Wednesday, February 29, 2012
Tuesday, February 28, 2012
1 Malaysia : Simbol of syahadah
Lorr.. Rupanya simbol 1 Malaysia yang selama ini kita guna sejak Gagasan 1 Malaysia di perkenalkan adalah simbol kepada syahadah. Allah yang satu tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah. Aku bangga jadi muslim dan aku bangga jadi rakyat Malaysia. Tahniah Najib Razak.
TUN M. Melayu Mesti Terus Melangkah.
PUTRAJAYA 27 Feb. - Institusi pengajian tinggi (IPT) digesa menggiatkan usaha menterjemah buku-buku ilmiah bahasa asing ke bahasa Melayu.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, langkah tersebut penting kerana banyak pihak di negara ini kurang minat membaca kerana gagal memahami dan menguasai dengan baik kebanyakan bahasa ilmu dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab.
Katanya, universiti sebagai sebuah pusat ilmu perlu secara aktif meningkat dan memperbanyakkan kerja-kerja menterjemah buku-buku ilmiah tersebut.
"Sebelum ini kita sudah ada Institut Terjemahan Negara yang berfungsi untuk menterjemah buku-buku ilmiah, bagaimanapun dalam masa sama pihak universiti juga perlu membantu ke arah usaha ini.
"Sebagai contoh buku-buku tafsir al-Quran di dalam bahasa Arab yang tidak diterjemah dalam bahasa Melayu menyebabkan kita gagal untuk menambah ilmu tersebut," katanya.
Terdahulu, beliau menghadiri persidangan tertutup meja bulat bertajuk Tamadun Melayu Pasca Modenisasi di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.
Persidangan itu dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad manakala Tan Sri Dr. Nordin Kardi merupakan Pengerusi jawatankuasa penganjur.
Sementara itu, beliau berkata, Kementerian Pelajaran tidak akan melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) walaupun didesak untuk berbuat demikian.
Sebaliknya, menurut beliau, kerajaan akan memfokuskan kepada pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang lebih sesuai untuk dilaksanakan dalam situasi sekarang.
Katanya, ia berikutan kurangnya guru yang mahir untuk mengajar dalam bahasa Inggeris berbanding menggunakan bahasa ibunda.
"Masalah yang berlaku apabila Sains dan Matematik diajar menggunakan bahasa Inggeris ialah di peringkat dasar sebab yang mengajar subjek itu tidak menggunakan bahasa Inggeris dan ada kalanya menggunakan bahasa bercampur-campur hingga murid pun keliru.
sumber; utusan online
TG86: Persidangan meja bulat ini cukup bermakna dalam membincangkan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu. Gua yang juga diberi kesempatan untuk bersama dalam persidangan ini begitu teruja apabila Tun M mengeluarkan kata-kata. Setiap patah yang beliau kata semuanya mempunyai makna yang cukup mendalam. Gua tidak sekalipun alihkan pandangan ke arah lain sewaktu Ybhg Tun bercakap kerana begitu teruja dengan mesej yang disampaikan. Sepatutnya persidangan ini harus dilaksanakan setiap masa dalam membincangkan nasib anak Melayu yang lahir pasca merdeka.
Perbincangan semalam dilihat masih belum menemui jalan penyelesaian kerana waktu yang cukup terhad. Namun percambahan minda beberapa golongan intelek serta politikus yang hadir semalam telah membuka sedikit ruang untuk mereka ini berfikir bagaimana harus kita lakukan dalam mengekalkan ketamadunan Melayu itu sendiri. Gua selaku anak muda yang hadir semalam bersetuju jika persidangan sebegini diberi juga ruang kepada generasi Y untuk turut bersama memikirkan nasib diri mereka yang masih terumbang ambing. Ianya bukan apa, tidak adil jika yang berkongsi idea tentang nasib bangsa hanyalah dikalangan yang sudahpun mengalami kehidupan hampir 50 ke 60 tahun. Hal ini kerana yang akan memimpin Malaysia pada 2020 adalah mereka yang hari ini lingkungan umru 20-30 tahun.
Gua code idea yang disampaikan oleh YB Datuk Ibrahim Ali yang mewakili PERKASA semalam. Beliau berkata, dalam jangka masa yang singkat ini, orang Melayu harus fikir bagaimana kita ingin membuang ideologi politik yang berbeza sehingga lahir kesanggupan dalam diri kita pada PRU13 untuk memilih BN. Inilah caranya untuk kita pastikan bahawa ketamadunan Melayu terus terbela. Gua amatlah bersetuju dengan perkara ini. 54 tahun kuasa politik mandatnya dipegang oleh BN yang diterajui oleh UMNO, membuktikan orang Melayu semakin baik. Jika dahulu Melayu tidak ada yang menjadi doktor atau peguam, tetapi hari ini Melayu semakin bijak pandai. Tetapi yang sedihnya, apabila bijak mereka pula yang menentang kerajaan. Gua amatlah berharap agar persidangan ini mendapat jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh Melayu. Melayu itu Islam.
Tun M juga berkata dalam persidangan tersebut "Generasi muda Melayu tidak tahu asal usul mereka kerana dilahirkan dalam zaman yang serba wujud". Inilah dilema yang cukup besar dialami oleh orang Melayu. Tetapi gua cukup hairan, kenapa tidak pula berlaku perkara ini kepada anak cina yang juga lahir di zaman serba wujud? Kenapa mereka tahu asal usul mereka? Perkara ini harus kita fikirkan bersama.... Jangan lupa jemput gua lagi sekali untuk persidangan yang seterusnya... Minat sangat...
