About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Thursday, April 17, 2008

Kuasa Politik Penting Lindungi Islam

Salam buat sahabat semua....

Disini ingin ku coretkan kepentingan kuasa politik dalam melindungi ugama Islam... aku hanya insan kerdil yang hanya mampu mengintai di sebalik jendela dunia penulisan. Namun selepas PRU 12, aku terpanggil untuk menceritakan jeritan batinku mengenangkan nasib bangsaku sendiri. "Kuasa Politik Penting Lindungi Islam", artikel ini ku baca sewaktu kehangatan pilihanraya baru ni. Pada mulanya aku merasakan ianya hanya artikel biasa sahaja tetapi selepas keputusan diumumkan, aku rasa amat amat menyesal kerana aku tidak mengedarkan artikel ini kepada sahabat semua. Aku tertarik pada rangkap yang berbunyi,

Prof. Dr. Abu Lubahah Tahir Salleh Husin dari UAE menyatakan, umat Islam wajib mempertahankan kuasa politik yang ada mereka daripada jatuh ke pihak yang lain. Tanpa kuasa politik, Islam dengan mudahdipermainkan oleh pihak-pihak yang selama ini bercita-cita untuk menghancurkannya.

Aku terfikir bahawa di negara ini hanya UMNO dan PAS sahaja yang merupakan parti yang bertunjangkan serta dipimpin oleh Islam Melayu.. Ya PKR juga dipimpin oleh Islam Melayu tetapi PKR hanya retorik kekecewaan terhadap Anwar Ibrahim (pengkhianat bangsa). Lihatlah stuktur organisasi PKR, majoritinya bukan Melayu yang memegang jawatan dan keadaan ini menunjukkan PKR bukan parti yang dapat memperjuangkan Islam dan Melayu.

Aku bukannya ahli UMNO, jauh sekali menjadi ahli seumur hidup PAS. Aku ini hanyalah penulis kerdil yang cuba untuk membicarakan nasib bangsa. Aku sedih melihat parti PAS yang konon-kononnya gah untuk memperjuangkan Islam. Aku sedih memikirkan nasib bangsaku di Pulau Pinang. Mengapa PAS tidak memperjuangkan nasib Melayu kerana Melayu inilah yang membela nasib Islam. Bukan sahaja di Nusantara bahkan seantero dunia mendengar suara pemimpin Melayu yang memjuangkan Islam. Cuba kita imbas kembali siapakah yang lantang bersuara menghentam US dan Israel, bersuara di pentas dunia membela nasib Palestin? Tidak lain dan tidak bukan Melayu la yang berani bertindak sedemikian. Siapakah lagi kalau bukan Melayu Islam yang diberi nama Mahathir Mohamad, kemudiannya diterusi pula Abdullah Badawi.. Kini baru aku sedar bahawa hanya satu parti sahaja yang boleh menjaga kesucian Islam dan kepentingan Melayu.

Marilah sama-sama kita muhasabah diri...

No comments: