Tok Limbong kembali...
Setelah diam menyepi sejenak yang lepas, kini Tok Limbong kembali. Tok Limbong cuba mencari ilham dan ketenangan sehingga Limbongsari tidak diupdate. Kali ini Tok Limbong cuba mengupas isu yang sebenarnya cukup bodoh yang telah dilakukan oleh seorang pemimpin Islam. Pemimpin tersebut yang dimaksudkan ialah Menteri Besar Perak.
Tok Limbong merasa sedih dan terhina...
Apa nk jadi dh dgn MB Perak! Satu penghinaan buat umat Islam di Perak apabila Dato' Hj. Jamry Sury, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) telah diarah bertukar dalam tempoh 24 jam oleh kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang diketuai oleh Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa tidak boleh memberi kerjasama dengan kerajaan Pakatan Rakyat.
Pelik dan aneh seorang MB berketurunan Islam sanggup bertindak sedemikian. Adakah MB Perak yg mempuntai gelaran 'Ir.' tidak tahu peraturan dalam perlantikkan Pengarah Jabatan Agama Islam? Adakah ada tangan-tangan ghaib dibelakang pentadbiran kerajaan Perak sekarang?
Meh sini Dato' Nizar, Tok Limbong nak cite skit.
Perlatikkan Pengarah Agama Islam Negeri mestilah mendapat perkenan daripada Sultan negeri tersebut kerana Sultan merupakan ketua agama Islam. Justeru itu sebarang perlantikkan atau pertukaran atau pembuangan mestilah dirujuk kepada Sultan terlebih dahulu.
Tindakan Dato' Nizar ke atas Dato' Hj. Jamry tanpa merujuk kepada Sultan terlebih dahulu merupakan satu tindakan biadap dan derhaka kerana membelakangi Sultan sebagai Ketua Agama Islam. Kenapa Dato' Nizar sanggup berbuat sedemikian? Adakah kerana perbezaan ideologi, Dato' Nizar sanggup mengetepikan kepentingan agama dan bangsa?
Ataupun Dato' Nizar inginkan Pengarah JAIP merupakan wakil DAP?
Ataupun Lim Kit Siang telah berjaya mempengaruhi Dato' Nizar untuk mengetepikan peranan istana?
Namun begitu nasib baiklah pihak istana telah campur tangan di mana Raja Nazrin Shah telah meminta Dato' Nizar untuk datang mengadap.
Berikut kenyataan penuh baginda:.
Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzwan, Raja Nazrin Shah, atas nama yang dipertua MAIAMP, telah menitahkan YAB menteri besar Perak Darul Ridzuan, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin untuk menghadap baginda pada jam 11.00 pagi ini, di Istana Raja Muda Perak Darul Ridzuan untuk menyembah maklumkan kepada baginda berhubung arahan menteri besar Perak supaya yang berbahagia Dato' Haji Jamry Sury ditukarkan serta-merta dari jawatan pengarah JAIP. YAB Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar telah dimaklumkan bahawa yang berbahagia Dato' Haji Jamry Sury selaku pengarah Jabatan Agama Islam adalah juga berperanan sebagai setiausaha kepada MAIAMP.
Bahawa lantikan yang berbahagia Dato' Haji Jamry Sury dilakukan hanya selepas mendapat perkenan dari Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzwan. Bahawa urusan agama Islam serta badan dan agensi yang bertanggungjawab dengan agama Islam adalah di bawah kuasa langsung Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.
Oleh itu pada tafsiran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, YAB menteri besar mempunyai tanggungjawab untuk menghadap dan berdatang sembah, memaklumkan kepada baginda Sultan dan juga kepada baginda Raja Muda, memohon mendapat perkenan sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan hal-ehwal agama Islam, badan dan agensi yang bertanggungjawab dengan agama Islam, merangkumi urusan lantikan, penempatan dan pemindahan pegawai dan kakitangan yang menguruskan hal-ehwal agama Islam, apatah lagi bagi penjawat jawatan penting dan jawatan utama. Hubungan kerja yang menghormati Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan merupakan satu konvensyen dan budaya kerja yang senantiasa diamalkan dan dihormati oleh setiap Mamanda Menteri Besar dengan pihak istana selama hari ini.
