Semakin hari semakin kehilangan taring yang dimiliki oleh harimau Melayu. Bukankah kita satu bangsa yang cukup hebat suatu ketika dahulu? Tidakkah hasil perjuangan orang Melayu anak cucu hari ini dapat menjadi seorang doktor mahupun peguam? Tetapi kesedihan menimpa diri orang Melayu apabila Azizah dan Anwar Ibrahim dengan begitu bongkak ingin membuang KETUANAN MELAYU ke dalam TONG SAMPAH. Kekadang harus kita bertanya dan berundur sedikit dizaman kegemilangan Anwar Ibrahim dalam UMNO. Dialah orang yang begitu lantang bercakap soal KETUANAN MELAYU yang perlu dijaga serta kaum lain perlu menghormati perkara tersebut. Bila mendengar ucapan beliau sewaktu penutup Kongres PKR di Petaling jaya, tok terlintas adakah Anwar ini dipecat daripada UMNO pada 1998 disebabkan beliau menolak KETUANAN MELAYU. Setahu tok beliau dipecat daripada UMNO disebabkan kes liwat yang menjadi kesukaanya. Anwar begitu jelas merupakan pelakon yang cukup hebat dalam meruntuhkan kepimpinan negara dan misi menawan PUTRAJAYA. Rakyat Malaysia khususnya harus paham takrif Melayu yang terdapat dalam undang-undang tertinggi Malaysia iaitu PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN merujuk kepada perkara 160 (2).
Lebih menyedihkan lagi, sewaktu penutup Kongres PKR tersebut, seorang perwakilan PKR berbangsa INDIA bukan Islam telah memesongkan maksud sepotong ayat Al-Quran. Tetapi tok tidak hairan dengan tingkah laku bukan Islam tersebut sebab kita tahu, kaum Yahudi ini tidak akan senang dengan kita sehinggalah kita mengikuti agama mereka. Apa yang menyedihkan kita apabila umat Islam yang turut berada dalam majlis tersebut bertepuk tangan dan mengiakan maksud ayat suci yang dipesongkan oleh INDIA tersebut. Jika dilihat, ianya mungkin boleh ditahan dibawah akta hasutan (ISA), namun disebabkan kelemahan Islam di Malaysia dan Melayu yang semakin hilang taring kita tidak mampu mangambil tindakan. Anwar semakin menghalalkan cara dalam misi menawan PUTRAJAYA sehinggalah menjual maruah agama Allah. Kalaulah rakyat sedar akan perkara ini, mungkin agama, bangsa dan tanahair kita terus terjaga dengan kepimpinan MELAYU ISLAM.
Melaka yang begitu hebat menjadi tumpuan Dunia sewaktu pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
Kekadang kita juga perlu ingat yang kita pernah kehilangan kuasa selama 446 tahun ke tangan penjajah. Namun kuasa itu dikembalikan kepada MELAYU ISLAM pada tahun 1957. Kita baru menikmati 53 tahun untuk menjadi pemerintah dengan acuan sendiri. Namun jika dilihat kepada keadaan sekarang, kita mungkin kembali dijajah namun penjajahnya sudahpun berlegar dalam kawasan kita. Jangan lihat dengan mata kasar tetapi lihatlah dengan hati naluri yang bersih tanpa memahami ideologi politik yang berbeza. Sampai masa dan ketika kita mungkin akan bertumpah darah untuk menjaga HAK. Salam perjuangan.
p/s: DAP anti ISLAM, Anwar Ibrahim perlu bertaubat.
salam perjuangan,mereka ini adalah orang yang kufur nikmat..blog sdra telah kami pautkan .terima kasih kerana memautkan blog alehkayong.
ReplyDelete