About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Monday, April 22, 2013

Azizan Makin Runsing Kedudukan Tidak Selamat

Antara yang menarik dalam penamaan calon semalam ialah berita mengenai YAB Dato' Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah bakal berhadapan dengan sepupunya, Mohd Fadzillah Mohd Ali di DUN Sungai Limau pada PRU-13. Mohd Fadzillah telah lama menempa nama sebagai Arkitek yang berjaya di Alor Setar dan rumahnya juga tidak jauh dari rumah kediaman Azizan sendiri di Jalan Sultanah iaitu rumah pusaka ibu mertua beliau.

Lebih menarik ialah Mohd Fadzillah merupakan adik kepada Dato' Mohd Fuad Mohd Ali yang juga Pegawai Kewangan Negeri Kedah. Dato' Fuad telah pun berkhidmat dengan kerajaan negeri sejak di zaman pemerintahan Barisan Nasional lagi. Perkhidmatannya disambung terus walaupun PAS telah mengambil-alih negeri Kedah.


Sent from my BlackBerry® smartphone

PRU13 Panas!! Calon BN Sungai Rapat Hampir Ditumbuk Penyokong Pembangkang. #TolakPR

Kalau dah samseng, samseng juga kan? Panas beb PRU13 kali ini. Sikap samseng puak pembangkang semakin menjadi-jadi.

Kita pun tahu, pembangkang memang suka membuat provokasi yang akhirnya boleh meletuskan perbalahan antara dua pihak.

Terkini calon PKR Parlimen Gopeng Lee Boon Chye telah membuat laporan polis kononya beliau ditumbuk oleh calon DUN Sungai Rapat Dato' Hamidah Osman.

Kah Kah Kah!! Dayus beb.. Seorang lelaki kena bantai dengan seorang wanita. Kata hebat sangat, tapi pondan nak mampos. 

Persoalanya, betul ker Dato Hamidah Osman telah memukul Lee Boon Chye seperti laporan polis yang beliau dibuat?


Samseng
Begini ceritanya.. Pertama sekali, aku nak bagitahu pada semua, kita jangan lupa bahawa puak pembangkang memang suka buat provokasi melampau.

Bagaimana kes ini boleh bermula? Aku tulis kronologi di bawah ini untuk tatapan serta buatlah penilaian sendiri.

1. Penyokong PKR bersama Lee Boon Chye cuba mendirikan bilik Gerakan mereka sebelah bilik Gerakan BN Dun Sungai Rapat yang jaraknya tidak sampai 5 langkah.

2. Tidak jauh dari jarak bilik gerakan BN tersebut, terdapat banyak ruang tanah kosong yang boleh dirikan bilik gerakan PKR tanpa menganggu bilik gerakan BN yang sudah sekian lama wujud.

3. Ketika itu, hanya urusetia wanita BN yang jaga bilik gerakan tersebut dan mereka memberi cadangan kepada penyokong PKR supaya mendirikan bilik gerakan jauh sedikit dari bilik gerakan BN bagi memudahkan urusan keluar masuk kereta.

4. Penyokong PKR terdiri daripada orang cina dan India tetap berkeras untuk mendirikan bilik gerakan tersebut dan meninggikan suara terhadap urusetia wanita BN ketika itu sambil diperhatikan Lee Boon Chye.

5. Bimbang diserang oleh penyokong PKR yang bertindak kurang ajar, urusetia wanita BN menghubungi Briged Aman BN untuk datang ke tempat tersebut.

6. Keadaan menjadi semakin tegang apabila kedua-dua pihak berperang mulut dan penyokong PKR tetap berkeras dan memilih untuk tidak berganjak.

7. Tidak berapa lama kemudian, Dato Hamidah Osman sampai ditempat kejadian dan ingin berbincang dengan cara baik dengan Lee Boon Chye.

8. Dengan nada suara yang lembut, Dato Hamidah Osman meminta agar perbincangan ini tidak dirakam oleh sesiapa pun baik di pihak BN mahupun pembangkang.

9. Pembangkang tetap berkeras dan menghalakan kamera untuk merakam perbincangan tersebut menyebabkan Dato Hamidah Osman cuba menepis kamera tersebut.

10. Sejurus itu, salah seorang penyokong PKR mula mengangkat tangan untuk menumbuk Dato Hamidah Osman.

11. Bagi mengelakkan Dato Hamidah ditumbuk, Briged Aman BN terus menerpa ke arah penyokong pembangkang tersebut sehingga tercetusnya pergaduhan.

12. Akibat keadaan tidak terkawal, Lee Bon Chai juga turut di pukul oleh Briged Aman.

13. Lee Bon Cyhe buat laporan Polis mengatakan Dato Hamidah Osman pukul dia dan serang dia.

Clear? Bagi aku, kalau tidak ada cubaan provokasi oleh pihak pembangkang yang cuba dirikan bilik gerakan sebelah bilik gerakan BN semua ini tidak akan berlaku.