Baginda Raja Muda memperingatkan bahawa hubungan yang dapat menjalinkan persefahaman ini wajiblah dihormati pada setiap masa. Sebarang perbuatan dan tindakan yang dilakukan tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan baginda Sultan dan baginda Raja Muda adalah dianggap telah membelakangkan kedudukan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan sebagai ketua agama Islam dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak selaku yang dipertua MAIAMP.Pada masa yang sama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, telah menyampaikan nasihat dan pandangan Paduka Seri Sultan Perak bahawa seseorang ketua kerajaan dalam melaksanakan sesuatu tindakan hendaklah memperlihatkan berlakunya keadilan dengan mematuhi prosedur dan tatacara pentadbiran berlandaskan peraturan dan undang-undang yang ada.
Baginda berpendirian bahawa kestabilan sesuatu pentadbiran dan kerajaan adalah berlandaskan kepada prinsip yang berpegang kepada peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan. Baginda Sultan amat mementingkan hubungan kerja harmoni dan baik berlaku di kalangan para pentadbir dengan pemimpin politik di negeri Perak demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.Adalah menjadi pegangan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak supaya kerajaan baginda mengamalkan dan memperlihatkan amalan yang adil dan proses keadilan itu hendaklah dipatuhi, supaya tidak ada di kalangan rakyat baginda yang merasakan diri mereka menjadi mangsa kepada mana-mana perbuatan fitnah atau penindasan dari mana-mana pihak yang lebih berkuasa.
Sebelum sesuatu keputusan atau hukuman dijatuhkan, proses dan prosedur yang memperlihatkan berlakunya keadilan hendaklah dipatuhi sepenuhnya terlebih dahulu. Prinsip keadilan sejagat (natural justice) perlu dihormati, oleh itu mana-mana pihak yang dikenakan sebarang tuduhan hendaklah diberikan hak untuk membela diri dan memberikan penerangan, supaya satu pertimbangan yang saksama lagi adil dapat dilakukan.Dalam semangat yang demikian, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak telah menyampaikan pandangan dan pendirian Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak supaya arahan pertukaran serta-merta yang dikenakan kepada yang berbahagia Dato' Jamry Sury ditarik balik.
Sekiranya terdapat sebarang perlanggaran peraturan dan kesalahan terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang ada dilakukan oleh yang berbahagia Dato' Jamry Sury, maka Kerajaan diminta mempersembahkan perkara tersebut secara rasmi kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan untuk baginda menitahkan proses undang-undang selanjutnya disusuli sebelum dijatuhkan apa-apa keputusan secara muktamad.
Ambik ko Dato' Nizar, ingat dengan jadi MB bleh sewenang-wenang tutup periuk nasi orang?
Kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, patik sekalian rakyat jelata sentiasa berdiri teguh dibelakang Tuanku.
Daulat Tuanku...
Pecat-Memecat Tradisi PAS
ReplyDeleteIsu ini mungkin sudah selesai. Saat penulis menulis artikel ini, surat mohon ampun oleh Dato' Seri Nizar kepada Sultan Azlan Shah mungkin sudah diperkenankan baginda. Maka, sebenarnya semuanya sudah tamat dan khatam bagi penganalisis politik.
Namun, penulis melihat kebanyakan penulis dan juga ahli politik banyak memperkatakan tentang sikap dan kefahaman MB Perak yang baru tersebut terhadap kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam. Bagi penulis, perkara itu sudah dikupas dengan sebegitu masak.
Persoalan utama penulis adalah adakah tradisi PAS suka memecat mereka yang tidak sehaluan dalam tempoh 24 jam? Perkara yang sama terjadi kepada Prof. Zaki Abdul Muin selaku CEO TATI(sebuah kolej swasta kelolaan kerajaan Negeri Terengganu). Beliau juga dipecat dalam tempoh 24 jam. Apa salahnya memberi peluang kepada Dato' Jamry satu-dua minggu untuk mengosongkan pejabatnya? Bukankah zalim namanya, dalam 24 jam harus diselesaikan segala urusan pindah memindah ini dari segi akalbudi manusia biasa?
