Watak Anwar Ibrahim mementingkan diri dapat dikaji dari tindak-tanduknya.
Dalam kes liwat kedua yang melibatkan pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, dia
pernah mendesak hakim yang mengadili kesnya diganti. Dia kata hakim tersebut
berat sebelah. Dia merayu ke Mahkamah Rayuan, tapi ditolak. Hakim Mohd Zabidi
tetap mendengar kesnya.
Anwar tidak
puas hati. Tapi tidak boleh berbuat apa-apa. Panel peguamnya yang dipimpin semua
orang India,
termasuk Karpal Singh membuat berbagai helah untuk melengah-lengahkan
perbicaraan kes liwat itu. Sebanyak lebih 60 kali kesnya ditunda, mengambil
masa lebih dari dua tahun.
Demi
menegakkan keadilan pihak hakim tetap bersabar dan menerima penundaan kesnya
berpuluh-puluh kali. Tidak pernah kes liwat mengambil masa begitu lama seperti kes liwat
Anwar kedua ini. Rakyat
sudah muak dan benci terhadap Anwar yang sengaja melambat-lambatkan kesnya
diputus hakim. Rakyat menyoal mengapa kes ini ditangguh-tangguhkan begitu lama?
Apakah Anwar seorang peliwat yang perlu diberi keistimewaan untuk menunda
perbicaraannya begitu lama? Apakah hakim takut atau menerima tekanan jiwa dari
tindak-tanduk mainan politik Anwar?
Apakah
Saiful, mangsa liwat Anwar, mesti didera menunggu keputusan mahkamah? Apakah
kerana Saiful, seorang warganegara yang miskin dan dhaif, mesti mengalami
tekanan jiwa juga?
Rakyat marah kerana Anwar menghina mahkamah dan bersikap
kurang ajar menempelak hakim Zabidi dalam perbicaraannya.
Ini
bermakna Anwar tidak menghormati mahkamah, hakim dan juga rakyat Malaysia
yang mengikuti perbicaraannya. Penghinaannya terhadap hakim dianggap melampau,
bukan sikap seorang pemimpin yang bermaruah. Kalau dia tidak menghormati hakim
apakah dia boleh menjadi perdana menteri yang menghormati undang-undang? Kalau
dia menempelak undang-undang apakah dia akan menguasai hakim dan menguasai
bidang kehakiman sekiranya dia menjadi perdana menteri?
Rakyat Malaysia
yang menghormati undang-undang mempertikaikan sikap biadap Anwar.Nampak sekali
Anwar gila kuasa dan ingin menguasai keputusan hakim berpihak kepadanya. Dia
tidak malu dan segan mengecam hakim.Dia tidak peduli kalau rakyat membenci
tindakannya. Dia mahu menguasai apa saja termasuk hakim yang mengadili
kesnya. Dia hanya mementingkan dirinya saja. Melihat
gelagatnya di mahkamah orang ramai kembali sedar dia bukan memperjuangkan
keadilan yang sebenar tetapi memperkosai keadilan untuk kepentingan dirinya.
Rakyat tidak bodoh seperti yang disangka. Kalau dia menjadi perdana menteri dia
akan meletakkan bidang kehakiman di bawah tapak kakinya.
Dulu waktu
kes liwatnya dengan Azizan dia pernah memperalatkan dua orang pegawai Special
Branch untuk mengancam Umi Hafilda, adik Azmin Ali, yang menjadi saksi dalam
perbicaraan itu. Pegawai-pegawai SB itu terpaksa akur dengan perintahnya sebab
Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Bukankah dia
dipenjara oleh hakim Paul Agustin kerana menyalahkan kuasa?
Kali ini
dia masih mengulang lagi bahawa dia difitnah, dan ini adalah konspirasi UMNO
untuk menjatuhkannya. Tapi rakyat tidak percaya lagi. Bukti DNA menunjukkan air
mani (Y) ada dalam dubur Saiful. Dan ujian DNA juga membuktikan ada DNA (Y)
pada berus gigi, tuala good morning, dan botol air mineral yang
digunakan Anwar sewaktu dalam tahanan polis.