Bagi aku juga, kalau penyokong PKR tidak menghalakan muka kamera sewaktu perbincangan antara Dato Hamidah Osman dan Lee Boon Chai, insiden ini juga mungkin tidak berlaku.

Soalnya sekarang, siapa yang mulakan provokasi ini? Dan yang peliknya, kenapa Lee Boon Chye boleh buat laporan polis yang Dato Hamidah Serang dia?

Kah Kah Kah.. Kau yang serbu rumah orang, pastu kau plak kata orang terkam kamu. Kah Kah Kah. Aku setuju jer kalau Lee Boon Chye tu masuk wad CCU. Bodoh punya orang.

Sunday, April 21, 2013

Gempak!! 20,000 Pengundi Hadir Kempen PRU13 BN Pasir Salak Bersama Amy Search Dan Mus May. #GE13 #TolakPR.


Semalam, 20,000 ribu pengundi Parlimen Pasir Salak membanjiri Litar Dato' Sagor Pasir Salak Perak dalam satu Majlis Santai Anak Muda anjuran Barisan Nasional Perak.

Antara artis yang bersama menjayakan program ini adalah kumpulan May, Amy Search, Edy Hamid, Wani dan Ella.




Tonton video tersebut pada durasi 1 minit 38 saat, Mus May melaungkan BN OK BN OK dan disambut oleh ribuan pengundi yang hadir.

Manakala pada durasi 2 minit 10 saat, Amy Search berkata "selama 32 tahun saya dalam industri seni, tidak pernah membelakangi Barisan Nasional".

Amy Search juga berkata, keamanan dan kestabilan yang ada hari ini harus dikekalkan sampai bila-bila.

Tahniah aku ucapkan pada warga Pasir Salak yang tidak pernah berbelah bagi memberi sokongan kepada Barisan Nasional.

Insyallah, pada 5 Mei ini kita akan sama-sama mengundi Barisan Nasional bagi meneruskan kestabilan yang ada sekarang.












PKR Cabang Lumut Tumbang. 13 Ketua Ranting Keluar Parti Kecewa Kerana Anwar Ibrahim. #GE13 #TolakPR

Tidak sampai tempoh 24 jam selepas penamaan calon semalam, Ketua Cabang PKR Lumut M.P Shamugum bersama 13 orang Ketua Ranting PKR telah umum keluar parti. 

Berikutan itu juga, mereka telah mengarahkan 36 bilik gerakan PKR di semua PDM tutup sekaligus tidak akan beroperasi sepanjang tempoh PRU13 ini.

Tindakan keluar parti secara ramai-ramai ini adalah berikutan kekecewaan mereka terhadap kepimpinan PKR pusat yang telah mencalonkan orang luar bagi mewakili PKR di Parlimen Lumut dan DUN Pangkor.

Parlimen Lumut, Anwar telah memilih Kapten Bersara TLDM Imran (ahli PAS) manakala bagi DUN Pangkor Saifullah Pemimpin PKR Pusat.

PKR Lumut kini menemui jalan buntu untuk bergerak sepanjang tempoh PRU13 bagi berkempen dan juga meraih undi di kalangan pengundi sekitar Lumut.


Jelaslah bahawa PKR sememangnya layak kita gelarkan parti mereka sebagai Parti Keluar Ramai. Insyallah dengan isu ini, UMNO/BN bakal menawan kembali kerusi Pasir Panjang dan mengekalkan kerusi Parlimen Lumut dan DUN Pangkor.

Difahamkan juga, jentera PAS hanya akan bantu calon Pasir Panjang dan tidak akan bekerjasama dengan calon PKR kerana masalah dalaman yang dialami mereka boleh merencatkan gerak kerja PAS.

Selama ini kononya mereka canang PKR, PAS dan DAP adalah Pakatan, namun jelas sekarang bahawa Pakatan mereka hanyalah sandiwara. Kiblat mereka berbeza sama sekali.

Aku ada cerita menarik pasal calon PAS Pasir Panjang. Aku akan ceritakan dalam artikel lain. Cuma aku nak tanya calon tersebut, berapa jumlah tender Netbook 1 Malaysia? UiTM Sri Iskandar dah bagi cuti ker pada suami?






Panas!! Dua Video Ini, Mana Satu Konspirasi Yang Jelas? #GE13 #TolakPR



Amacam kawan? Ada best ker skrip ciptaan Chegu Bad ini? Punya panjang berjela, pastu berbelit-belit. Biasalah.. Skrip baru, masih belum khadam sepenuhnya.

Kesian aku tengok Chegu Bad. Terpaksa pulun gila babi untuk selamatkan Anwar Ibrahim. Semua ini salah Bala kerana mati cepat sangat. Sebab tu Chegu Bad terpaksa cipta skrip baru.

