukan untuk rakyat. Dia mempertalatkan rakyat untuk menghalalkan perbuatan kejinya yang dilaknati Allah itu.

            Sekiranya salah seorang antara tiga nama tokoh besar itu mengamalkan homosek atau lesbian sudah pasti mereka akan ditolak rakyat. Mereka tidak akan mendapat penghormatan dari negara-negara asing, disanjung dan diberi penghargaan kerana mengenangkan jasa dan pengorbanan mereka terhadap rakyat mereka. 

            Anwar dipenjara bukan kerana membela rakyat. Dia didapati bersalah kerana meliwat Azizan Abu Bakar, driver Wan Azizah, dan Sukma Darmawan dan terpaksa merengkuk di penjara Sungai Buloh selama sembilan tahun. Bila membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan dia dibebaskan selepas empat tahun dalam penjara atas soal teknikal sahaja. Ketiga-tiga hakim Mahkamah Persekutuan dengan jelas dan terang berkata Anwar melakukan hubungan homoseksual dengan adik angkatnya, Sukma Darmawan. 

            Selain kes meliwat dia juga kena penjara selama enam tahun lagi atas kesalahan menyalahgunakan kuasa  Maknanya dia bukan dipenjarakan kerana membela rakyat seperti ketiga-tiga tokoh tersebut. Dia dipenjarakan kerana pribadinya kotor.  Betul dia pernah ditahan di bawah ISA selama dua tahun sebelum menyertai kabinet Mahathir. Betul rakyat mengagumi perjuangannya sebagai pejuang Islam sewaktu dalam ABIM. Tetapi bila dapat kuasa, dia menyalahgunakan kuasa dan lebih buruk lagi dia seorang homoseksual.

            Inilah pribadi Anwar yang sebenarnya. Dia memperalatkan apa saja, siapa saja, untuk kepentingan dirinya yang dirasuki syaitan  yang menjadikan dia seorang homosesual terkenal bukan saja di Malaysia tetapi juga di taraf antarabangsa.

            Kalau Allah menghancurkan kaum Lut yang mengamalkan hubungan sejenis apakah rakyat Malaysia yang menganut agama Islam, Kristian, Budha dan Hindu boleh menerima Anwar sebagai perdana menteri? Ingat Allah telah memberi amaran dalam perbuatan keji hubungan sex sejenis. Oleh itu rakyat Malaysia yang berpegang pada agama mesti menolak Anwar yang mengamalkan seks sejenis untuk mendapat rahmat Allah.

            Dia sengaja menjaja nama-nama pemimpin politik terkenal seluruh dunia untuk mengangkat dirinya setaraf dengan mereka. Memang dia tak malu berbuat demikian sebab dia hendak menipu rakyat seolah-olah Mandela, Erdogan dan Suu Kyi itu sahabat baiknya. Inilah penipuan kurun 21 yang dilakukan Anwar untuk mendapat sokongan rakyat. Memanglah para penyokongnya yang taksub akan menelan bulat-bulat dan terima tanpa berfikir panjang lagi segala muntahan kata-kata dari mulutnya. Anwar banyak kelentong tapi sampai bila dia boleh kelentong rakyat Malaysia yang kini sudah tahu muslihat politiknya yang kotor sebagai seorang homoseks.

            Nelson Mandela dan Suu Kyi  tidak perlu memperalatkan media asing atau menyembah para pemimpin asing untuk mendapat penghormatan dunia. Mereka tidak mengemis menggunakan isteri dan anak perempuan seperti yang dilakukan Anwar  untuk memujuk para pemimpin negara-negara asing untuk membela nasibnya. Tetapi pemimpin-pemimpin asing pun sedar perjuangan Anwar bukan membela rakyat tetapi hendak memperalatkan mereka untuk menggunakan tekanan terhadap kerajaan Malaysia. Mereka tahu Anwar seorang homoseksual. Justeru itu mereka hanya membuat berbagai kenyataan akhbar kononnya menyokong perjuangan Anwar untuk memuaskan hatinya dan Wan Azizah. 

            Bila Nelson Mandela melawat Malaysia sebagai tetamu kerajaan Malaysia beliau memeluk Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri sebagai brother dalam perjuangan Mahathir di pentas Commonwealth dan di Bangsa-bangsa Bersatu membela Mandela dan rakyat kulit hitam dari rejim kulit putih di Afrika Selatan. Dia tidak pun menganggap Anwar yang menjadi timbalan perdana menteri sebagai salah seorang pemimpin bertaraf dunia yang membantu dalam perjuangan rakyat Afrika Selatan. Mandela juga tahu Anwar seorang homosek dan menjadi boneka US dan Yahudi.