Kajian
forensik mengenai DNA ini sukar nak dipertikaikan. Ini kajian santifik yang tepat dan sudah
terbukti ia relevant dalam ribuan kes-kes
berbagai jenis jenayah di negara-negara maju seperti Amerika, Eropah dan
lain-lain.Ada kes pembunuhan berlaku 50 tahun yang lalu dapat dikaji dari segi
forensik, dan akhirnya tertangkap juga pembunuh itu. Kalau kita menonton
saluran CI (Crime Investigation) dalam Astro kita tahu betapa penjenayah tidak
boleh lari dari dosa yang dilakukannya.
Anwar
sebenarnya cemas dan bimbang dengan kajian DNA itu. Karpal Singh yang pernah
menuduh Anwar seorang homosek dalam Parlimen dan di luar Parlimen (waktu Anwar
masih dalam kerajaan BN) tidak berani menyentuh tentang DNA ini. Dia tahu sukar
hendak membebaskan Anwar dengan bukti-bukti DNA itu. Melihat
harapan untuk bebas dari tuduhan liwat sangat nipis Anwar ada helah lain. Dia
gunakan penyokong-penyokongnya yang
taksub untuk berdemonstrasi depan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari yang lalu. Dia
mengharapkan 100 ribu penyokong akan datang. Yang datang tidak sampai pun 4000
orang.
Sudah ada
arahan dari pihak PKR untuk menimbulkan huru-hara depan Mahkamah Tinggi kalaau
dia didapati bersalah dan dipenjarakan. Ada
anasir-anasir tertentu bersedia untuk mencetuskan huru-hara.Tiga butir bom
buatan sendiri diletupkan untuk memberi amaran bahawa penyokong-penyokong Anwar
akan bertindak liar dan ganas kalau dia didapati bersalah. Tapi Anwar
dan penyokong-penyokongnya terkejut bila hakim membebaskannya dari kes liwat
Saiful. Dia tergamam. Seluruh rakyat Malaysia juga terkejut kerana bukti
DNA menunjukkan Anwar terlibat dalam hubungan sejenis itu.
Ingat
baik-baik hakim membebaskan Anwar kerana kononnya bukti DNA itu tak boleh pakai
dan bukti-bukti lain tak mencukupi. Hakim tidak berkata Anwar tidak melakukan
hubungan sejenis dengan Saiful. Tak cukup bukti bukan bermakna Anwar tidak
menjuburi Saiful.
Dalam kes liwat Sukma Darmawan yang
diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan oleh tiuga orang hakim Anwar dibebaskan
atas soal teknikal sahaja. Ketiga-tiga hakim berpendapat (baca laporan
kehakiman mereka) Anwar memang melakukan hubungan homoseksual dengan Sukma,
adik angkatnya. Itu adalah bukti Anwar seorang homoseks. Bila
dibebaskan kali kedua Anwar berkata hakim ini adil pulak. Sekarang dia memuji
keadilan mahkamah pulak. Inilah watak Anwar. Dia sengaja melupakan segala maki
hamunnya terhadap hakim Zabidi hanya kerana dia dibebaskan sebab kurang bukti.
Tapi rakyat tidak dapat menerima dia sebagai
perdana menteri. Pribadinya kotor kata Dato’ Dr Hassan Ali yang dipecat PAS
kerana tidak menyokong Anwar dan sikap PAS yang menjadi alat Anwar.Tidak pernah
seorang perdana menteri homosek di dunia yang diberi mandat rakyat untuk
memimpin kerajaan. Homoseks dilaknati Allah. Allah akan menimpa bala kepada
rakyat Malaysia
dan negara kita tercinta kalau Anwar
menjadi perdana menteri.
Dalam Al-Qur;an
dan kitab Injil kristian puak Nabi Lut yang mengamalkan homoseksual dan
lesbianism dihancurkan Allah hingga pupus dalam kisah Sodom
dan Gomorrah. Awas rakyat
Malaysia
jangan terjebak dalam segala tipu daya Anwar yang diakui oleh Mahkamah
Persekutuan dia seorang homoseks.
-Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim-
Anwar Ibrahim Part 2 ( 26/04/2011 Jam 9.00 pagi )
Anwar memang kaki putar alam. Orang mcm dia layak jadi ahli neraka. Membohong manusia supaya berlaku kekacauan. Anwar Ibrahim mesti kembali kpd jalan Allah. Kasihanlah Kak Wan... Dia isteri yang akur kepada suami..
ReplyDelete