Soal kemanusiaan nampaknya sudah hilang dalam pertimbangan pemimpin-pemimpin PAS.Adakah mereka menjangka bahawa kuasa yang ada pada mereka adalah selama-lamanya? Akhirnya, kita dapat melihat bahawa kerajaan PAS Terengganu tumbang dalam hanya satu penggal sahaja. Inilah balasan kepada orang yang zalim. Tuan Guru bukanlah maksum di sisi Tuhan. Kita bukannya syiah tetapi ahli sunnah wal jamaah. Orang yang zalim walaupun seorang yang bergelar Tuan Guru tidak lepas dari seksa kubur ataupun api neraka. Inilah i'tiqad kita.
Tradisi memecat orang tidak sebulu ini merupakan praktik biasa dalam gerakan jemaah ini. Apabila orang IRC atau MSM naik, maka orang ABIM/PKPIM dicantas. Jikalau orang PAS naik, maka orang MSM/IRC/JIM pula yang ditebas. Perkara ini adalah biasa bagi mereka. Oleh itu, sekadar memecat Dato' Jamry sebagai Pengarah JAIP adalah praktis biasa bagi mereka yang berfikrah jamaah. Mereka kadangkala lupa bahawa orang bukan sejemaah dengan mereka juga adalah manusia jika dirasakan mereka ini kurang cukup Islamnya.
Mereka lupa bahawa tindakan mereka seperti penguasa-penguasa Muslim Andalus zaman silam. Mereka lebih senang bersetongkol dengan kerajaan Kristian Utara Sepanyol mengganyang mereka yang sebangsa dan seugama dengan mereka. Begitulah hubungan Nizar dan Ngeh.
Nizar lebih senang bersama dengan Ngeh dan bersetongkol dengan DAP serta ADUN-ADUN PKR yang bukan Islam daripada dengan UMNO sewaktu krisis menteri Besar dahulu. Nizar seolah-olah bersikap seperti musuh Abu Abdillah ataupun Boabdil (nama yang diberikan musuh Islam Granada) yang gembira melihat Boabdil menangis menyerahkan kunci Granada kepada Ratu Isabella walaupun sama-sama Islam semata-mata kerana dengki khianat.Inilah sikap buruk yang ada bagi PAS.
Dengan mengetahui ataupun mengikuti usrah jamaah, mereka seperti telah memegang lesen besar yang dinamakan lesen jemaah. Lesen ini memberikan mereka suatu "kuasa mutlak" dalam hal ugama. Oleh itu, mereka berkuasa untuk mengarah dasar keugamaan mengikut kehendak mereka walaupun bukan berkelulusan agama.
Itulah punca kenapa diwarwarkan MB Perak yang baru ini juga pandai berkhutbah seperti juga MB Kelantan ataupun dahulunya MB Terengganu. Walaupun bukan lulusan agama, tetapi kerana berfikrah jamaah, orang jamaah ada lesen "to kill". Inilah lesen yang digunakan oleh PMIUM untuk memonopoli Akademi Pengajian Islam dan juga memperlekehkan profesor-profesor dan guru-guru mereka di API yang tidak sefikrah dengan mereka. Padahal, mereka sarjana muda pun belum lepas.
Maka, selagi mana agama Islam dipecah-pecahkan kepada jamaah-jamaah Islam yang hukum syaraknya ditentukan oleh "ulamak-ulamak" haraki, maka inilah hasilnya. Walhal sepatutnya, tatacara hubungan sesama Islam wajarlah berpandukan al Quran dan sunnah. Jika ini berlarutan, ketuanan Islam yang diimpikan adalah omongan kosong.
Sebenarnya, PAS memang "benci"kan ketuanan Melayu tetapi ingatlah ketuanan Melayu bersendikan Islam, sama seperti ketuanan Andalus. Apabila hilang ketuanan Andalus, maka hilanglah Islam di bumi Sepanyol.
Mungkinkah ilmu sejarah Dato' Seri Nizar tidak sehebat ilmu Haraki ataupun ilmu jamaah beliau sewaktu menuntut di UK?
http://maharajazhou.blogdrive.com/
patik menyokong penuh titah tuanku..
ReplyDeleteitulah dia..
ReplyDeleteyg cerdik tak boleh diajar.Belajar bertingkat-tingkat. bodoh berlapis-lapis.