About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Sunday, July 21, 2013

Ekslusif #PRK Kuala Besut. Video Air Mata Rayuan Saudara Terdekat Che Long. #BetterNation #PRKbesut.


Dari awal nama Endut@Azlan yang lebih popular dipanggil Che Long diumum sebagai calon PAS bagi pilihanraya kecil Kuala Besut, ada sumber yang tidak pasti mengatakan bahawa ahli keluarga atau waris terdekat kepada Che Long sangat tidak bersetuju beliau menjadi calon PAS PRK kali ini.

Setengah pihak berpendapat bahawa itu hanyalah khabar angin pihak UMNO bagi melemahkan kekuatan calon PAS yang diangkat oleh Husam Musa.

Hari ini, video rayuan oleh sepupu kepada Che Long sendiri bernama Wan Mohd Sulaiman Idris menceritakan segala-galanya tentang khabar angin yang bermain selama ini sepanjang tempoh kempen PRK Kuala Besut. Khabar angin tersebut adalah suatu perkara yang realiti dan tidak boleh dinafikan oleh sesiapa lagi.

Isu kenapa Husam Musa menjadi pengarah pilihanraya bagi pihak PAS bukanya Haji Hadi untuk PRK Kuala Besut juga terjawab sepanjang temubual ekslusif antara pihak media dengan Wan Mohd Sulaiman yang lebih mesra dipanggil Tok Wan.

Che Long antara watak utama yang banyak membantu Husam di Putrajaya pada PRU13 baru-baru ini. Sebagai timbal balas, Che Long meminta Husam Musa untuk menjadi pengarah PRK bagi pihak PAS walaupun pada hakikatnya tidak dipersetujui oleh YDP PAS Besut Wan Azhar.

Ternyatalah, sepanjang temubual yang dibuat oleh pihak media bersama Tok Wan segala cerita bagaimana keluarga dan waris terdekat Che Long tidak bersetuju beliau menjadi calon PAS kerana menganggap Che Long menjadi mangsa kepada pihak tertentu dalam PAS sudah terjawab.

Untuk Che Long, kami tahu bahawa ibu anda juga menitiskan air mata kerana tidak bersetuju anda menjadi calon PAS dalam PRK Kuala Besut ini. Jangan hanya kerana Husam Musa yang banyak memberi projek dan balak kepada anda, rayuan ibu juga tidak diendahkan.

Kami tidak sanggup nak muat naik video air mata ibu kepada Che Long atas permintaan ibu beliau sendiri. 

Semoga Che Long kembali kepada pangkal jalan seperti mana rayuan yang dibuat oleh sepupu beliau Tok Wan. 

Baca selanjutnya di blog pasberuk.



Friday, July 12, 2013

Panas!! Full Video Calon PAS #PRK Kuala Besut Yang Mengaibkan.



Bertanding untuk apa si Azlan ni? Awal-awal dia sudah membuat janji akan lantik dan gajikan orang lain untuk menjadi wakil kepada wakil rakyat supaya jalankan kerja-kerja rakyat jika PAS menang di Kuala Besut.

Bukankah mandat yang bakal rakyat Kuala Besut berikan pada 24 Julai ini satu amanah yang cukup besar kepada kedua-dua calon? Apakah calon PAS ini sanggup mengkhianati amanah rakyat jika ditakdirkan menang selepas ini?

Berlainan dengan calon BN Zaihan yang sanggup melepaskan semua jawatan sebagai Jurutera Awam JPS (Ketua Penolong Pengarah) demi menabur jasa dan bakti kepada rakyat Kuala Besut.

Sebaliknya calon PAS yang digelar sebagai Che Long lebih mementingkan urusan perniagaan dan projek beliau berbanding rakyat Kuala Besut jika beliau diberi mandat sebagai wakil rakyat N.01 Kuala Besut.

Tetapi, realitinya begitulah perangai dan sikap wakil rakyat PAS di mana-mana tempat. Bila menang sahaja, muka dan batang hidung pun susah nak nampak. Kalau rakyat nak jumpa, tunggulah pula pilihanraya yang akan datang.

Kepada semua pengundi N.01 DUN Kuala Besut, buatlah pilihan yang tepat. Bagi penulis, Tengku Zaihan anak kepada pengasas Sekolah Agama Nurul Iqtifaq yang suatu ketika adalah sekolah agama rakyat Ustaz Abdul Rahman adalah orang yang paling tepat untuk menjadi wakil rakyat Kuala Besut.