MISI GAGAL!!!! Anwarinas Kandas di Kedah.
ALOR SETAR 27 Feb. – Usaha golongan ‘Anwarinas’ untuk menggugat kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak tercapai apabila lapan penyandang Exco bersetuju dilantik semula sebagai Exco dan akan menghadiri majlis pelantikan di Istana Anak Bukit, esok.
Mereka yang menerima surat tawaran dilantik semula sebagai Exco antara pukul 12 tengah hari hingga 3 petang hari ini, turut menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Azizan.
Exco-exco yang dijadual mengangkat sumpah adalah Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Rasul; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Industri, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, Abd. Ghani Ahmad serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Siti Ashah Ghazali.
Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan Tan Chow Kang; Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia, Lim Soo Nee dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, Datuk S. Manikumar turut dijangka hadir pada majlis itu.
Baru-baru ini, Exco kanan, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan penyandang Exco, Dr. Ismail Salleh menghantar surat kepada Azizan untuk menolak cadangan pelantikan sebagai Exco.
Walaupun nama Amiruddin, Siti Ashah dan Dr. Hamdan turut dikaitkan untuk turut mengikuti jejak langkah Phahrolrazi dan Dr. Ismail bagi menggugat kepimpinan Azizan, namun ketiga-tiga mereka menafikannya.
Pada sesi raptai majlis pelantikan hari ini, tiga daripada lapan Exco yang dilantik tidak hadir iaitu Siti Ashah, Dr. Hamdan dan Manikumar.
Lima penyandang Exco yang hadir pada majlis raptai pada pukul 9 pagi itu ialah Mohamed Taulan, Amiruddin, Abd. Ghani, Chow Kang dan Soo Nee.
Menurut Dr. Hamdan, beliau tidak dapat hadir ke majlis raptai itu kerana baru sahaja pulang hari ini setelah berada di Bangkok dan Kuala Lumpur atas urusan kerja.
“Jangan risau esok saya ada di sana. Raptai majlis pelantikan Exco pada 2009 dan 2010 pun saya tak pergi walaupun tahu cara majlis tersebut berlangsung,” jelasnya.
Siti Ashah pula berkata, beliau mempunyai tugas di kawasan tetapi memberi jaminan akan hadir untuk mengangkat sumpah esok.
“Saya mesti terima tawaran yang telah diberikan ini,” jelasnya.
Amiruddin berkata, beliau akan hadir ke majlis pelantikan tersebut dan bersedia menerima apa sahaja portfolio yang diamanahkan oleh Azizan.
Dalam itu, Mohamed Taulan berkata, sebagai orang parti para pemimpin Pas perlu taat dan setia kepada pucuk pimpinan serta akur dengan sebarang keputusan yang dibuat oleh pemimpin parti.
“Sesiapa yang masuk dalam dunia politik memang impian dia nak jadi Perdana Menteri, Menteri Besar ataupun Menteri. Tetapi jangan lupa kita kena akur kepada takdir yang telah ditentukan oleh Allah,” katanya.
Nada yang sama disuarakan oleh Abd. Ghani, Soo Nee dan Chow Kang yang turut mengesahkan kehadiran pada majlis pelantikan Exco esok.
Manikumar yang mengesahkan akan hadir menjelaskan, beliau tidak dapat hadir ke majlis raptai hari ini.
Kerajaan Pas Kedah mempunyai 10 Exco, bagaimanapun pelantikan esok hanya melibatkan lapan Exco manakala dua lagi Exco dijangka dilantik selepas 7 Mac ini.
sumber: utusanonline
-Anwar Gagal, Nik Aziz Melalak-
Entri Ini Gua Malas Letak Tajuk.
Menurut keterangan saksi kepada Jabatan Agama Islam Pahang, Badrolamin menyewa bilik suite yang mempunyai ruang tamu dan bilik tidor. Watiwani sudah menghubungi Badrol lebih awal sebelum Badrol menempah bilik suite.
Semasa pintu dibuka Badrolamin sedang duduk di sofa ruang tamu sedangkan Watiwani berada dalam bilik tidur. Memanglah mereka tidak berada dalam lain-lain bilik tetapi bilik yang sama.
baca lanjut
Sunday, February 26, 2012
Anwar Ibrahim @ Anwar Israel Terus Didesak.
KUALA LUMPUR 25 Feb. - Ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya dekat sini boleh dianggap sebagai kedutaan tidak rasmi bagi Israel selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menarik balik kenyataannya menyokong sebarang usaha menjaga keselamatan negara itu.
Naib Pengerusi Unit Pidato Pemuda Barisan Nasional (BN), Arman Azha berkata, ibu pejabat parti itu akan terus dilabel sedemikian sekiranya Anwar selaku Penasihat PKR tidak memohon maaf secara terbuka ekoran kenyataannya itu pada akhir Januari lalu.
"Anwar perlu segera memohon maaf dan tarik balik kenyataannya itu jika tidak mahu terus dilabel seperti itu.
"Beliau bukan sahaja perlu memohon maaf kepada UMNO serta sesetengah pihak yang tidak setuju dengan kenyataannya itu, tetapi juga kepada seluruh rakyat yang marah dengan tindakannya itu.
"Anwar boleh membuat sebarang kenyataan selagi ia tidak menggugat hubungan baik Malaysia dengan negara Islam lain. Namun, tindakannya menyokong negara yang melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin, itu bukan sepatutnya," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada kempen mengumpul tandatangan sebagai membantah tindakan Anwar itu di perkarangan kompleks beli-belah Sogo di sini hari ini.
