Tuesday, May 3, 2011

225 Ahli PAS masuk UMNO



Bekas ahli Pas,Rahaiza Abdul Rahim (kiri) dari Kampung Kubang Panggas mewakili 225 rakannya berikrar meninggalkan parti itu pada majlis penyerahan borang di Alor Setar, semalam.

Hilang keyakinan terhadap Pas termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendorong 225 ahli Pas Kuala Kedah keluar parti itu dan menyertai UMNO.

UTUSAN melaporkan Ketua Pas cawangan Lahar Buluh,Ahmad Marzuki yang mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang keahlian mereka kepada Ketua UMNO Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah satu majlis di Kubang Rotan, di sini semalam.

Menurut Ahmad Marzuki,mereka menyertai UMNO setelah kecewa dengan janji kosong yang sering ditabur pemimpin Pas terutama berkaitan bantuan ketika Kuala Kedah dilanda banjir teruk pada November lalu.

"Pemimpin Pas masuk kampung tabur janji dan buat kami tertunggu-tunggu.Baru-baru ini, apabila 150 rumah rosak teruk akibat ribut ada juga pemimpin Pas datang dan tabur janji lagi tetapi sampai hari ini tidak ada apa-apa pun.Yang ada cuma UMNO Kuala Kedah yang sentiasa prihatin nasib rakyat," katanya ketika ditemui pada sidang media majlis tersebut

Tok Limbong berharap selepas ini, lagi ramai ahli PAS yang akan masuk UMNO satu-satunya wadah perjuangan orang Melayu. Kalau pemimpin PAS tidak mahu bersatu dengan UMNO biarkanlah mereka, tetapi ahlinya Tok Limbong yakin akan menyedari hakikat bahawa dengan bersatu sahaja Melayu akan kuat.

p/s: PAS sesat UMNO bagus

No comments:

Post a Comment

Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.