Thursday, June 11, 2009

BANGSAKU BERMARUAH… DIMULIA DAN DIHORAMATI.

RAKYAT HIDUP MUHIBAH…SEMUA KAUM BERSATU HATI.

PARLIMEN BERDIRI MEGAH…TANDA SUBURNYA DEMOKRASI.

KERAJAAN YANG MEMERINTAH…BERWAWASAN DAN BERINOVASI.


Saya suka untuk membawa pembaca memahami akan sepotong lirik lagu yang diambil dari sebuah lagu. Melayu, haruslah kita mengenangkan kembali akan sejarah pemerintahan melayu di zaman kegemilangan Melaka. Pernahkah Melayu terfikir kenapa selepas kejayan demi kejayaan yang telah muncul sepanjang 110 tahun ketika zaman kesultanan Melaka namun akhirnya kita jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 dimana dengan tujuan utama iaitu 3K (Keagamaan,Kekayaan,Kekuasaan).

Mungkinkah ketika itu jumlah tentera Melaka tidak mampu menentang bala Portugis? Tetapi haruslah kita mengetahui bahawa tentera Melaka adalah lebih ramai jika ingin dibandingkan dengan bala Portugis. Mungkin secara rasionalnya, jika 1000 orang menentang 10 orang kemenangan lebih berpihak pada kumpulan yang ramai. Tetapi sebaliknya yang berlaku kepada Melaka pada ketika itu hingga menyebabkan Melaka dijajah oleh portugis sehingga Melayu terpaksa menjadi hamba di bumi sendiri. Adakah tentera Portugis begitu kuat dan hebat dalam mengatur strategi perperangan? Atau mungkihkah terdapat jarum di dalam kelompok melayu itu sendiri yang mementingkan diri sendiri hinggakan sanggup menggadaikan bangsa dan tanah air?

Wahai bangsaku yang bergelar Melayu, mahukah kita perkara yang sama berlaku kepada Malaysia tanah air tercinta? Jika dahulu empayar Melaka yang telah diratah oleh orang asing, sanggupkah kita Putrajaya menjadi taruhan untuk kali kedua? Jika dahulu Singapura terpaksa kita pisahkan dari tanah melayu, mahukah kita Pulau Mutiara digadai oleh orang tertentu? Perkara yang sama tidak mustahil akan berlaku kepada Malaysia jika dilihat dengan keadaan politik yang semakin hebat. Walaupun terdapat pelbagai dasar yang telah dilakukan oleh kerajaan yang memimpin sekarang bagi mempastikan keadilan terus dirasai oleh semua kaum, namun ada sesetengah pihak yang cuba untuk menjatuhkan sesuatu bangsa. Melayu Islam!! Bangkitlah dari lamunan. Melayu Islam!! Buka mata renunglah nasib. Maruah kita tidak lagi dijaga, hak kita sudah banyak dipersoalkan, Agama kita sudah ramai yang berani mempermainkan. Mungkin dahulu kita selalu berprinsip diam tidak bermakna kita tidak bertindak, tetapi disebabkan prinsip itulah bangsa dan agama kita telah dipijak oleh bangsa lain yang dahulunya adalah pendatang ke tanah kita.

Melayu, betapa perit orang-orang tua dahulu memperjuangkan kemerdekaan untuk tanah melayu. Betapa pedihnya moyang kita menjungjung senjata untuk mempertahankan tanah air kita. Mungkin kita terlampau selesa hidup pada zaman ini, tetapi dari mana datangnya keselesaan kalau bukan dari keperitan yang ditanggung oleh orang terdahulu dari kita yang juga bergelar melayu. Hebatkah Melayu kalau berjuang untuk kepentingan diri sendiri? Hebatkah melayu kalau berbohong demi menjaga hati pengundi? Janganlah melayu kalau memilih pemimpin yang hanya petah berbicara tetapi sekadar menanam tebu dibibir. Melayu Islam!!! Mungkin untuk memperolehi kemerdekaan adalah mudah bagi almarhum Tunku Abdul Rahman, tetapi begitu hebat cabaran yang ditempuh oleh pemimpin sekarang untuk mempertahankan kemerdekaan.

“BANGKIT MELAYU, JANGAN LAGI KITA BERDIAM DIRI DEMI MENJAGA AGAMA, BANGSA, DAN NEGARA”


2 comments:

  1. Pihak pembangkang memang tak pernah nak belajar dari sejarah. Buat ikut suka hati depa saja.

    ReplyDelete
  2. mungkin diaorang bljr sejarah. tapi jahil tahu tp wat do noe.

    ReplyDelete

Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.