Salam buat sahabat-sahabat pejuang bangsa
Saya tertarik untuk berbicara tentang UMNO, parti untuk Melayu, Mengamalkan semangat assobiyah di mana semangat ini bertentangan dengan kehendak ugama. Ye saya akui TETAPI saya ada pandangan yang tersendiri, bukannya saya ingin membela parti ini. Sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa saya bukan ahli parti, jauh sekali ahli seumur hidup. Saya berbicara atas nama kebenaran.
Saya cuma ingin bangkitkan di sini bahawa kita adalah orang Melayu. Melayu boleh luput begitu saja jika kita asyik tekankan kita Islam.
Kita orang Melayu ada sebuah negara saja di sini. Kalau kita ketepikan identiti Melayu, jadi habislah kita. Hang Tuah ada mengatakan takkan “Melayu hilang di dunia.”
Melayu boleh hilang jika kita terus tekankan kita adalah orang Islam dan lupakan soal bangsa. Agama kita tidak lari daripada kita. Di dunia ini ada dua bangsa saja jika kita sebut ia terus dikaitkan dengan Islam.Jika orang Melayu, maka Islamlah dia. Satu lagi adalah Turki. Sebut saja Turki, maka ia adalah orang Islam.
Kita sepatutnya sebut Melayu saja kerana jika kita sebut Islam saja susah. Di Malaysia pun ada orang Cina, Inggeris dan India yang beragama Islam. Jadi, hendaknya Melayu diutamakan.
Secara tidak langsung dengan lantangnya ingin saya tegaskan bahawa parti yang memperjuangkan Melayu itu merupakan parti Islam.
Ayuh! bangkitlah wahai pejuang bangsa.
Kita sudah tiada masa,majulah dengan maha perkasa.
No comments:
Post a Comment
Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.