Kempen anjuran Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menyaksikan lebih 200 tandatangan berjaya dikumpul dalam tempoh kurang sejam.
Beberapa pelancong asing dan masyarakat pelbagai kaum turut menurunkan tandatangan mereka sebagai sokongan terhadap usaha mendesak Anwar menarik balik kenyataan yang dibuat dalam satu wawancara bersama The Wall Street Journal (WSJ).
Sementara itu, Presiden PVTM, Mohd. Ali Baharom berkata, kenyataan tersebut bukan sahaja menyinggung perasaan masyarakat, malah turut menyebabkan bekas anggota tentera rasa terkilan dan terhina.
"Kami sebagai bekas tentera dan komando amat kecewa dengan tindakan itu kerana kami memahami kesengsaraan rakyat Palestin selama ini akibat kezaliman rejim Yahudi itu," katanya.
Tambah Mohd. Ali, kain rentang tandatangan itu akan diserahkan kepada kepimpinan Pas minggu depan untuk membuktikan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat terhadap Anwar.
"Ia sebagai memberi kesedaran kepada Pas agar tidak menyokong segala tindak-tanduk yang dilakukan rakan sekutu mereka terutama Anwar," katanya.
KANTOI 18SX: Gua Dah Cakap, PR Tumbang Sebab BUDU.
BUDU=BUrit dan Duit
Saturday, February 25, 2012
WAKAKA!! KENYATAAN HARAKAH DAILY YANG MELUCUKAN!!
Di atas adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh lidah fitnah pembangkang dalam membela Anwar Ibrahim Israel. Gua tergelak bila baca perenggan tersebut. "kerakusan Dr.M dengan ketelusan Anwar Ibrahim"? Hahahaha.. Lawak tahap gaban. Mungkin penulis lidah fitnah harakah tidak sekolah tinggi kot. Tahniah ler sebab anda dengan jayanya melindungi Anwar Israel. Anwar Ibrahim yang menyokong penuh keselamatan State Of Israel dikatakan telus oleh mereka, manakal Tun M yang pencen awal dari menjadi PM dikatakan rakus. Hehehe. Nik Aziz yang nak jadi MB sampai mati tidak pula di label sebagai rakus. Hehehe..
WOOWW!!! CT Nurhaliza Miliki Istana di Australia.
KUALA LUMPUR 24 Feb. - Magna Prima Bhd., pemaju hartanah tempatan hari ini melancarkan projek sulung kediaman di luar negara, The Istana di Melbourne Australia yang menyaksikan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menjadi pembeli pertama unit kediaman itu.
Siti Nurhaliza merupakan pembeli pertama kediaman pangsapuri satu bilik The Istana.
The Istana merupakan pangsapuri kediaman menara tunggal setinggi 25 tingkat terletak di A'Beckett Street, sebuah lokasi di tengah-tengah kawasan pusat perniagaan Melbourne.
Pengarah Eksekutif Magna Prima, Datuk Rahadian Mahmud berkata, nilai pembangunan kasar projek tersebut ialah RM714 juta dan 62 peratus kediaman telah pun dijual kepada pembeli Australia dan antarabangsa.
Manakala bakinya pula dijual untuk rakyat Malaysia dan ekspatriat yang menetap di Australia dengan harga permulaan RM1.1 juta dan ke atas dengan jangkaan siap pada tahun 2014.
"Pelaburan ke atas The Istana merupakan projek sulung kami di luar negara dan sedikit sebanyak mempercepatkan langkah kami untuk meluaskan perniagaan ke peringkat serantau," kata beliau.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran jualan The Istana yang disempurnakan oleh Siti Nurhaliza di sini hari ini.
Projek yang dahulunya dikenali sebagai Dynasty Living, dibangunkan di atas tanah 10,800 meter persegi, mengandungi 320 unit kediaman merangkumi unit studio, pangsapuri dua, tiga dan empat bilik tidur dan unit penthouse dua tingkat.
Pertukaran nama kepada The Istana adalah langkah strategik untuk mencerminkan ciri hartanah dan sentuhan Malaysia.
Menurut Rahadian, Australia adalah negara yang popular di kalangan pelabur hartanah disebabkan pasaran hartanahnya yang stabil dan menawarkan pulangan pelaburan yang baik.
Berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Australia kira-kira 3.25 peratus selain disokong oleh peningkatan harga hartanah kira-kira tiga peratus tahun ini.
Beliau menambah, perkembangan semasa menyaksikan ramai rakyat Malaysia mula berminat untuk melabur dan membeli hartanah di luar negara dan kecenderungan ini mula ketara sejak beberapa tahun lalu.
"Kami melihat ramai orang memilih untuk membeli hartanah di luar negara terutamanya di Australia dan United Kingdom kerana kedua-duanya merupakan lokasi pusat pengajian tinggi malah golongan profesional muda Malaysia juga mula berminta untuk melabur ke Australia ketika ini," katanya.
sumber: utusanonline
UTUSAN: Selepas Hassan Ali Dipecat, Kini MB Kedah Bakal Jadi Mangsa Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR 24 Feb. – Tekanan politik yang terpaksa dihadapi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sehingga menyaksikan ‘pemberontakan’ empat Exco kanan Pas didakwa berpunca daripada tangan ghaib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dakwaan itu dibuat bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin kerana katanya, Anwar tidak menyukai mana-mana pemimpin ulama dalam Pas yang tegas mempertahankan kedudukan Melayu dan Islam kerana mahu prinsip itu diliberalkan.