            Mandela bukan pemimpin homosek. Walau pun merengkok dalam penjara di Robben Island lebih  dari dua dekad namun dia tidak melakukan hubungan homosesual dengan tahanan-tahanan yang lain. Hidupmatinya adalah untuk membela rakyat kulit hitam Afrika Selatan. Perjuangannya untuk membebaskan rakyat kulit hitam dari penguasa kulit putih mendapat sokongan dunia. Jasanya yang besar dan ketokohan serta kewibawaannya sebagai pemimpin dikagumi dunia. Dia sanggup melepaskan jawatan presiden Afrika Selatan untuk menjadi rakyat biasa. Tapi dunia tetap mengenang jasa-jasa besaranya. Dia dianugerahi Hadiah Nobel untuk keamanan. Kini dia menjadi tetamu negara-negara di dunia sebagai orang kenamaan walau pun bukan lagi menjadi presiden Afrika Selatan.

             Suu Kyi pula, anak perintis kemerdekaan Myanmar yang terkenal, sanggup berkorban jiwa dan raganya memperjuangkan hak rakyat yang diperkosai junta tentera. Suami dan anak-anaknya ditinggalkan di Britain, dan dia sanggup menghadapi berbagai tekanan hidup sebagai orang tahanan dalam rumah berbelas tahun. Partinya menang dalam pilihan raya, dan dia sepatutnya menjadi perdana menteri Myanmar tapi dinafikan oleh junta tentera. Dia juga tidak mengemis sokongan dunia untuk memperjuangkan nasib rakyat Myanmar. Tapi para pemimpin dunia yang prihatin terhadap perjuangannya yang suci memberi sokongan penuh dan mengenakan berbagai sekatan ekonomi dan politik terhadap junta tentera hingga kini Suu Kyi dibebaskan dari tahanan dan boleh bertanding semula.

            Parti politik pimpinan Erdogan menang dalam pilihanraya Turki. Partinya membawa nafas Islam yang mahu dihapuskan oleh para junta tentera dan parti-parti politik yang mendukung falsafah Kamalism, iaitu fahaman Mustafa Kamal Atartuk yang ingin membebaskan politik dan pemerintahan Turki dari pengaruh Islam. Ataturk mahu menjadikan rakyat dan negara Turki sebagai orang Barat yang memisahkan agama dari pentadbiran negara, iaitu mengujudkan negara Turki yang sekular.

            Rakyat Turki sudah bosan dengan falsafah Kamalisme. Mereka tidak mahu menjadi seperti orang Barat yang individualistik, menghalalkan homosesualisme dan lesbianisme, sekular dan tidak berpegang kuat pada ajaran agama. Mereka mahu menghidupkan semula syiar Islam di bumi Turki yang ingin dihapuskan oleh parti-parti politik sekular dan junta tentera Turki.

            Ini perjuangan suci Erdogan yang menyebabkan dia dipenjarakan kerana ingin membawa nafas Islam dalam perjuangan bangsanya yang mencintai agama Islam. Dia dipenjarakan bukana kerana dia homosek seperti Anwar. Dia dipenjara kerana membawa arus politik Islam dalam negara Turki yang mahu melenyapkan perkembangan Islam di negara tersebut.

            Apakah perjuangan songsang Anwar boleh disamakan dengan tokoh-tokoh berjiwa besar seperti Mandela, Aung San Suu  Kyi dan Erdogan? Jangan samakan perjuangan songsang seorang homosek yang sanggup menjadi boneka asing, mengkhianati bangsanya sendiri dan anti Islam disamakan dengan kesucian perjuangan tokoh-tokoh yang disebutnya itu.

            Beberapa orang menteri kabinet Brisih yang homoseksual terpaksa meletakkan jawatan kerana malu. Bill Clinton, mantan presiden Amerika Syarikat, mendapat malu kerana hubungan seknya dengan seorang pembantu wanita di Rumah Putih. Hanya membuka butang seluar dan menyuruh Walenski. Pembantu wanita di Rumah Putih menghisap kemaluannya sahaja menyebabkan dia terpaksa meninggalkan Rumah Putih.

            Hanya pemimpin-pemimpin yang bermoral sanggup melepaskan jawatan apa saja yang dipegang mereka kerana mereka malu pada rakyat mereka dan tidak mahu imej negara terjejas.
Tapi Anwar yang tidak bermoral, seorang homosek, terus menerus menimbulkan konflik di kalangan rakyat, dan tanpa malu dan segan, mahu meneruskan agenda politiknya untuk menjadi perdana menteri. Dia tidak ada maruah, harga diri dan hanya mementingkan diri sendiri. Biar negara Malaysia menjadi tidak stabil, hancur  dia tidak peduli.

            Syukurlah hari ini majoriti rakyat Malaysia sudah tidak percaya lagi dengan berbagai tipu helah Anwar  untuk menyalahkan orang lain. Mereka akan menolak Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti untuk membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia juga ada harga diri dan tahu memilih partai politik terbaik yang mempunyai rekod kecemerlangan selama 54 tahun memimp;in negara ini.Anwar, seorang homoseks, akan mati dalam angan-angannya sahaja untuk menjadi perdana menteri.

Aku Bodoh

 -Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim-

Anwar Ibrahim Part 3 (27/04/201 Jam 9.00 pagi)

1 comment:

  1. Anwar akan jadi jadi orang miring otak apabila lingkup pd PRU13 akan dtg. Saya sebagai org muda pun faham apa agenda Pakatan, harap2 mereka hancur pd pilihanraya akan datang.

    ReplyDelete

Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.