Setiap hari akan terpampar di dada akhbar berkenaan kes pembunuhan Dato' Sosilawati oleh 8 orang paria di Pantai Morib, dan setiap kali kita akan turut merasa kesedihan yang melanda hati dan persaan seluruh keluarga mangsa yang terlibat. Hati kecil tok bertanya, apakah kesudahanya perbicaraan kes ini akan memihak kepada paria tersebut selagi DNA mangsa dan DNA paria belum menemui signifikannya. Tidak mustahil penjahat akan terlepas dan terus bermaharajalela di luar nanti. Penjenayah seorang yang hebat dalam soal undang-undang, ianya tidak mustahil peguam yang digunakan nanti juga merupakan seorang penjenayah yang profesional. Kalaulah ditakdirkan suspek berkenaan menang dalam kes tersebut, mungkin ianya akan meletus satu insiden yang berbaur perkauman. Tetapi sesamalah kita doakan ianya tidak akan terjadi dengan hendaknya.
Melihat kepada kes pembunuhan seoarang yang penakut oleh peguam yang bergelar Datuk ini, kerajaan perlu mengkaji kembali integriti Bar Council yang rata-ratanya didalangi oleh pihak pembangkang. Mereka inilah yang dikatakan ingin perjuangkan "merakyatkan perlembagaan". Alih-alih, rakyat juga yang dibunuh secara kejam. Bagaimana seorang penjenayah ingin perjuangkan nasib rakyat? Seorang pembunuh yang bertindak sebagai peguam himpunan haram Hindraf kononya hindraf ingin perjuangkan nasib rakyat. Bukankah ini satu perkara yang pelik dilihat secara halus. Kebetulan juga Anwar Ibrahim yang merupakan seorang penjenayah seksual menyokong kuat perhimpunan haram Hindraf. Akhirnya yang menjadi mangsa kepada orang tamak ini adalah orang Melayu yang baru sahaja ingin berjaya dalam bidang ekonomi.
Semalam hati tok tertanya, apa perbezaan kes Allayarham Adik Aminulrasyid dan Beng Hock dengan kes Allahyarhamah Dato' Sosilawati? Persoalan ini timbul apabila tok melihat reaksi pihak pembangkang untuk memperjuangkan nasib pihak mangsa begitu hebat ketika kes adik Aminulrasyid dan Beng Hock. Tetapi untuk kes Dato' Sosilawati semuanya menyepi. Kalau sebelum ini Karpal Singh menawarkan diri untuk menjadi pendakwaraya percuma kepada kes Aminulrasyid tetapi kenapa tidak untuk Dato' Sosilawati? Apakah ianya tidak memberi "political milage" kepada pihak pembangkang? Keadilan atau kejahilan yang dituntut pihak pembangkang?. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertamadun, soal bunuh jangan wujud sikap memilih bulu hanya kerana untuk mendapat kepentingan. Tok yakin, jika Karpal Singh menawarkan diri secara percuma untuk menjadi peguam kepada semua mangsa tanpa mengenakan bayaran, beliau terus akan disanjung sebagai pejuang sukarelawan. Berani ker beliau? Sekian wasalam.
No comments:
Post a Comment