Menurut Mohammad Fairus, bibit-bibit usaha bagi menjatuhkan Azizan bermula apabila Anwar secara terbuka dalam satu mesyuarat pakatan pembangkang tidak bersetuju dengan dasar menaikkan peratus pemilikan bumiputra untuk tanah rizab Melayu kepada 50 peratus.
“Saya sendiri (selaku Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang pada masa itu) berada dalam mesyuarat dan Anwar tidak setuju dengan dasar 50 peratus pemilikan bumiputera untuk tanah rizab Melayu. Anwar mahu dasar tersebut diliberalisasikan seperti sedia kala.
“Namun Azizan tidak berganjak dengan pendiriannya kerana beliau memang dikenali sebagai pemimpin ulama Pas yang berjiwa Melayu dan sejak detik itu, Anwar melalui golongan ‘Anwarinas’ dalam parti Pas merancang untuk menjatuhkan Azizan.
“Sebab itu sehingga hari ini kita tidak mendengar seorang pun golongan ‘Anwarinas’ dalam Pas mempertahankan Azizan. Mana suara Datuk Mahfuz Omar? Mana suara Mohamad Sabu dan naib-naib presiden Pas lain,” dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas krisis kepimpinan terbaru dalam Kerajaan Pas Kedah yang menyaksikan ‘pemberontakan’ empat Exco kanan dari parti Pas selepas pelbagai tekanan sebelum ini bagi memaksa Azizan melepaskan jawatan selaku Menteri Besar Kedah gagal.
Azizan sebelum ini dikecam hebat oleh pemimpin pakatan sendiri apabila beliau mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) Kedah, menggantung pelajar selain keberaniannya menyanggah isi kandungan Buku Jingga pakatan pembangkang, apabila berkata ia bukan al-Quran.
Mengulas lanjut, Mohammad Fairus mendakwa, perkembangan terbaru yang menimpa Azizan juga membuktikan Anwar mengamalkan politik kuku besi dan beliau akan melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan pihak yang menyanggahnya daripada menjadi Perdana Menteri.
Dalam pada itu, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kasim berkata, Azizan kini mangsa seterusnya kerakusan politik Anwar selepas Datuk Dr. Hasan Ali berjaya ditendang keluar daripada Kerajaan Negeri Selangor kerana lantang mempertahankan Islam.
Katanya, usaha Anwar untuk menyingkir golongan ulama dalam Pas bertambah mudah kerana parti tersebut kini dikuasai lebih 70 peratus golongan pro kepada ketua pembangkang itu dan mereka tidak teragak-agak untuk ‘menikam’ rakan sendiri jika matlamat ke Putrajaya cuba dihalang.
“Siapa yang menjadi pencatur kepada tangan-tangan ghaib bagi menyingkir pemimpin ulama dalam Pas cukup jelas. Selepas Hasan Ali kini Azizan pula, apakah semua ini sekadar kebetulan? Ini semua perancangan matlamat menghalalkan cara oleh Anwar,” katanya.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain pula tidak menolak kemungkinan tangan-tangan ghaib yang cuba membunuh karier politik Azizan berasal dari Anwar.
Katanya, ini kerana PKR sendiri bercita-cita besar untuk menonjolkan pengaruh parti itu di Kedah dengan cara menukar warna kepimpinan Pas di negeri jelapang padi itu agar seiring dengan dasar dan kehendak Anwar.
Friday, February 24, 2012
Cisss!!! Pasal Mesyuarat Pun Mau Bising Ker?
KUALA LUMPUR 23 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan kerajaan Persekutuan tidak menjemput menteri besar dan ketua menteri negeri yang ditadbir pembangkang dalam mesyuarat penyelarasan kelmarin, bukan satu isu kerana ia merupakan amalan biasa sejak sekian lama.
Perdana Menteri berkata, mesyuarat tersebut hanya terhad kepada menteri besar dan ketua menteri negeri ditadbir Barisan Nasional (BN) sahaja dan ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun beliau berkata, bagi mesyuarat yang membabitkan Majlis Tanah Negara, Kerajaan Tempatan dan Jawatankuasa Kewangan Negara, semua menteri besar dan ketua menteri termasuk dari negeri pembangkang dijemput.
“Ini amalan sejak dahulu lagi. Saya telah lama dalam kerajaan, apa masalahnya. Soal jemputan tidak perlu berbangkit. Mereka (pembangkang) pun banyak mesyuarat tetapi tidak pernah jemput kita. Itupun hendak dipersoalkan,” katanya sinis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempertikaikan soal jemputan ke mesyuarat penyelarasan tersebut, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.
Dalam pada itu, Perdana Menteri mengesahkan kehadiran Ketua Wanita UMNO yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada mesyuarat MT malam ini.
Namun Najib berkata, isu berhubung kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dikaitkan dengan Shahrizat tidak dibincangkan.
Sementara itu Najib berkata, mesyuarat malam ini menetapkan 1 April hingga 15 Jun sebagai tarikh diadakan persidangan tahunan cawangan manakala persidangan perwakilan bahagian pula ditetapkan pada 1 Julai hingga 15 September depan.
“Mesyuarat juga memutuskan sambutan ulang tahun UMNO ke-66 pula buat pertama kalinya akan disambut secara meriah di Stadium Merdeka pada 11 Mei akan datang.
