Setelah sekian lama Tengku Razaleigh Hamzah menyepikan diri serta tidak hadir dalam apa jua mesyuarat perhubungan UMNO negeri, akhirnya malam ini satu berita gembira diperolehi oleh seluruh penyokong UMNO. Ku Li hadir ke pejabat UMNO negeri bagi bersama-masa musyawarah perhubungan UMNO Negeri Kelantan. Tengku Razaleigh merupakan individu yang amat diperlukan oleh UMNO Kelantan atas dasar sokongan padu masayarakat orang Asli terhadap beliau. Pengalaman yang ada pada Ku Li dalam dunia politik merupakan satu aset yang berharga perlu digunakan oleh parti UMNO.
Dalam masalah yang dihadapi oleh kepimpinan PAS sekarang, kehadiran Ku Li ke pejabat UMNO Negeri memberi isyarat yang cukup jelas untuk UMNO akan merampas Kelantan pada PRU13 yang akan datang. Semangat gelombang merah yang diketuai oleh Tok Pa dilihat memainkan peranan yang amat penting dalam mengatur strategi bagi menghadapi musuh politik di negeri Kelantan. UMNO juga dilihat semakin kuat apabila TS Annuar Musa berjaya mengembalikan kepercayaan anak muda Kelantan melalui bola sepak yang diuruskan oleh beliau sekarang.
UMNO Kelantan dilihat mempunyai pakej yang lengkap untuk menghadapi perang PRU13 nanti. Gabungan beberapa orang berpengaruh seperti Ku Li, Awang Adik, Annuar Musa dan Tok Pa dan dibantu dengan jentera yang lain sudah mampu untuk bertempur dengan kepimpinan PAS yang semakin goyang. Namun, UMNO jangan terlalu yakin kerana dalam soal memberi undi, rakyat boleh beralih angin walaupun di saat yang terakhir. Gua ingin berpesan kepada semua jentera UMNO, jagalah rakyat bukanya memancing undi rakyat. Jika kita ikhlas menjaga kebajikan rakyat, nescaya rakyat akan hargai dengan memberi undi mereka kepada kita.
Kelantan Perlukan Perubahan Demi Masa Depan Anak Cucu
No comments:
Post a Comment
Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.