Anak muda berjiwa besar seperti Zaihan bukan sahaja seorang yang peramah, bahkan seorang yang terkenal dengan sikapnya suka bekerja untuk rakyat. Barangkali darah Ustaz Abdul Rahman yang mengalir dalam batang tubuh Tengku Zaihan menjadi pemangkin untuk Zaihan membantu Rakyat Kuala Besut.






Saturday, July 6, 2013

Gambar Alvin Dan Vivian Berpesta Seks Mula Tersebar Di Laman Sosial.

Vivian penyokong tegar Pakatan Rakyat.

Kontroversi melibatkan anak cina kiasau yang menuntut di Singapore semakin menjadi-jadi. Anak cina kiasau bernama Vivian dan pasangan beliau Alvin sememangnya seorang yang gemar melakukan seks bebas dan dengan bangga menyebarkanya di laman sosial.

Terkini, gambar pasangan tersebut sedang berpesta seks pula telah tersebar di laman sosial. 

Mereka bebas berpesta seks di Singapore.

Barangkali inilah yang cuba diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat di Malaysia. Kebebasan asasi yang mereka laungkan dijalanan berkemungkinan meliputi kebebasan bersuara, kebebasan seks dan sebagainya.

Bagi anak cina kiasau seperti Vivian dan Alvin, selagi Malaysia ditadbir oleh BN, semua ini tidak akan tercapai. Mereka akan terus perjuangkan hak kebebasan seks bersama dengan pakatan rakyat.


Thursday, July 4, 2013

Pasangan Cina Kiasau Alvin & Vivian Hasilkan Video Seks Baru.


PASANGAN Alvin dan Vivian tidak perlu diperkenalkan lagi. 

Nurul Izzah ada hubungan Vivian, pelajar yang belajar di salah sebuah universiti di Singapura. Dahulu kita dikejutkan dengan aksi berani pasangan Alvin dan Vivian ini dalam blog mereka. 

Mereka mencetuskan kegemparan apabila menghasilkan video lucah dan menerbitkan banyak klip-klip pendek yang membincangkan topik mengenai seks secara terbuka. 

Vivian sendiri pernah dikecam kerana bergambar dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah serta 'membaluti' tubuhnya dengan bendera Barisan Nasional tak lama dulu. 

Baru-baru ini Vivian cedera parah dibahagian tangannya kerana disamun dan ditetak seorang lelaki yang tidak dikenali berhampiran rumahnya di pinggir Kuala Lumpur. 

Walaupun baru saja keluar dari wad disebabkan kecederaan yang dialaminya, ia tidak menghalang Vivian dan kekasih kesayangannya itu meneruskan 'hobi' mereka merakamkan adegan seks untuk tontonan ramai. 

Terbaru, dengan tangan yang masih berbalut, Vivian dan Alvin kembali dengan 'hasil karya' terbaru mereka! 

Nampaknya walau diserang dan disamun, ia tidak pernah 'menghalang' atau lebih tepat lagi, memberi pengajaran kepada mereka agar tidak terus melakukan perbuatan mengaibkan sebegitu. 

Anda nilai dan tafsirlah sendiri…. – Mynewshub.my 

Vivian jadikan Nurul Izzah sebagai ikon.

Vivian pernah dijadikan alat oleh pihak pembangkang supaya berbogel dengan mengibarkan bendera dacing milik Barisan Nasional.

Mungkin dengan cara demikian, PR berpendapat orang akan mula mencemuh Barisan Nasional kononya penyokong parti BN berlaku tidak sopan dengan memuat naik gambar bogel sambil kibar bendera parti.

Ternyata semua itu adalah kaedah reverse psycology yang direka oleh PR untuk menjatuhkan BN sewaktu PRU13.

Cina Kiasau kurang ajar.

Perangai Cina Kiasau memang sangat melampau sewaktu PRU13. Mereka menggunakan pelbagai cara semata-mata ingin memburukkan imej BN walaupun bertentangan dengan nilai moral dan sesuatu agama itu.

Keberanian pasangan seks Vivian dan Alvin ini sudah pasti disebabkan terdapat individu yang berpengaruh dibelakang mereka seperti Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Sunday, June 23, 2013

Laporan Harakah Sangat Mengelirukan Berhubung Himpunan #505.

Laporan Harakah berhubung Himpunan 505.