“Mesyuarat juga dimaklumkan keahlian UMNO sehingga 31 Disember tahun lalu bertambah seramai 113,116 orang menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 3,335,878 orang,” ujarnya.
sumber:utusanonline
TG86: Hahaha. Hati halus juga juak pembangkang ni yer? Merajuk bila tidak dipanggil mesyuarat. Apapun satu tindakan yang bijak BN apabila tidak memanggil juak pembangkang mesyuarat sesama sebab sudah banyak berlaku dalam dewan mesyuarat mereka menyalak dan melompat seperti MONKEY. Tengok dalam sidang DUN Perak sudah buktikan yang juak PR ni memang suka mesyuarat dalam keadaan huru hara. Hehehe.. Mesyuarat bawah pokok jer la wahai juak PR.
JOM!!! Solat Jumaat Para Pejuang Maya.
Menjadi kebiasaan muslim sebelum menunaikan solat jumaat akan ada sesi tazkirah untuk mendapatkan ilmu akhirat. Gua kadang-kadang tidak berpeluang untuk meluangkan masa untuk mendengar tazkirah sedemikian rupa kerana terlalu sibuk mengejar dunia. Alhamdulillah hari ini Allah memberi kelapangan kepada hambanya ini untuk turut bersama dalam majlis ilmu ini. Jom para blogger pejuang Agama Bangsa dan Tanahair kita menyerah diri kepada Allah SWT.
FOTO: Sesama Islam Bergaduh Kerana Gambar Ini.
Dalam komen tersebut gua melihat UMNO salahkan PAS dan PAS salahkan UMNO kononya dikalangan mereka yang edit gambar ini dan posting dalam FB. Gua amat yakin sekali kalau gambar ini bukanya di edit oleh muslim samada dia menyokong PAS atau UMNO. Tetapi gua tidak berani untuk melemparkan tuduhan samaada gambar ini di edit oleh Non-Muslim atau pun tidak. Tetapi tujuan apa gambar ini di edit?
Yang jelas Islam bergaduh sesama sendiri kerana gambar ini. Buat individu yang menghasilkan gambar ini, gua selaku Muslim berdoa agar anda diberikan hidayah oleh Allah SWT suatu hari nanti.
Thursday, February 23, 2012
VIDEO EKSLUSIF: Nik Aziz Buktikan Kapal Israel Berlabuh di Malaysia?
Wednesday, February 22, 2012
UTUSAN: Zahid Hamidi Gesa BN Perak Bantu MB PRU13.
KUALA KANGSAR 21 Feb. – Ahli UMNO seluruh negeri Perak digesa membantu Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengekalkan kuasa kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemenangan BN amat penting kepada masa depan rakyat pelbagai kaum di negeri ini terutama orang Melayu.
Beliau berkata, tanggungjawab mempertahankan kuasa BN di negeri ini bukan terletak di bahu Menteri Besar semata-mata, malah semua ahli UMNO yang mendokong perjuangan parti itu.
Menurutnya, selain beliau, dua menteri daripada kalangan UMNO iaitu Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz turut bertanggungjawab membantu dan memastikan lebih dua pertiga kerusi BN dimenangi dalam PRU-13 nanti.
“Selain Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri dan pemimpin UMNO pelbagai peringkat, kami turut membantu memperkukuhkan sokongan terhadap BN dan memantau perkembangan politik semasa di negeri ini atas rasa tanggungjawab bersama,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Kursus Transformasi Minda Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh, di Ulu Kenas, dekat sini kelmarin.
Sementara itu, beliau menggesa semua jentera parti komponen BN menggandakan usaha kerana persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup, DUN Hutan Melintang dan Parlimen Bagan Datoh dalam pilihan raya kali ini dijangka sengit.
Beliau berkata, pembangkang telah merasa nikmat memerintah negeri Perak dalam pilihan raya lalu dan ketagihan memperoleh kuasa semula mendorong mereka menggunakan segala taktik kotor untuk mengulangi kemenangan lampau.
Ahmad Zahid berkata, pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan bahagian seluruh negeri ini hendaklah memastikan calon BN menang di tempat masing-masing.
Katanya, setiap kerusi DUN yang dimenangi amat penting dalam pilihan raya kerana ia boleh membantu penubuhan kerajaan negeri,
“Kekalahan calon BN di Hutan Melintang dalam pilihan raya lalu menyumbang kepada kejayaan pembangkang membentuk kerajaan negeri.
“Sehubungan itu, pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan Bahagian Bagan Datoh perlu bekerja keras mengembalikan kerusi berkenaan kepada BN dalam pilihan raya kali ini.
“Kita harus memujuk majoriti pengundi Melayu di Bagan Datoh supaya mengundi calon BN dalam pilihan raya akan datang di samping meningkatkan majoriti besar undi bagi calon Ahli Parlimen Bagan Datoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup,” katanya.
Sumber: utusanonline.
Tuesday, February 21, 2012
18SX: Pembongkaran Terbaru Hubungan Sulit Anwar Dengan Eliz Wong?
Melihat gelagat Anwar yang sekarang ini bermacam-macam perkara di buat untuk menarik perhatian setelah perancangan 901, Bebaskan Anwar tidak menjadi. Rata-rata masyarakat berpandangan bahawa Anwar akan sekali lagi ke 'dalam' setelah kes liwat 2 oleh Saiful menunjukkan bukti2 yang konkrit sehingga Anwar di beritakan tergagap-gagap apabila Saiful dapat mengingati satu-persatu adegan liwat oleh Anwar. Tinggalkan pasal Liwat, ada perkara lain yang lebih penting
Mengenang nasib yang di terima oleh Hassan Ali, Fairuz bekas Timbalan Ketua Menteri Penang, dan beberpa orang lain lagi yang sebelum ini berada dalam Pakatan Haram, Elizaberth Wong adalah orang yang paling bernasib baik.
