Wednesday, November 23, 2011

HARUS BACA!!! GEMPAR!!! EMAIL LUAHAN HATI PEJUANG ISLAM SEBENAR

  1. Hassan Ali Kesal Pihak Utamakan Politik Daripada Dakwah

Oleh Nur Atiqah Abdul Samad

Shah Alam - Datuk Dr Hasan Ali mengaku amanah yangdipikulnya dalam menegakkan syiar Islam selaku Exco HalEhwal Islam dan Adat-Adat Melayu di Selangor memberikesan kepada hubungan beliau dengan pemimpin PAS.

Hasan menegaskan beliau sentiasa bersedia menerimateguran dan kritikan namun kecewa kerana adakala tindakannya, walaupun betul daripada segi menegakkanIslam, ditolak atas perkiraan politik.

"Saya mengalu-alukan (pendapat), saya bukanlah seorangyang apa yang saya katakan itu benar semuanya dan jugatidak mengatakan apa yang saya lakukan itu salah semuanya,”kata Hasan dalam wawancara dengn Antarapos.com.

Tetapi Inikadang-kadang yang benar pun atas namapolitik kita tak sokong nampaknya. Bahkan kita ingin pulabukan saja tidak sokong tapi kita sebarkan supaya orangmenentang kita." tambah beliau.

Dalam wawancara itu, Hasan turut menzahirkan karenah wakil-wakil komponen Pakatan Rakyat yang cubamenjadikan perkara-perkara yang jelas dalam Islam sebagaiisu hak asasi.

Hasan berkata istilah-istilah seperti hak kebebasandipergunakan sehingga menyekat beliau dalam menjalankanamanah yang diberi kepadanya.

Saya tidak sangat bimbang mengenai hak kebebasan,keadilan, ketelusan dalam kerajaan dan sebagainya yangdiperjuangkan oleh Pakatan Rakyat, saya tidak ada masalahtentang itu,” kata beliau.

Hanya yang jadi masalah saya apabila kita panjangkanpengertian hak kebebasan itu hinggakan saya sebagai excoagama tersekat-sekat kebebasannya.

Sebagai contoh, kita mencegah orang minum minuman kerasdi khalayak ramai, dikata tak boleh dicegah kerana ini adalahpilihan dia, hak asasi dia jadi kita mesti izinkan dia berbuatdemikian sedangkan ini bertentangan dengan Enakmen kita,"kata Hasan.

Dalam wawancara lebih sejam di rumahnya, Hasan diajukanbeberapa persoalantajammengenai kebertanggungjawabanbeliau selaku Exco Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu.Beliau turut menjaga portfolio infrastruktur dan kemudahanawam.

Hasan ditanya mengenai kekangan dan kecaman yang seringditerimanya bersabit isu-isu pelaksanaan undang-undangsyariah dan hukum Islam di Selangor.

Ini termasuk usaha melarang penjualan arak di kedai SevenEleven di Shah Alam, mempertahankan tindakan JabatanAgama Islam Selangor bersabit isu Gereja MethodistDamansara Jaya (DUMC) dan pendedahan beliau mengenaicubaan untuk mengkristiankan orang Islam di Selangor.

Yang terbaru, ialah tindakannya menyertai gerakanHIMPUN bulan lalu bagi membicarakan isu murtad walaupunPAS bersama parti DAP dan Parti Keadilan Rakyat untuktidak menyokong perhimpunan itu.

Dua bulan lalu, Hasan di ganti sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor dengan ADUN Meru, Dr Rani Osman dalam saturombakan yang disifatkanbiasaoleh pimpinan PAS.

Dalam wawancara itu, Hasan menegaskan keperluan partikomponen pembangkang untuk lebih terbuka dalamperjuangan Islam yang diisytiharkan oleh PAS.

"Bagi saya, kalau teman-teman dalam komponen PakatanRakyat dapat terbuka sikit, misalnya kalau nak laksanakan(negara) Islam (tak boleh) kata 'over my dead body” (langkahmayat saya dulu),” jelas beliau.

Ini, rasa saya, tidak cantik dan kita harus menghormati(perjuangan PAS). Kalau Pas tidak memperjuangkan Islam,jadi apa itu Pas? Saya tidak nampak apa yang ada pada Pas,"katanya.

Kenyataan yang dirujuk oleh Hasan itu diluahkan PengerusiDAP Karpal Singh pada tahun 1999 sebelum beliau memohonmaaf dua tahun lalu. Namun Karpal dan pimpinan tertinggiDAP masih bertegas tidak menyokong undang-undang Islam.

Hasan akur bahawa Portfolio Agama dan Adat resam Melayuyang dipegangnya menjadikan beliau sentiasaditeropongdan menjadi sasaran kritikan dan teguran pelbagai pihaktermasuk dari PAS.

Namun apa yang mendukacitakan ialah keghairahan untukmelempar tuduhan dan kritikan tanpa fakta dan tanpamendapatkan penjelasan daripada beliau.

"Kalau ada teman-teman yang tidak suka dengan saya, silajumpa saya untuk berbincang. Pintu pejabat dan rumahsentiasa terbuka, tetapi sehingga hari ini orang membuatkenyataan-kenyataan dan lemparkan tuduhan mengenai apayang saya cakap terutama mengenai Islam dan Melayu…(mereka) tak jumpa saya tetapi dah bercakap dengan akhbar,”kata beliau.

Inilah masalah yang saya hadapi dan saya ingat kalau kitabetul ikhlas dan kadang-kadang saya persoalkan mengenaikejujuran orang-orang yang membuat komen dan ulasan-ulasan negatif tanpa menyelidik dulu. Tetapi sayang, keranasudah menjadi kelaziman dalam masyarakat seronok hentamorang,” tambahnya.

Dalam wawancara itu, Hasan tidak menafikan bahawa beliaudikehendaki oleh pihak Istana Selangor untuklebih tegas dantuntasdalam menangani pelbagai isu membabitkankedudukan Islam dan adat Melayu.

Hasan berkata segala tindakannya setakat ini, walaupunsederhana namun terlampaupedasuntuk ditelan pihak yangmempunyai kepentingan diri.

"Apa yang saya lakukan setakat ini rasanya saya di peringkatsederhana, itu pun mendapat tentangan, kontroversi dan hiruk-pikuk,” kata beliau.

Apatah lagi kalau nak kata lebih tegas lagi, tegas yangbagaimana? Tegas itu relatif, selama ini Hasan Ali tak tegaske? Lembik sangat ke? Tak bermaya ke? Tak bernafsu ke nakmenjalankan kerja dan sebagainya,” tambahnya.

Saya rasa apa yang dimaksudkan oleh Istana itu ialahbertegas pada waktu dan ketika kita bertegas, berlembut padawaktu kita harus berlembut. Jadi inilah metadologi yangdigunakan Nabi Muhammad s.a.w..

"Kalau nak tegas dan agresif sepanjang masa, itu bukan HasanAli. Kalau nak lembut dan melutut sepanjang masa tu punbukan saya. Tapi ada masanya kita berkeras dan ada masanyakita berlembut. Saya fikir itulah metadologi Hasan Ali."Tegas beliau.

No comments:

Post a Comment

Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.