RM3 juta dipercayai diseleweng oleh ADUN DAP untuk biayai kegiatan politik parti DAP. Buletin Utama Tv3, 5 Mei 2011 telah melaporkan cawangan DAP terima sumbangan dari syarikat kontraktor yang mendapat projek daripada kerajaan negeri Selangor.
Ini bermakna Teoh Beng Hock bunuh diri secara terhormat bagi lindungi majikan dan partinya daripada tuduhan rasuah? .Itu antara persoalan dibangkitkan ketika prosiding Suruhanjaya Siasatan Teoh pada 5 Mei 2011.
ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dan peguam mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah membangkitkan beberapa perkara ketika menyoal Ean Yong.
Selaku ADUN, peruntukan diterima 600 ribu Ringgit setahun.Ean Yong turut menjadikan Kuala Kubu Baru dan Batang Kali sebagai ADUN angkatnya. Bagi kedua-dua DUN itu, Ean menerima peruntukan 500 ribu Ringgit setahun.
Jelas Datuk Seri Shafee, keseluruhannya sejak dua tahun lalu, Ean Yong telah menerima 3.2 juta Ringgit melaksana projek di ketiga-tiga DUN itu. Jumlah peruntukan itu diakui Ean Yong. Ditanya sama ada semua wang itu telah disalah guna dan kemudian disalur untuk biaya aktiviti politik DAP, ADUN Seri Kembangan itu bagaimanapun menafikannya.
Nafi sahaja tidak cukup, Ean Yong perlu membuktikan secara beraudit mana duit tersebut pergi.Datuk Seri Shafee turut mencadangkan kepada ADUN berusia 32 tahun itu sama ada boleh dikatakan Teoh membunuh diri secara terhormat bagi melindungi majikan dan parti DAP dari tuduhan rasuah. Ini kerana Teoh tahu banyak perkara dan kegiatan yang berlaku.
Sekali lagi ia dinafi. Datuk Seri Shafee turut mempertikai dokumen ditemui di komputer milik Teoh. Antaranya surat tuntutan dari kontraktor berkaitan projek dilaksanakan. Datuk Seri Shafee berkata ia memberi gambaran seolah-oleh Ean Yong dan Teoh yang menetapkan kadar bayaran dan bukan mengikut garis panduan ditetapkan. Ean Yong tidak bersetuju dengan perkara itu.Prosiding akan bersambung Isnin depan. Kebenaran dalam isu Teo makin terserlah, apakah penyokong-penyokong pembangkang tidak dapat menerima bahawa parti mereka juga melakukan rasuah? ; sumber: Angin Perubahan.blogspot.com
Jelaslah bahawan Justice For Beng Hock sewaktu kempen PRK sebelum ini hanyalah lakonan DAP untuk menutup kesalahan yang dibuat. Cina tipu Cina? Yang menjadi mangsa adalah Beng Hock anak harapan kepada keluarga yang serba kekurangan.
p/s: DAP pembunuh minda rakyat
Jelaslah bahawan Justice For Beng Hock sewaktu kempen PRK sebelum ini hanyalah lakonan DAP untuk menutup kesalahan yang dibuat. Cina tipu Cina? Yang menjadi mangsa adalah Beng Hock anak harapan kepada keluarga yang serba kekurangan.
p/s: DAP pembunuh minda rakyat
bunuh diri atau disuruh bunuh diri? ish ish ish
ReplyDelete"Justice For Beng Hock" tu bagi DAP bermakna "BENG HOCK MESTI MATI".
ReplyDeleteumur Ean Yong 32 thn, peruntukan dapat 3.2 juta. kalau masuk FD setahun dapat berapa?
DAP tak akan buat apa2 projek pembangunan kerana mereka tau kerajaan BN akan sediakan segala2nya dikawasan mereka, kawasan bandar.
sekarang terjawab mengapa bila kerajaan tubuh RCI semua penyangak DAP lari tak mau masuk campur, sebab dah tau tembelang akan pecah satu persatu.
kpd keluarga TBH - buka mata sekarang, tengok DAP sanggup bunuh orang dia sendiri utk kuasa dan rasuah. mana adik kakak yg meraung2 dulu tu? sekarang rasa malu tak? org DAP mana tau malu ...
La..ko org tak percaya ke dengan Dr.Pronthip tu. Pakar dari Thailand. Kata penyokong Pakatan Rakyat dia tu lebih hebat dari pakar UK. Tu dia depa kata. Oklah, lepas ni kerajaan hantar jer bakal Doktor ke Thailand. Kepada student Medic yang menyokong Pakatan Rakyat sahaja. Jimat sikit belanja tu, tapi belajar rajin-rajin. Jangan dok cari Thailand Doll pulak. Nasib baik dapat selalu bertemu dengan Anwar Ibrahim. Dia selalu pergi ke sana (kata Eskay). Boleh lah bertukar-tukar fikiran dan pengalaman.
ReplyDeleteDAP tidak ada modal lagi untuk digunakan sewaktu berkempen PRU nanti.
ReplyDeleteSewaktu PRU DUN Sarawak, isu Beng Hock dimainkan disetiap kawasan Cina. Video yg mereka tayangkan seolah kerajaan Malaysia membunuh Benghock.
Akhirnya telah terbukti bahawa DAP pemangsa Kaum sendiri.