Apa tidaknya, dengan kes bersekedudukan dengan lelaki Melayu (malu aku nak sebut, tapi terpaksa) sehinggalah tersebarnya gambar2 sensasi beliau yang di rakam oleh Helmi, teman seperjuangan di ranjang. Eli Wong yang sah di dapati bersalah dengan bukti2 bergambar beliau yang terlanjang dalam adegan Panas hanya di berikan rehat selama 3 bulan, berbanding Hassan Ali yang di buang keahlian Parti oleh PAS. Pelik dan luarbiasa penghakiman oleh Pakatan Haram yang jelas memilih bulu atau hanya akur dengan arahan pemimpin de faktornya, lain tidak bukan Bro Anwar Bin Ibrahim atau nama timangannya B.A.B.I.
Gambar Elizaberth Wong bukan di sebarkan oleh orang lain, tetapi ianya di ambil dan di sebarkan sendiri oleh teman ranjangnya iaitu Helmi, yang baru2 ini di dapati berada di Indonesia dan mendapat dokumen sah kerakyatan Indonesia. Di beritakan dari sumber yang jelas bahawa Helmi bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dan berdendam dengan Eli kerana beliau (Elizaberth Wong) juga menjalinkan hubungan sex bebas bersama Tian Chua dan beberapa pemimpin lain dalam Pakatan.
Gambar yang di ambil oleh Helmi kemudiannya di emailkan oleh Helmi sendiri menggunakan Laptop Elizaberth Wong kepada seseorang yang tidak di ketahui.
Sekali fikir, KENAPA ELIZABERTH WONG DI BERI HAK KEISTIMEWAAN walaupun beliau telah mencalitkan tahi ke muka pemimpin sekutu mereka termasuk Hj Hadi dan Nik Aziz?
Rupanya Elizaberth Wong adalah orang penting dalam Pakatan Haram dan merupakan pengantara antara Anwar Ibrahim dan Soros, penyangak matawang dunia. Woooo!!!! patut la....
HASSAN ALI DI PECAT KERANA SELAMATKAN AKIDAH DI DUMC!
ELIZABERTH WONG DI BERI CUTI 3 BULAN OLEH ANWAR KERANA TERLANJANG!
TAHNIAH PAKATAN HARAM!
Pb: Anwar vs Nik Aziz, Semua bersuara kerana menjaga politik!!! Ulamak ke PUKIMAK!
Sumber: pasberuk blog
Monday, February 20, 2012
BICARA: Mufti Perak Sound Direct Anwar Ibrahim.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegur Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kehadiran dan penyertaan beliau pada Hari Ponggal boleh membawa kepada tindakan haram di sisi agama.
Beliau mengulas laporan bergambar blog dan media arus perdana yang menyiarkan gambar Anwar dicalit dengan "kum-kum" di dahi ketika hadir di majlis sambutan Hari Ponggal di sebuah kuil di Batu Gajah, Perak Januari lepas.
"Kum-kum itu istiadat keagamaan dan kepercayaan dia (Hindu), tak boleh kita pakai. Apa benda yang dia bubuh di dahi itu (Anwar Ibrahim)? Abu apa? Boleh jadi abu mayat.
Sambutan ni ada dua. Satu adat, satu agama. Yang bentuk agama kita tak boleh hadir sama sekali. Walau apa kapisiti pun. Kita nak rasmikan pun tak boleh, Masalah akidah tidak ada tolak ansur," katanya kepada Antarapos.com, hari ini.
"Tetapi jika adat dan kita dijemput untuk makan dan sebagainya, kita hadirlah. Kalau adat tidak bertentangan dengan hukum syarak, kalau agama dan ibadat itu langgar hukum syarak," ujarnya lagi.
Beliau menegaskan perbuatan Anwar Ibrahim ini merupakan tindakan yang jauh berbeza dengan penyertaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
"Najib telah menjelaskan kepada saya, dia (Najib) pergi ke dewan untuk bertemu dengan masyarakat India. Dia tidak pergi ke tokong. Itu penjelasan dia," katanya lagi
Tegas beliau lagi, Anwar Ibrahim harus membezakan antara upacara agama dan adat.
Sebuah blog, ruangbicarafaisal.blogspot.com awal minggu ini membuat laporan bergambar Anwar menyertai sambutan Ponggal yang dipetik daripada blog Exco Selangor, Xavier Jeyakumar.
Sebagai reaksi, Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebelum sebarang persepsi dibuat berhubung isu Anwar dan Pesta Ponggal, perbezaan haruslah dibuat diantara upacara agama dan adat.
Bagaimanapun Tan Sri Harussani menegaskan tindakan Anwar adalah mengambil bahagian dalam upacara agama.
"Tak bolehlah. Kalau tak boleh, haramlah...Kalau dia buat istiadat keagamaan tak boleh kita buat...Kalau bentuk adat, kita dapat jemputan itu tak salah, tak bertentangan"
-Buat Anwar, agak-agak ler nak pancing undi India sekalipun-
BONGKAR: 9 Saksi Mungkin Dalam Bahaya Tentang Kes Curi Pasir Selangor.
Ulasan lanjut di sini...
BREAKING NEWS: Kereta Anwar Ibrahim Dirosakkan. Bukti Rakyat Benci Peliwat.
Sunday, February 19, 2012
VIDEO: Kemaruk Nak Jadi PM, Anwar Lacur Agama Islam.
Kredit to Minaq
TERBAIK!! Anak Seni Kelantan Tolak PAS Kelantan.
