Tok sangat bersetuju apabila Dato' Seri Najib Tun Razak menolak cabaran debat oleh Nik Aziz.
Tok rasa sangat rugi jika debat ini terjadi kerana Cina dan India akan bergembira melihat pertelagahan antara pemimpin Melayu.
Tok memetik kata-kata Dato' Seri Najib berkenaan debat tersebut "Soal masa depan umat Islam dan negara tidak boleh diselesaikan melalui debat. Jalan terbaik bukan debat tapi forum bermusyawarah dan mengadakan perbincangan secara ikhlas untuk membincangkan masa depan umat Islam dan negara".
Dato' Seri Najib sewaktu melawat Nik Aziz yang terlantar sakit.
Isu debat ini berlaku selepas Nik Aziz menyamakan UMNO sebagai komunis dan ajaran sesat seperti Ayah Pin. Debat atau dalam Bahasa Arab 'Mujadalah', yakni perdebatan dengan musuh yang dibuat dikhalayak ramai.
Mujadalah pernah berlaku antara Nabi Musa a.s dengan Firaun, Nabi Ibrahim a.s dengan Namrud dan Rasulullah s.a.w dengan Abu Jahal. TAPI wajarkah mujadalah antara Nik Aziz dengan Najib?
Maaflah kalau tok cuba nak ingatkan Nik Aziz, barangkali Nik Aziz telah lupa bahawa mujadalah yang berlaku setelah rundingan secara muzakarah tidak dapat dilaksanakan.
Sedangkan Dato' Seri Najib pernah mempelawa Nik Aziz untuk melakukan sebarang rundingan demi kebaikan agama Islam dan bangsa Melayu.
Tapi tok rasa Nik Aziz hanya boleh 'bermusyawarah' dengan Lee Kuan Yew je kut.
.
No comments:
Post a Comment
Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.