Anwar Ibrahim sendiri akui bahawa Himpunan Black 505 yang dijalankan semalam tidak mendapat sambutan yang menggalakkan oleh penyokong pembangkang.

Anwar Ibrahim memberi alasan bahawa jerebu menjadi faktor utama penyokong pembangkang tidak keluar beramai-ramai untuk berhimpun menuntut PRU diadakan semula.

Analisa beberapa pihak lain juga, himpunan 505 tidaklah sehebat rusuhan BERSIH yang pernah mereka anjurkan sebelum ini.

Tetapi, agak pelik apabila lidah rasmi PAS iaitu Harakah boleh melaporkan kehadiran peserta himpunan 505 mencecah 55,000 orang. Mungkin disebabkan angka 55,000 itu hampir sama dengan 505 dan dijadikan simbolik.

Dalam laporan harakah tersebut, tidak pula dilampirkan gambar kehadiran yang dikatakan mencecah angka 55,000 orang. 

Bagi membantu laporan harakah tersebut menjadi lebih menarik, saya ambil gambar dari brother minaq jinggo yang mampu menterjemahkan segala-galanya.

55,000 ker?

Rakyat dah muak dengan politik jalanan Anwar Ibrahim. Bukan sekali rakyat ditipu oleh Anwar, tetapi sudah beberapa kali penyokong ditipu bermula dengan isu 16 September hinggalah PRU13.

Untuk kali ini, rakyat tidak lagi bodoh untuk mengikut telunjuk Anwar Ibrahim dan koncu-koncunya. Lebih baik kita luangkan masa dengan keluarga ataupun buat amal ibadat.


Friday, June 14, 2013

Isu Panas!! Presiden PAS Bakal Digulingkan. #PolitikMalaysia

AIDCNews – 14/06/13 – “PAS perlu mencari pemimpin tulen dari dalam,” begitulah komen Awang Abdillah yang difokus menjadi isu utama portal FMT.
Ciri-ciri pemimpin PAS yang digariskan oleh penulis portal itu berbeza sama sekali dengan Kriteria yang dimiliki oleh Presiden parti itu sekarang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Ia mampu untuk bercakap tentang peranan sebenar perbankan dan kewangan Islam (dan bukan seperti apa yang sedang diamalkan sekarang)

Banyak tidur dari bekerja

“Ia juga boleh menyatakan pendirian dan pelan untuk pemuliharaan sumber-sumber negara, seperti petroleum, hutan dan alam sekitar serta rancangan pekerjaan, pinjaman pelajar, perumahan, pembangunan infrastruktur dan lain-lain lagi.
“Ia boleh bercakap tentang pelan induk kejuruteraan untuk menangani banjir yang melanda pantai timur Semenanjung Malaysia setiap tahun. Ini adalah isu-isu yang merayu kepada semua lapisan masyarakat,”kata penulis FMT.
Menurutnya, PAS terbukti lemah pada Pilihanraya Umum ke-13 dan paling lemah dalam Pakatan.
“Walaupun kedua-dua DAP dan PKR tidak baik, di mana masing-masing memenangi 38 dan 30 kerusi Parlimen, (namun) PAS hanya mendapat 21 kerusi sahaja daripada 73 yang ditandinginya.
“Mengapa PAS gagal bertarung dengan UUMNO pada PRU 13 ? Sebulan selepas PRU 13, persoalan ini masih menjadi tanda tanya,”katanya.
Menurutnya, pada PRU itu, PAS telah dikunci tanduk oleh UMNO di kebanyakan kawasan orang Melayu dan PAS hanya dapat ‘bertarung’ dengan baik di Kelantan dan Terengganu walaupun (di Terengganu) parti itu gagal mengambil alih kerajaan negeri.
Sepatutnya, kata penulis itu, PAS boleh merebut lebih banyak kerusi di kawasan Melayu apabila menyedari sokongan terhadap UMNO menurun pada Pilihanraya Umum ke-12.
“Tetapi sebaliknya parti itu (PAS) terus bercakap mengenai perkara-perkara agama seperti undang-undang syariah. Mereka gagal untuk menentukan perbezaan antara Islam dan undang-undang syariah, dan warisan sosio-ekonomi serta budaya Melayu.
“Oleh itu, adalah salah bagi PAS menggunakan ajaran Islam sebagai isu politik untuk meraih populariti dalam pilihan raya,”katanya lagi
Menurutnya apabila PAS memberi tumpuan kepada hudud sebagai platform politik, parti itu telah membenarkan UMNO mengekalkan populariti dengan memberi tumpuan terhadap isu-isu ekonomi.
Dan ini sekaligus katanya menyebabkan PAS berada di luar trek apabila ia gagal menangani isu-isu nasional dan ekonomi berkaitan dengan umat Islam.


