Sunday, August 17, 2008

Dr. M cabar Anwar



Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mencabar Anwar agar melakukan perkara yang sama seperti yang di lakukan oleh Saiful Bukhari Azlan iaitu dengan mengangkat sumpah sambil menjunjung atau memegang Al-Quran bagi membuktikan Anwar tidak bersalah.

Menurut Tun lagi, sekiranya Anwar benar-benar tidak bersalah, kenapa beliau takut untuk berbuat sedemikian. Anwar enggan melakukan tindakan sedemikian jelas menunjukkan beliau benar-benar telah meliwat Saiful Bukhari.

Anwar hanya berceramah di merata-rata tempat dengan memberitahu kepada rakyat bahawa beliau tidak bersalah bahkan beliau menyatakan kiranya 50 kali lagi Saiful bersumpah, beliau tetap tidak takut. Tapi mengapa beliau tidak membuktikan kebenaran beliau tidak bersalah?

Mengapa sukar sangat beliau hendak melakukan sedemikian?

Tambahan pula ketika kehangatan demam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh yang ditandingi Anwar sendiri, tindakan mengangkat sumpah merupakan cara yang terbaik bagi mengungkai segala kekeliruan rakyat dan juga merupakan satu gerakan politik yang terbaik bagi Anwar untuk memenangi pilihanraya ini. Beliau tidak perlu ceramah di merata-rata tempat.

Kenapa kali ini Anwar yang dikenali sebagai sebagai seorang singa yag pantang dicabar telah menjadi seekor tikus yang kepanasan?


Berani kerana benar...

.

No comments:

Post a Comment

Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.