Semoga mendiang Bala selamat di alam satu lagi. Kenapalah Chegu Bad ni nak menyusahkan diri dia kan?




Bagi aku cukup mudah untuk Anwar Ibrahim nafikan bahawa bukan beliau yang beraksi dalam video tersebut. Oit.. Chegu Bad!! Daripada kau buang masa buat skrip sampah, baik ikut cara yang aku cadangkan ini.

1. Anwar Ibrahim buat sumpah laknat.

2. Anwar Ibrahim tunjukkan pada rakyat jam omega yang ada cop mohor pemberian khas dari VVIP.

3. Saman jer Dato Eskay. Kalau PapaGomo Anwar boleh saman, kenapa Eskay kau tak boleh saman.

4. Anwar bagitau jer rakyat mana dia pergi 12 hingga 13 Januari 2011? Sertakan bukti sekali.

Dengan 4 cara ini sudah cukup untuk Anwar nafikan video tersebut. Daripada Chegu Bad bersudah payah buat lakon layar, baik ikut jer apa yang aku cakap.

Ntah sapa-sapa la peguam, penyiasat Thailand yang Chegu Bad upah tu. Kah Kah Kah. Lawak dooww aku layan ceramah Chegu Bad ni. Ada juga manusia macam Bad erk atas muka bumi ni?

So kawan-kawan yang aku sayangi. Antara dua video di atas, kita boleh nilai sendiri mana satu konspirasi yang jelas sebenarnya.


Saturday, April 20, 2013

Panas!! SMS DAP Tipu Melayu Tersebar Luas Di Internet. #GE13 #TolakDAP


Penipuan DAP terhadap orang Melayu terbongkar. Terkini, SMS dari pihak DAP kepada orang cina didedahkan oleh individu yang tidak dikenalpasti.

SMS tersebut sepatutnya sulit hanya kepada ahli DAP, namun disebabkan ada orang cina sendiri yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan DAP maka disebarkan SMS tersebut kepada orang lain.

Umum kita tahu yang DAP tidak boleh mengunakan logo mereka dalam PRU13 dan mereka lebih memilih logo PAS berbanding PKR. Di situ sudah mula timbul keraguan dikalangan orang Melayu.

Kenapa DAP lebih suka memilih logo PAS berbanding PKR. Pembaca sendiri boleh fikir antara logo PAS dan PKR yang mana melayu akan suka.

Mereka cuba salahkan SPR dalam kes logo DAP yang diharamkan, tetapi disebalik penipuan itu, rupanya DAP sendiri merancang agar logo mereka tidak digunakan dalam PRU13 bagi membolehkan mereka guna logo PAS.

Dalam SMS yang mula tersebar itu,  DAP kata orang Melayu bodoh. Asalkan nampak logo bulan, pasti Melayu akan pangkah berbanding melihat logo roket.

Nampaknya percaturan politik DAP untuk perbodohkan orang Melayu cukup hebat. Harap orang Melayu sedar dengan kelicikan DAP ini.

PAS hanya dipergunakan oleh DAP bagi meraih sokongan pengundi Islam dalam PRU13. Selepas DAP menang, kita tidak pasti apa nasib PAS dan orang Islam yang mengundi DAP.



Panas Sekitar Proses Penamaan Calon Parlimen Teluk Intan Perak. Spender Stopa Berkibar. #GE13 #TolakPR.



Proses penamaan calon yang berlansung pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada sekitar jam 11.00 berjalan dengan lancar. Penyokong parti Barisan Nasional dianggarkan hadir seramai 2,500 orang manakala parti pembangkang sekitar 1,000 orang.

Turut hadir penyokong dari pihak parti BEBAS seramai 20 ke 30 orang untuk memberi sokongan kepada calon masing-masing.


Senarai nama calon:

Parlimen Teluk Intan (P.076):

1. Mah Siew Keong (Barisan Nasional)
2. Seah Leong Peng (DAP)
3. K. Moralingam (BEBAS)

DUN Pasir Bedamar (N.55)

1. M. Kayveas (Barisan Nasional)
2. Tereense Naidu (DAP)

DUN Changkat Jong (N.56)

1. Azhar Jamaluddin (Barisan Nasional)
2. Anuar Sudin (PAS)
3. K. Suppan Krishnan (BEBAS)



Friday, April 19, 2013

PapaGomo Sah Tidak Akan Bertanding Di Permatang Pauh #PRU13. #TolakPR

Aku tidak pasti samada pengendali blog papagomo.com baca ataupun tidak artikel yang aku tulis pagi tadi. Rujuk artikel sini http://tokguru86.blogspot.com/2013/04/maaf-papagomo-bukan-kami-bangkang-tapi.html?m=1 .