UTUSAN: Prinsip perjuangan pemimpin UMNO tidak patut berubah.
PASIR SALAK 18 Feb. - Perubahan zaman yang dilalui negara dari dulu sehingga sekarang tidak sepatutnya merubah prinsip dan nilai perjuangan pemimpin UMNO dalam membela bangsa dan tanah air.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemimpin terdahulu mempunyai semangat perjuangan nasionalisme yang amat tinggi sehingga sanggup berkorban apa sahaja untuk menjaga kepentingan bangsa dan tanah air tanpa mengharapkan sebarang ganjaran dan kedudukan.
Tegas beliau, nilai berkenaan tidak boleh ditinggalkan dan diketepikan oleh pemimpin yang ada ketika ini, malahan ia tidak boleh ditukar ganti.
"Dulu mereka sanggup berhempas pulas, bersusah payah dan berkorban apa sahaja malah ada yang berkorban nyawa semata-mata untuk menegakkan perjuangan nasionalisme bagi mewujudkan negara merdeka dan berdaulat. Mereka lakukan tidak bersyarat atau sebarang ganjaran.
"Mereka letakkan nilai perjuangan parti melebihi segala-galanya. Inilah yang perlu kita lakukan walaupun zaman kita berbeza dan ia tidak sepatutnya berubah," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan bersama kira-kira 300 veteran UMNO Bahagian Pasir Salak di Pasir Salak Resort di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Pengerusi FELCRA, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.
Perdana Menteri berkata, nilai perjuangan pemimpin terdahulu perlu dicontohi dan diteladani supaya tidak berlaku sebarang kesilapan yang boleh menghancurkan keharmonian negara.
sumber: utusanonline
Saturday, February 18, 2012
FOTO: Kenapa Perlu FUCK Anwar Ibrahim.
Friday, February 17, 2012
Wooww!! Anda Peminat Sukan Lasak? Moh join ini!!!
Semua dijemput hadir ke bandar DiRaja Kuala Kangsar. Gua tak reti naik moto. Tengok saja boleh ler.. Hehehe.. Apapun tahniah buat penganjur.
Wednesday, February 15, 2012
FAKTA: @chegubard Bodoh Pertahankan Individu Yang Hina Nabi Muhammad SAW.
PANAS!!! Pelakon Adi Putra Sanggah PAS Isu Velentine's Day!
PAS KATA MUSLIM BOLEH SAMBUT HARI KEKASIH PADA 14 FEBRUARI.
GUA PUN DAH PENING DENGAN PARTI ISLAM MALAYSIA NI.
CAKAP MACAM DAH KURANG SIUMAN.
-Mana Anwar Pergi 14 Februari 2012-
SBPA Akan Selesai?
Katanya, Mohd Sidek memaklumkan lima tuntutan berkenaan perlu diberi pertimbangan, terutama yang membabitkan isu kritikal.
Selain itu, Omar berkata, mesyuarat pasukan petugas khas semakan semula SBPA kali ketiga semalam menunjukkan maklum balas positif secara terbuka untuk menilai lima tuntutan berkenaan serta beberapa cadangan CUEPACS.
"Selepas tiga kali bermesyuarat dan dengan kemasukan tiga lagi anggota CUEPACS dalam pasukan itu, ada perkembangan positif ditunjukkan. Ada keterbukaan dalam mendengar maklum balas daripada kita.
"Berikutan itu, kita yakin perkara ini boleh diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang diberikan. Lima tuntutan CUEPACS bukan satu perkara yang menyulitkan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, di sini semalam.
Sebelum ini, CUEPACS mengumumkan lima tuntutan, iaitu mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat gred 54 ke bawah, mengekalkan status kekananan penjawat awam dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), mengkaji semula tangga gaji maksimum, menyenaraikan penjawat awam yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.
Omar juga berkata, persetujuan kerajaan terhadap lima tuntutan CUEPACS itu akan memberikan keceriaan kepada kakitangan awam yang sebelum ini kurang puas hati dengan pelaksanaannya.
"Isu SBPA ini dapat diselesaikan secara perbincangan seperti yang diadakan hari ini kerana jika CUEPACS tidak dibawa dalam rundingan, ia akan terus menjadi isu di kalangan kakitangan awam," katanya.
Beliau juga memaklumkan satu bengkel Jawatankuasa Bertindak CUEPACS berhubung isu SBPA akan diadakan di ibu negara pada 17 dan 18 Februari ini bagi menyediakan kertas kerja komprehensif mengenai masalah skim baru itu.
"Bengkel ini akan dihadiri pelbagai pihak berkaitan, termasuk ahli akademik bagi membincangkan isu itu dan menyediakan satu kertas kerja komprehensif untuk penyelesaiannya," katanya.
Sementara itu, Ismail berkata, pasukan petugas khas masih meneruskan perbincangan dan semua maklum balas serta cadangan yang diterima akan diteliti.
Kerajaan sebelum ini memberikan tempoh tiga bulan yang berakhir 16 April ini kepada pasukan berkenaan untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan SBPA selepas menerima arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya kedua-dua pihak berbincang bagi menyelesaikannya.
Sumber: Berita Harian
Tuesday, February 14, 2012
TERKINI: Tindakan Tok Mat Maslan Campak Buku Jinggay Diselar.
Tindakan Ahmad Maslan membuang kitab suci jinggay Anwar Ibrahim dikatakan tingkah laku yang kurang ajar oleh facebooker juak PR. Dalam laman facebook pagi ini gua terbaca dan terus print screen yang tertulis DASAR BARU BN BUDAYAKAN KURANG AJAR kerana mencampakkan kitab jinggay Anwar Ibrahim ke dalam tong sampah.