Monday, June 10, 2013

Parti Tunggal Atau Babi Tunggal?

Suasana hari ini tidak seperti 3 atau 4 bulan yang lepas. Tamat sahaja PRU13, keadaan menjadi sedikit tenang walaupun masih ada segelintir pihak yang cuba mengheret rakyat ke jalanan bagi memenuhi cita-cita peribadi.

Sebelum ini kita banyak disajikan dengan ceramah-ceramah politik jalanan. Ketika itu, baik dalam media arus perdana mahupun ceramah di padang yang becak, sudah pasti kita dapat mendengar caci maki dan pertandingan londeh-melondeh di antara satu sama lain.

Bagi individu yang otak berniaga, 2 atau 3 bulan yang lepas adalah bulan rezeki pada mereka. Baik yang jual air hinggalah kepada membekal banner ataupun poster. Sekarang adalah waktu untuk mereka seperti ini merancang kereta apa yang perlu ditukar, ke mana mereka mahu bercuti dan sebagainya.

Saya tidak lagi berminat untuk mengulas tentang apa yang telah berlaku dalam PRU13. Mahu tidak mahu, kita kena menerima perkara yang telah terjadi. Biarpun apa yang telah berlaku itu menyumbang keuntungan pada kita atau memberi kerugian yang amat dasyat untuk pihak kita, semua itu harus diterima dengan hati yang terbuka.

Jangan asyik bercakap hingga abaikan kerja parti.

Pakatan Rakyat boleh senyum lebar dengan keputusan PRU13 apabila majoriti besar orang cina menyokong parti mereka, tetapi pada masa yang sama mereka perlu kaji dengan terperinci kenapa undi orang Melayu tidak memihak kepada mereka. Barisan Nasional pula pasti boleh mengukir sedikit senyuman apabila majoriti bumiputera memberi sokongan pada mereka, tetapi mereka juga perlu membuat analisa dengan tepat kenapa orang Cina secara total tidak menyokong Barisan Nasional pada PRU13.

Itulah realiti PRU13. Tahniah buat pemenang dan kepada yang tidak menang, terimalah keputusan ini dengan hati yang terbuka. Janganlah lagi jadikan rakyat sebagai alat politik mereka dengan berdemo di atas jalan dan sebagainya.

Walaupun PRU13 telah lama melabuhkan tirainya, tetapi masih banyak suara-suara sumbang yang kedengaran baik di pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. Perasaan tidak puas hati individu tertentu ditafsirkan melalui cerca mencerca dan menyalahkan orang lain selepas PRU13. Masing-masing tidak mahu mengalah dan asyik melihat kelemahan orang lain berbanding kudis di badan sendiri.

Saya tidak berminat untuk mengulas tentang masalah dalam pihak pembangkang kerana itu tidak menguntungkan negara kita. Apa yang perlu dalam kita menghadapi PRU yang bakal tiba, pihak kerajaan harus mengkaji balik kelemahan di pihak mereka. UMNO ada lemahnya, MCA juga ada kudisnya, MIC tidak terlepas dari khilaf mereka dan begitu juga parti komponen seterusnya.

Namun, sejauh mana analisa kelemahan diri sendiri ini telah dilaksanakan? Apakah buat masa sekarang mereka sudah dapat mencari jawapan mengapa keputusan PRU13 BN tidak mendapat mandat 2/3 majoriti? Sudahkan BN mencari punca sebenar kenapa orang cina menolak BN secara total? Tepuk dada tanyalah iman kita.

Dari pengamatan sebagai orang luar dari gelanggang Barisan Nasional, saya amat yakin yang parti kerajaan masih belum membuat analisa terperinci tentang kelemahan masing-masing. Tetapi, amat kecewa apabila wujud cadangan jadikan Barisan Nasional sebagai parti tunggal tanpa melalui analisa terperinci keputusan PRU13. Kenapa perlu membuat cadangan membabi buta?

