About Me
Friday, May 25, 2012
Sham Kamikaze Dan Hattan Mengajak Belia Berdakwah Melalui Hiburan di #HBN2012
PUTRAJAYA 25 Mei – Hiburan boleh dijadikan sebagai medium dalam menyebarkan dakwah dan nilai-nilai keagamaan kepada golongan belia masa kini.
Isu tersebut telah dibincangkan pada program Borak- borak Kopi O Biskut Kering malam tadi sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 yang bermula pada 23 hingga 27 Mei, di sini.
Sham Kamikaze yang juga dikenali sebagai pemain gitar kumpulan tersebut dijemput sebagai salah seorang ahli panel bagi program berbentuk bual bicara ini.
“ Saya pernah menyertai bengkel yang dianjurkan oleh ahli jawatankuasa masjid dimana saya perlu mengajar golongan belia bermain gitar. Tetapi, bengkel tersebut bukan sahaja berkaitan dengan bermain gitar tetapi secara tidak langsung, belia yang menyertainya juga akan diajak untuk menunaikan solat berjemaah,” katanya.
Menurut Sham lagi, kita tidak seharusnya mendakwa bahawa bermain gitar itu adalah haram kerana secara tidak langsung terdapat dakwah yang boleh disampaikan kepada golongan belia melalui pendekatan tersebut.
Kenyataan tersebut turut disokong oleh penyanyi rock terkenal negara, Datuk Hattan bahawa pendekatan tersebut boleh diguna pakai dan harus diteruskan.
“ Saya sokong apa yang diperkatakan oleh Sham dan usaha ini perlu diteruskan kerana ia akan mendatangkan kebaikan kepada masa depan belia,” tambahnya yang dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke-81 bulan lepas.
Sementara itu, Pengerusi Gerak Dakwah Gerakan Belia 4B Malaysia Anas Azizu berkata, mereka telah melaksanakan beberapa program seperti Jejak Ulama yang mana sekumpulan belia bermotosikal akan berkonvoi ke masjid- masjid yang terpilih di setiap daerah.
“Mereka yang terlibat dalam aktiviti konvoi ini akan turut solat berjemaah bersama ahli masjid serta diberikan tazkirah dan secara tidak langsung penyebaran dakwah kepada golongan muda dapat disampaikan,” ujarnya.
Anas juga berharap pendekatan ini dapat diteruskan dan pihak beliau akan berusaha untuk menjalinkan kerjasama bersama rakan artis dalam meneruskan penyebaran dakwah ini kepada golongan belia.
Rafizi Patut Berdebat Dengan Khalid Gagap. Kenapa?
Rafizi perlu bertanya pada khalid gagap, kenapa Pakatan Pembangkang selangor masih gagal menunaikan janji untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar tadika seperti manifesto PRU12 yang lepas. Jika itu pun gagal, bagaimana Anwar Ibrahim dan Rafizi ingin bagi pendidikan percuma kepada IPTA dan IPTS? Dasar pembohong! Hanya tahu menabur janji, tetapi bula ada kuasa bagi seribu alasan untuk tidak dilunaskan janji-janji tersebut.
Apa Kata Mereka Yang Hadir #HBN2012.
PUTRAJAYA, 25 Mei 2012 - Riak kegembiraan jelas terpancar di wajah puluhan ribu golongan belia yang hadir pada hari kedua Himpunan Jutaan Belia 2012, di pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya, semalam.
Rata-rata yang ditemui melahirkan rasa puas hati dengan kepelbagaian program dan segmen yang disediakan pada tahun ini.
Namun begitu, suatu mesej yang simbolik disampaikan melalui temubual yang dijalankan amat bertepatan dengan program pembangunan modal insan yang dijalankan oleh kerajaan dalam memupuk keharmonian dikalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Mohd Khairi Ramli, 25, memberitahu para belia seharusnya mengambil peluang keemasan untuk bersatu dan memupuk perpaduan yang lebih erat selain dari menikmati pelbagai aktiviti yang sedang berjalan.
Begitu juga dengan Azura Abidin, 26, yang pertama kali menghadiri Himpunan Jutaan Belia 2012 yang sedang berlangsung.
Beliau turut mempunyai pandangan yang sama seperti Mohd Khairi Ramli agar belia yang hadir tidak segan silu untuk bercampur dan bergaul dalam memupuk keharmonian disamping berharap himpunan kali mencapai sasaran dua juta belia.
"Saya dapat rasakan perhimpunan kali ini lebih meriah dan yakin sasaran untuk mencapai 2 juta belia akan tercapai. Tunggulah pada hari kemuncaknya nanti," katanya.
Ramesh, 19, yakin perhimpunan kali ini lebih meriah jika dibandingkan dengan perhimpunan tahun lalu kerana lebih banyak program dan aktiviti yang disediakan untuk golongan belia.
Beliau turut memberitahu Hari Belia yang disambut ini jelas melambangkan tidak ada semangat perkauman yang wujud kerana para belia saling bersama dan berpeluang mengenali di antara satu sama yang lain.
"Memang ada di antara masyarakat berbilang bangsa yang kurang berinteraksi dan perhimpunan belia seharusnya dijadikan platform untuk merapatkan jurang ini.
