Tuesday, January 31, 2012

wOOO!!! WORLD BLOGGERS AND MEDIA SOCIAL AWARDS 2012. @PapaGomo KETINGGALAN DI BELAKANG @che_det .


Nampaknya dunia media sosial semakin popular dikalangan generasi Y seluruh dunia. Jika dahulu media ini dipandang sepi oleh segelintir masyarakat Malaysia, tetapi dengan perkembangan teknologi yang begitu pantas memudahkan pengguna untuk melayari internet di mana sahaja. Facebook di dalam bas, tweet sewaktu berak, update blog ketika makan cucur sudah tidak menjadi masalah kepada para penggemar dengan terciptanya pelbagai jenis telepon pintar seperti Blackberry, I-Phone, Samsung Galaxy, Ipad dan sebagainya.

Jika pada 29/01/2012 Hafiz/Herman Tino telah membuktikan kepada Malaysia bahawa dia adalah juara AJL26 dan juga vokal terbaik, pada 16 Febuari ini satu anugerah yang dinantikan oleh penggemar media sosial akan djalankan "WORLD BLOGGER AND SOCIAL MEDIA AWARD 2012" bagi mencari siapakah antara blogger atau facebooker yang paling tinggi mendapat undian daripada peminat.


Sehingga jam 2.38 pagi 31/01/2012, nampaknya chedet jauh meninggalkan blogger yang lain dengan mendapat sebanyak 268 undi manakala di belakang chedet adalah stephendoss yang telah mendapat undian sebanyak 95. Papagomo berada ditempat ketiga yang mana undian yang diperolehi adalah sebanyak 39 setakat ini.

Walaupun gomo jauh ketinggalan dibelakang chedet, tetapi selaku blogger yang bukanya orang politik mahupun seseorang yang tersohor, gua tabik sebab beliau telah berada ditempat yang ketiga. Chedet merupakan seorang pemimpin yang terulung dan sememangnya blog beliau akan menjadi pilihan utama bagi segelintir masyarakat Malaysia. Jika diukur memang bukan lawan yang tepat antara gomo dan chedet kerana mereka berdua adalah individu yang cukup jauh perbezaanya. Gomo hanya orang kebanyakkan dan Chedet adalah orang yang sudah mencipta nama bukan sahaja di Malaysia bahkan ianya di mata dunia.

Gua selaku blogger murahan amatlah berbangga dengan kedudukan tempat ke tiga yang diperolehi oleh gomo kerana dia hanya blogger jalanan dan sudah mempunyai peminat sejati barangkali. (Gomo.. Gua bukan kipas lu derrr.. Ini fakta).

Cukup dulu pujian untuk gomo! Berbalik kepada Social Media Award 2012. Gua berpendapat anugerah ini adalah satu langkah yang cukup baik untuk kita mengangkat kebolehan para blogger mahupun facebooker. Ini adalah satu kaedah bagi menyuntik minat mereka supaya lebih aktif dalam mengeluarkan artikel dan menjawab isu-isu fitnah yang direka oleh juak pembangkang. Pihak BN tidak boleh mengambil mudah dan memandang sebelah mata perperangan alam maya ketika ini tanpa menolak media konvensional yang digunapakai selama ini. Kepantasan para blogger atau facebooker dalam mengeluarkan artikel kadang-kadang boleh mengalahkan TV3, RTM dan mana-mana rancangan TV yang ada di Malaysia. Media Sosial adalah medium yang cukup berkesan terutama untuk mendedahkan isu semasa kepada generasi Y yang ada hari ini. Maka amat patutlah anugerah seperti ini diwujudkan, paling tidak para blogger dan facebooker rasa dihargai. Kami tidak minta intan atau permata, tetapi pandanglah kami sebagai orang yang berjasa kepada kerajaan yang ada hari ini.

Kepada para blogger atau facebooker pro BN, ayuh panjatkan kesyukuran kepada Illahi. Akhirnya usaha anda selama ini bukanlah satu kerja yang sia-sia. Anda semua sudah menjadi "front liner" dalam PRU13 yang akan datang. Politikus PR dan BN mula takut dan hormat dengan anda kerana ketajaman tulisan anda kadang-kadang boleh membunuh kerjaya politik mereka. Yang salah akan ditegur yang betul gua yakin para blogger akan terus pertahankan anda wahai politikus BN. "Dont Wury Be Happy" buat jer kejer untuk rakyat.

Menulislah para blogger hingga ke darah yang terakhir (darah ker?) serta dengan penuh keikhlasan hati kita dalam memperjuangkan nasib bangsa, agama dan tanahair yang tercinta. Tugas anda amatlah berat menjelang PRU13 dalam menentukan untung nasib rakyat Malaysia. Peranglah habis habisan juak PR terutama kepala mereka Anwar Ibrahim. Yakinkan kepada rakyat Malaysia yang Anwar Ibrahim memang tidak layak untuk menjadi pemimpin negara Malaysia. Secara peribadi, gua akan terus menulis walaupun tidak ada yang suka apa yang gua tulis. (suka hati gua sebab ini blog gua). Gua akan tulis apa sahaja asalkan gua mendapat kepuasan yang maksimum. Sekali lagi tahniah buat chedet, stephendoss dan juga papagomo dengan kedudukan yang anda perolehi setakat ini. Klik untuk info lanjut Social Media Award 2012.


p/s: Dengar citer ada lagi sorang pemimpin utama PAS akan ikut jejak Hassan Ali. Siapa?

1 comment:

  1. Wow mantap. Aku tak tahu pun ada benda cam ni. Hahaha. Apa pun perjuangan mesti diteruskan.

    Ni nok keno belanjo mu makan ni. Hahaha

    ReplyDelete

Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.