Barisan Nasional telah berhadapan dengan 12 PRU sebelum ini tanpa menjadikan BN sebagai parti tunggal. Rekod menunjukkan BN terus unggul dalam arena politik tanahair. Saya tidak nampak, faktor BN bukan parti tunggal, rakyat cina menolak BN pada PRU13. Sebaliknya, ada faktor lain telah mengubah landskap sokongan pengundi pada PRU13 yang perlu kita kaji dengan lebih teliti.

Saya tidak mahu menyalahkan MCA dan GERAKAN dengan keputusan PRU13 yang lepas, tetapi kadang-kadang kita juga perlu berkata dengan benar demi sebuah perjuangan. Sejauh mana MCA dan GERAKAN menjalankan tugas mereka sebagai parti yang mewakili orang cina semasa PRU13?

Kadang-kadang, saya juga merasa amat pelik apabila melihat di kawasan pengundi Cina, sayap wanita UMNO yang memerah keringat untuk masuk berkempen dan menghantar handbill kepada pengundi. Betul!! Inilah semangat setiakawan dalam Barisan Nasional, tetapi sejauh mana jentera wanita UMNO mampu mendalami isi hati pengundi cina berbanding jentera MCA mahupun gerakan?

Dalam tempoh kempen PRU13, kelihatan anak melayu UMNO yang beria-ia mengantung banner atau poster calon MCA dan GERAKAN. Apakah dalam MCA dan GERAKAN tidak ada sayap pemuda untuk menjalankan tugas logistik dan sebagainya? Nampaknya, yang betul-betul mahukan BN menang besar adalah orang Melayu walaupun yang bertanding itu bukanlah orang Melayu.

Mungkin bukan semua dalam parti MCA dan GERAKAN sama seperti yang saya nyatakan, tetapi yang kebanyakkan adalah begitu. Barisan Nasional parti tunggal atau UMNO yang bekerja seperti babi tunggal? Sama-sama kita fikirkan.

Justeru, saya tidak menyokong hasrat kepimpinan tertinggi untuk jadikan Barisan Nasional sebagai parti tunggal dalam menghadapi PRU13. Apa yang perlu dilakukan, setiap parti komponen perlu menilai kembali kelemahan serta kekuatan parti mereka masing-masing. Tradisi yang diamalkan selama ini cukup baik. UMNO bekerjalah untuk orang Melayu, MCA dan GERAKAN berkhidmatlah untuk orang cina, MIC taburlah jasa kepada orang India begitulah seterusnya. Ini kerana hanya jauhari mengenal manikam.

MCA dan GERAKAN janganlah menghukum UMNO kononya UMNO parti rasis hingga menyebabkan pengundi cina jauhkan diri daripada Barisan Nasional, tetapi teruslah bekerja untuk menukar persepsi pengundi cina bahawa MCA dan GERAKAN suara penting mewakili orang cina dalam Parlimen.

Harap PM Najib tidak akan kecewakan perasaan orang Melayu yang banyak berjasa kepada UMNO/BN dalam PRU13 yang lepas. Parti tunggal bukan jalan penyelesaian kepada semua masalah ini. Jangan pula suatu hari yang PM Najib kejar tidak dapat dan yang dikendong hilang tanpa beliau sedar.




Monday, June 3, 2013

Sensasi Dunia Artis. Nabila Huda Upload Gambar Separuh Bogel Dalam Instagram.


Maaf. Artikel ini bukan bertujuan untuk mengaibkan Nabila Huda. Tetapi, selaku sesama Muslim, adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk saling memperingati antara satu sama lain.

Tidak manis pada pandangan saya jika seseorang wanita yang mengaku Islam tetapi berkelakuan demikian rupa. Kita tidak mahu, agama lain mencerca agama Islam hanya kerana segelintir ummatnya yang tergelincir landasan.

Barangkali, masih ramai orang bukan Islam yang cuba mendekati Islam merasa amat bimbang dan khuatir apakah Islam ini ajaran yang betul? Kalau Islam agama yang benar, kenapa ada orang Islam berkelakuan cukup aneh.

Islam melarang ummatnya membuka aurat, apatah lagi menunjukkan pada umum alat kemaluan kita melainkan kita manusia yang tidak waras.

Maafkan saya Nabila Huda. Mungkin kes anda ini adalah sebahagian daripada contoh yang berlaku di negara Kita. Tetapi sebagai artis yang meningkat popular, adalah tidak salah anda berkelakuan sopan di depan khalayak.