29/10/2010, bertempat di Padang Rengas Perak, Gagasan Melayu Perak telah melaksanakan program kemasyarakatan di sekitarnya selama tiga hari. Program yang telah dirasmikan oleh DYAM Raja Jaafar bin Raja Muda Musa telah dihadiri hampir 500 orang termasuk mahasiswa anak Perak Universiti Pendidikan Sultan Idris dan pelajar sekolah berhampiran. Menurut Presiden GMP, program tersebut bertujuan untuk menyatukan kembali masyarakat Melayu Islam yang semakin berpecah disebabkan fahaman politik yang berbeza kebelakangan ini. Beliau juga turut mengulas didalam ucapan aluan, agar setiap perkara yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh Hak Orang Melayu harus dijaga bersama. Program yang berakhir pada 31/10/2010 ini juga mendapat kunjungan daripada beberapa orang pemimpin Melayu yang lain. Wacana Perpaduan Ummah yang berlansung pada 30/10/2010 amat mendapat sambutan orang ramai yang mana dihadiri oleh panel khas iaitu Saudara Roslan Latif (Presiden KERIS Malaysia). "Melayu Leka Hilang Kuasa"
No comments:
Post a Comment
Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.