Bagi gua tindakan Ahmad Maslan campak kitab jinggay ke dalam tong sampah adalah perkara yang tepat kerana tempat yang paling adil kita buang sampah adalah ke dalam tong sampah. Perkara ini sudah lama di asuh sewaktu zaman gua sekolah tadika. Apa yang kurang ajar seperti dimaksudkan oleh juak PR? Buku Jinggay memang setaraf dengan sampah kerana di dalamnya janji kosong yang tidak bernilai bahkan sampah lebih bernilai dari kitab jinggay.
Bila Anwar Ibrahim buat kerja terkutuk tidak pula juak PR menganggap perkara sebegini kurang ajar. Hehehe.. Suka Sama Suka mungkin kita tidak boleh dakwa satu tindakan yang kurang ajar.
Monday, February 13, 2012
@NajibRazak Harus Waspada Dengan Kuasa Ke-3.
Berbalik kepada tajuk yang gua tulis. NajibRazak Harus Waspada Dengan Kuasa Ketiga. Siapa kuasa ketiga yang gua maksudkan? 2 hari lepas gua berkesempatan untuk menjenguk ceramah yang disampaikan oleh YB Hassan Ali di Pengkalan Pegoh Perak. Memang terkejut melihat kepada kehadiran yang gua membuat anggaran secara rawak dan mata kasar hampir 15000 orang memenuhi ruang legar ceramah. Tahniah YB Hassan Ali gua ucapkan. Komitmen beliau dalam memperjuangkan akidah umat Islam dilihat mendapat sambutan baik oleh masyarakat Melayu Islam.
Lain pula yang berlaku di Beruas Perak. Tetapi ketika itu gua tidak ke sana dan hanya mendapat info dari kenalan yang berada di sana. Gua difahamkan UMNO Beruas telah menjalankan satu ceramah umum yang ingin menampilkan YB Hassan Ali dalam program tersebut. Sebelum program dijalankan, difahamkan UMNO Bahagian sudah mewar-warkan kepada umum yang YB Hassan Ali akan turun ke Beruas untuk menyampaikan ceramah termasuk pada kain rentang yang meletak gambar muka YB Hassan Ali. Pada malam kejadian, hampir 3000 orang yang menunggu ketibaan YB Hassan Ali untuk mendengar ceramah tetapi ianya hanya tinggal harapan apabila pihak pengurusan memberitahu YB Hassan Ali tidak dapat hadir. Kenalan gua memberitahu, yang dia dapat lihat kekecewaan pada wajah orang ramai hinggakan hampir separuh daripada mereka beredar sejurus MC maklumkan perkara tersebut. Hebat betul gelombang YB Hassan Ali ketika ini.
Dalam Dewan Parlimen hari ini, cuba kita kira berapa ramai wakil rakyat yang BEBAS yang mana diantaranya dilihat mempunyai pengaruh yang kuat seperti YB Zulkifli Nordin. Jika dilihat dengan lebih mikro, sebenarnya bukan YB Hassan Ali sahaja yang memiliki kuasa ketiga tetapi ramai lagi individu yang berpengaruh memiliki kuasa ketiga. Realitinya, mereka inilah sebenarnya YAB Datuk Najib perlu berwaspada. Tetapi siapa gua untuk menulis tentang kuasa ketiga ini.
Baiklah... Jika ditakdirkan yang individu yang berpengaruh tersebut bergabung dalam satu badan politik yang baru dan bertanding pada PRU13, mereka ini mempunyai kemampuan yang kuat untuk meraih sokongan rakyat yang benci pada PAS,UMNO,PKR dan DAP. Belum termasuk NGO yang ada hati nak jadi calon. Mereka ini mungkin tidak perlu bertanding banyak kerusi tetapi cukup untuk menafikan hak 2/3 mana-mana kerajaan yang bakal memerintah selepas PRU13. Kerusi parlimen yang akan dipertandingkan pada PRU13 adalah 222 kerusi. Andai kata ketika itu BN menang 110 kerusi dan PR menang 80 kerusi manakala kuasa ketiga menang 32 kerusi, apakah yang akan berlaku? Dilihat pada angka BN akan terus memerintah namun keadaan BN amatlah perit kerana terpaksa berhadapan dengan 80 pembangkang. Tetapi BN harus ingat, jika ditakdirkan kuasa ketiga itu mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi pemimpin negara mereka sudah pasti punyai kemampuan walaupun hanya menang 32 kerusi. Kuasa ketiga ini mungkin boleh berbisik dengan juak PR "jika kamu nak sokongan 32 kerusi dari kami, kamu kena pastikan dikalangan kami ini menjadi PM" 32 plus 80 menjadi jumlah 112 kerusi. PR boleh menjadi kerajaan dengan hanya kelebihan 2 kerusi selepas medapat sokongan kuasa ketiga. Begitulah juga mungkin berlaku sebaliknya jika BN ingin terus memerintah.
Tetapi ini hanyalah pengamatan gua sebagai blogger murahan yang mentah tentang dunia politik Malaysia. Apapun dalam politik sekali lagi gua cakap, segala kemungkinan boleh berlaku sebab ini soal kuasa, wang dan dunia. Tetapi jika demi pertahankan Agama Bagsa dan Tanahair, Gua akan menyokong penuh parti politik tersebut. Jangan kita terlalu teruja dengan politikus BEBAS yang sedikit pro BN.