Menurut Utusan Online, antara parti2 politik asing yang dijemput sebagai pemerhati semasa perhimpunan agung UMNO 2011 ialah :-
1. Parti Tindakan Rakyat Singapura
2. Parti Liberal Filipina
3. Parti Demokrat Thailand
4. Parti Fatah , Palestin
5. Parti Mama Fiso, Madagascar
6. Parti Komunis Cuba
7. Parti Komunis China
8. Parti Buruh, Korea Selatan
Blogger2 pembangkang cuba memainkan isu UMNO menjemput Parti Komunis dari Cuba dan China untuk menjadi pemerhati dalam perhimpunan 2011. UMNO dikatakan menyokong ideologi komunis dengan menjemput parti komunis Cuba dan China . Jemputan UMNO ini dikatakan lebih teruk daripada ucapan Mat Sabu yang mempertahankan Mat Indera yang memperjuangkan ideologi komunis sebagai hero sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong.
Deduktif senario blogger2 pembangkang mengenai 2 perkara di atas adalah amat lemah dan semberono sekali. Mereka mungkin tidak faham atau buat2 tak faham mengenai 2 perkara yang dinyatakan di atas.
Senario 1 :
UMNO menentang ideologi Komunis di negara ini kerana jelas ideologi ini membawa prinsip2 yang bertentangan dengan agama Islam . Mat Indera adalah ahli Parti Komunis Malaya yang cuba menyebarkan fahaman komunis di negara ini , penentangan di lakukan terhadap British untuk mengusir mereka keluar dari negara ini seterusnya menubuhkan negara Malaya yang berfahaman komunis. Doktrin2 komunisme akan disalurkan ke negara ini melalui negara China. Sekiranya komunis berjaya dalam perjuangan mereka , Malaya boleh diumpamakan seperti "Keluar mulut rimau , Masuk mulut buaya"
Senario 2 :
UMNO menjemput parti komunis Cuba dan China dalam perhimpunan atas kapasiti mereka sebagai parti yang memerintah negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.
Senarai parti2 politik yang ada di China :
1. Kuomintang (Parti yang memerintah China sekarang)
2. Democratic Progressive Party
3. People First Party
4. New Party
5. Non Partisan Solidarity Union
Senarai parti2 politik yang ada di Cuba :
1. Communist Party of Cuba (Parti yang memerintah Cuba sekarang)
2. Cuban Liberal Movement
3. Cuba Liberal Union
4. Christian Democratic Party of Cuba
4. Cuban Democratic Socialist Current
5. etc ..
Adakah UMNO akan menjemput parti2 komunis ini sekiranya mereka bukan parti yang memerintah negara ? Hanya dengan jemputan, tidak bermakna UMNO menyokong ideologi komunisme parti2 dari Cuba dan China ini. Hal ini adalah lebih kepada jalinan hubungan diplomatik antarabangsa dan dilihat untuk menjaga kepentingan ekonomi. Berikut adalah statisik yang menunjukkan China merupakan rakan dagang utama dengan Malaysia. (Sumber)
Sekiranya deduktif blogger2 pembangkang mengenai jemputan ke atas parti politik komunis di China dan Cuba ini sama seperti menyokong ideologi komunisme . Tentulah tiada beza deduktif mereka apabila membeli barangan yang berkaitan dengan Israel sama seperti menyokong Zionisme di Israel. Tahukah anda cip2 komputer kebanyakkan berasal dari negara Israel ? Jadi adakah untuk tidak menunjukkan sokongan ini kita harus menghumban komputer kita ke dalam longkang??!!
P/s: kredit to BE DA MAN
No comments:
Post a Comment
Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.