Papagomo baca mahupun tidak, bukan masalah besar bagi aku. Tapi paling tidak aku cuba memberi saranan pada papagomo supaya tidak bertanding atas tiket BEBAS menentang Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Bukan aku mahu menidakkan kelayakan papagomo sebagai calon PRU13, namun aku harap papagomo bagi laluan sepenuhnya kepada Dr. Mazlan calon BN untuk talkinkan Anwar Ibrahim pada 5 mei ini.

Alhamdulillah. Sebentar tadi aku mendapat email yang dikirimkan oleh papagomo tentang hasrat beliau untuk membantu Dr Mazlan berkempen dan tidak sama sekali bertanding atas tiket BEBAS di Parlimen Permatang Pauh.

Jom kita baca apa kata papagomo melalui email yang telah dikirimkan sebentar tadi.

TERLEBIH dahulu saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Nadi Rakyat Malaysia, TIBAI, PERKASA, GAPs, ASPIRASI, Yayasan Pendidikan Cheras dan seluruh rakan-rakan serta keluarga yang menyokong keputusan saya apabila saya menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon BEBAS menentang Anwar Ibrahim di P.044 Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 nanti.

Ketika saya menawarkan diri, tekad saya cuma satu iaitu mengehentikan kegilaan Anwar yang sedang ligat menipu dan menghasut rakyat, untuk mendedahkan secara lebih banyak lagi kebejatan moral Anwar serta hubungan seks songsang beliau dari seluruh dunia dan paling penting ketika itu adalah berdepan secara terbuka di pentas-pentas ceramah bagi menutup segala bohong dan tipu Anwar di sebalik imej kononnya beliau seorang pejuang bangsa Melayu, pejuang Islam.

Saya tidak ada kebencian kepada semua manusia termasuklah Anwar Ibrahim, yang saya benci adalah sikap hipokrit serta munafik Anwar menguatkan azam saya untuk membongkar dan menelanjangi topeng-topeng yang dipakai oleh sebagai kononnya alim, agamawan dan seorang pejuang nasionalis Anwar selaras dengan 41 janji-janji saya yang saya rangkumkan dalam Manifesto yang dilancarkan baru-baru ini.

Dan akhirnya saya mengambil keputusan setelah berbincang dengan Nadi Rakyat Malaysia dan mengambil kira pandangan, gesaan serta desakan pimpinan NGO lain yang menyokong pendirian serta keputusan saya sebelum ini, saya mengambil keputusan untuk menyokong dan menjadi sebahagian daripada jentera kempen Calon Barisan Nasional Dr Mazlan bagi mentalkinkan Anwar di PRU13 ini. Saya percaya kewibawaan serta latar belakang Dr Mazlan akan diterima oleh rakyat Permatang Pauh demi membawa Harapan Baru Permatang Pauh sepertimana Deklarasi Kempen Dr Mazlan.

Keputusan saya tidak bertanding daripada pertandingan tersebut bukan bermakna saya bimbang wajah sebenar saya dikenali umum malah seperti yang saya tegaskan sebelum ini saya berani berdepan dengan mana-mana sahaja mahkamah dalam dunia ini bagi membuktikan bahawa saya tidak memfitnah Anwar dan sehingga ke hari ini dan hingga ke akhir hayat saya tetap yakin dan percaya bahawa Anwar sama sekali tidak layak untuk diberikan mandat memerintah Negara ini dan pakatan pembangkang juga jauh panggang dari api sekiranya mereka merasakan mereka adalah yang terbaik memimpin Negara ini.

Saya menaruh penuh kepercayaan terhadap Permatang Pauh yang akan menggunakan undinya untuk tidak melibatkan diri dan merestui perbuatan-perbuatan Anwar yang memalukan pengundi-pengundi Permatang Pauh selama ini.

Mengalahkan Anwar di Permatang Pauh bermakna mereka telah membersihkan diri daripada bersubahat dan menanggung dosa hasil dari perbuatan tidak bermoral Anwar selama ini. Satu undi anda kepada Anwar merupakan satu dosa bukan sahaja untuk anda tetapi turut membabitkan anak-anak serta cucu cicit anda.

Saya berjanji sepanjang kempen PRU13 yang bermula 20 April sehingga 5 Mei nanti, saya akan bersama-sama dengan rakyat Permatang Pauh untuk berkempen bagi memenangkan calon Barisan Nasional dan untuk kali ini, saya yakin Anwar boleh ditumbangkan dalam PRU13 ini.

Kepada Pengundi Permatang Pauh dan seluruh rakyat Malaysia, saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang warganegara yang cintakan agama, bangsa dan Negara. Selebihnya terserah kepada anda. Kalau anda mahu peliwat dan penzina ini terus kekal sebagai Ketua ataupun pemimpin masa depan anak-anak serta cucu cicit anda. Itu adalah keputusan anda.
Sekian .

PAPAGOMO