Tuesday, February 28, 2012

TUN M. Melayu Mesti Terus Melangkah.


PUTRAJAYA 27 Feb. - Institusi pengajian tinggi (IPT) digesa menggiatkan usaha menterjemah buku-buku ilmiah bahasa asing ke bahasa Melayu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, langkah tersebut penting kerana banyak pihak di negara ini kurang minat membaca kerana gagal memahami dan menguasai dengan baik kebanyakan bahasa ilmu dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Katanya, universiti sebagai sebuah pusat ilmu perlu secara aktif meningkat dan memperbanyakkan kerja-kerja menterjemah buku-buku ilmiah tersebut.

"Sebelum ini kita sudah ada Institut Terjemahan Negara yang berfungsi untuk menterjemah buku-buku ilmiah, bagaimanapun dalam masa sama pihak universiti juga perlu membantu ke arah usaha ini.

"Sebagai contoh buku-buku tafsir al-Quran di dalam bahasa Arab yang tidak diterjemah dalam bahasa Melayu menyebabkan kita gagal untuk menambah ilmu tersebut," katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri persidangan tertutup meja bulat bertajuk Tamadun Melayu Pasca Modenisasi di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Persidangan itu dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad manakala Tan Sri Dr. Nordin Kardi merupakan Pengerusi jawatankuasa penganjur.

Sementara itu, beliau berkata, Kementerian Pelajaran tidak akan melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) walaupun didesak untuk berbuat demikian.

Sebaliknya, menurut beliau, kerajaan akan memfokuskan kepada pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang lebih sesuai untuk dilaksanakan dalam situasi sekarang.

Katanya, ia berikutan kurangnya guru yang mahir untuk mengajar dalam bahasa Inggeris berbanding menggunakan bahasa ibunda.

"Masalah yang berlaku apabila Sains dan Matematik diajar menggunakan bahasa Inggeris ialah di peringkat dasar sebab yang mengajar subjek itu tidak menggunakan bahasa Inggeris dan ada kalanya menggunakan bahasa bercampur-campur hingga murid pun keliru.

"Sebab itu bila kerajaan tubuhkan sebuah jawatankuasa kerja untuk mengkaji isu pembelajaran dalam bahasa Inggeris menerusi MBMMBI ia menunjukkan kesungguhan kita untuk memastikan supaya kaedah pembelajaran dalam bahasa itu diperbaiki," katanya

sumber; utusan online

TG86: Persidangan meja bulat ini cukup bermakna dalam membincangkan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu. Gua yang juga diberi kesempatan untuk bersama dalam persidangan ini begitu teruja apabila Tun M mengeluarkan kata-kata. Setiap patah yang beliau kata semuanya mempunyai makna yang cukup mendalam. Gua tidak sekalipun alihkan pandangan ke arah lain sewaktu Ybhg Tun bercakap kerana begitu teruja dengan mesej yang disampaikan. Sepatutnya persidangan ini harus dilaksanakan setiap masa dalam membincangkan nasib anak Melayu yang lahir pasca merdeka.

Perbincangan semalam dilihat masih belum menemui jalan penyelesaian kerana waktu yang cukup terhad. Namun percambahan minda beberapa golongan intelek serta politikus yang hadir semalam telah membuka sedikit ruang untuk mereka ini berfikir bagaimana harus kita lakukan dalam mengekalkan ketamadunan Melayu itu sendiri. Gua selaku anak muda yang hadir semalam bersetuju jika persidangan sebegini diberi juga ruang kepada generasi Y untuk turut bersama memikirkan nasib diri mereka yang masih terumbang ambing. Ianya bukan apa, tidak adil jika yang berkongsi idea tentang nasib bangsa hanyalah dikalangan yang sudahpun mengalami kehidupan hampir 50 ke 60 tahun. Hal ini kerana yang akan memimpin Malaysia pada 2020 adalah mereka yang hari ini lingkungan umru 20-30 tahun.

Gua code idea yang disampaikan oleh YB Datuk Ibrahim Ali yang mewakili PERKASA semalam. Beliau berkata, dalam jangka masa yang singkat ini, orang Melayu harus fikir bagaimana kita ingin membuang ideologi politik yang berbeza sehingga lahir kesanggupan dalam diri kita pada PRU13 untuk memilih BN. Inilah caranya untuk kita pastikan bahawa ketamadunan Melayu terus terbela. Gua amatlah bersetuju dengan perkara ini. 54 tahun kuasa politik mandatnya dipegang oleh BN yang diterajui oleh UMNO, membuktikan orang Melayu semakin baik. Jika dahulu Melayu tidak ada yang menjadi doktor atau peguam, tetapi hari ini Melayu semakin bijak pandai. Tetapi yang sedihnya, apabila bijak mereka pula yang menentang kerajaan. Gua amatlah berharap agar persidangan ini mendapat jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh Melayu. Melayu itu Islam.

Tun M juga berkata dalam persidangan tersebut "Generasi muda Melayu tidak tahu asal usul mereka kerana dilahirkan dalam zaman yang serba wujud". Inilah dilema yang cukup besar dialami oleh orang Melayu. Tetapi gua cukup hairan, kenapa tidak pula berlaku perkara ini kepada anak cina yang juga lahir di zaman serba wujud? Kenapa mereka tahu asal usul mereka? Perkara ini harus kita fikirkan bersama.... Jangan lupa jemput gua lagi sekali untuk persidangan yang seterusnya... Minat sangat...


-Kini Kita Hanya Tinggal Kuasa-


No comments:

Post a Comment

Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.