Thursday, August 21, 2008

Parti Kuat Raba (PKR) amal rasuah!

.



.
Rupa-rupanya PKR ini lebih indah khabar dari rupa. Cakap tak serupa bikin. Dengar Penasihat dia sembang, meremang bulu roma mendengarnya. Cakap PKR bebas daripada rasuah tapi haprak pun xdak. Hampeh punya parti, baru je perintah dan tadbir negeri, dah start nk kikis duit rakyat.

.


.



YB Mohd Osman Mohd Jailu, adun PKR Changkat Jering yang juga Exco Pelancongan, Modal Insan dan NGO telah ditangkap BPR atas tuduhan menerima rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak.

.




Selain Osman, seorang lagi Exco Kerajaan Perak juga telah ditangkap oleh BPR atas tuduhan yang sama. YB Jamaluddin Mohd Radzi, Adun PKR Behrang merupakan Exco Pembangunan Usahawan, Pertanian dan Perdagangan.

Mereka ditahan sejurus mereka menerima suapan berjumlah lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta.

Selain daripada mereka berdua, 4 orang lagi juga telah ditahan bersama-sama mereka. Selain daripada menerima tuduhan rasuah, mereka juga di dakwa atas tuduhan seks. Mereka telah diintip selama beberapa minggu sebelum berjaya diberkas.

PKR ni sememangnya parti yang berorientasikan seks dan kuat, jangan asyik duk salahkan orang lain saje. Kerajaan dibawah pimpinan Pakatan Rakyat ni makin lama makin teruk dan sudah lari dari akidah dan tuntutan syariah.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan jika di dapati bersalah, mereka yang terlibat akan didenda lima kali nilai suapan atau mana yang lebih tinggi dan penjara minimum 14 hari hingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

.

No comments:

Post a Comment

Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.