"Saya berharap lebih ramai para belia dari msyarakat India dan Cina datang untuk bersama-sama memeriahkan perhimpunan ini," katanya.
Mohd Zamri Yaakub, 50, berkata Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan berjaya menyatupadukan masyarakat berbilang kaum melalui pemerhatian beliau sepanjang seharian disini.
Beliau menzahirkan rasa bangga dengan usaha kerajaan yang berjaya melahirkan suatu program untuk golongan belia untuk beriadah, penuh pengisian disamping mengubah pandangan negatif masyarakat terhadap belia.
"Saya akui program yang diadakan sekali setiap tahun ini bagus untuk para belia kita," katanya yang mengakhiri perbualan.
Rafizi, Tolong Sampaikan Pesanan Ini Kepada Anwar Ibrahim.
"Salam. Tahniah buat kedua pendebat iantu Rafizi dan YB KJ. Yang jelas debat ini tidak akan ada yang menang dan tidak akan ada yang kalah. Juga yang jelas, penyokong setia yang mendengar di bawah itu akan terus menyokong pendebat masing-masing.
Rafizi, saya tidak tahu sejauh mana kerja anda dalam membantu Anwar Ibrahim mencapai cita-cita beliau. Saya juga tidak mahu ambil tahu berapa jumlah bayaran yang anda perolehi sebagai Pengarah Strategi PKR menjelang PRU13.
Buat pengetahuan Rafizi, saya adalah bekas pelajar IPTA di zaman Anwar Ibrahim sebagai TPM dan pernah memangku jawatan PM Malaysia. Ketika itu saya telah membuat pinjaman PTPTN yang diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim. Kenapa saat dan ketika Anwar ada kuasa, PTPTN ini tidak dihapuskan sama sekali.
Tolong sampaikan pesanan ini kepada Anwar Ibrahim wahai Rafizi, apa mungkin seorang yang pernah menyalahgunakan wang negara seperti Anwar Ibrahim itu ikhlas dalam menjaga kebajikan pelajar IPT. Kalau Sharizat itu dianggap jerung dan pelajar sebagai bilis ketika ini, Anwar Ibrahim adalah bapak segala jerung ketika beliau berkuasa.
Jika benar PTPTN ini adalah dasar Pakatan Pembangkang, kenapa ianya baru sahaja diperkenalkan? Adakah PTPTN ini baru diperkenalkan pada tahun 2012 dan ingin dihapuskan selepas PRU13? Sepatutnya dasar ini harus dijadikan manifesto sewaktu PRU12 lagi sebab ketika itu sudah ramai pelajar yang tidak bayar hutang PTPTN.
Anwar Ibrahim pernah janji macam-macam untuk penyokong beliau, dan akhirnya orang kanan beliau pun lari dari beliau. Kenapa ini berlaku? Sebab Anwar Ibrahim memang seorang pembohong.
Buat mahasiswa di luar sana, syukurlah dengan apa yang ada di Malaysia ini. Peluang dapat belajar pun satu nikmat kepada kita. Bahkan baucer buku lagi sebanyak RM200.00 kerajaan bagi. Waktu saya belajar, terpaksa tungkus lumus bapak mencari duit untuk anak dia beli buku, tetapi hari ini kerajaan tolong ringankan beban bapa kita.
Tidak ada masalah dengan pinjaman PTPTN jika kita benar-benar ingin belajar. Score tinggi dalam exam, insyallah ianya akan ditukar menjadi biasiswa. Itu juga kerajaan BN buat. IPT tempat melahirkan insan yang cerdik dan intelek bukan untuk melahirkan perusuh jalanan yang reti berhutang tetapi malas belajar."
email yang diterima oleh TG86
Wednesday, May 23, 2012
Foto Panas!! Nurul Kena Paksa Dengan Pensyarah?
Tuesday, May 22, 2012
Wajib Baca!! Buat Zamhuri NKP Kampar. Anda Mungkin Sudah Terlambat!!
Sebelum gua mengulas lanjut tentang isu NKP bahlul Kampar ini, mari kita lihat dulu video dibawah apa yang berlaku kepada Zamhuri NKP Kampar bertarikh 19/05/2012.
UMNO diludah, dicerca, dimaki oleh Zamhuri berikutan kecewa apabila projek pasir yang beliau mohon tidak lagi diluluskan. Gua mungkin boleh menerima perbuatan meludah atau mencerca UMNO oleh Zamhuri jika UMNO ini menghalang beliau dari melakukan ibadah solat ataupun UMNO memusuhi Islam. Tetapi kalau Zamhuri nak menghina UMNO kerana beliau gagal untuk mendapatkan projek pasir kemudian di ALI BABAkan, memang Zamhuri yang sepatutnya di ludah.
Gua ada mengikuti isu Zamhuri ini dengan beberapa orang lama dalam UMNO di Perak. Gua tidaklah mengenali secara rapat siapa Zamhuri ini dan kalau macam ini lah perangai seorang NKP Kampar adalah lebih baik gua tidak perlu kenal beliau. Kenapa gua bercakap soal Ali Baba? Gua ada bertanya kepada salah seorang pemimpin UMNO Perak, apa komen beliau terhadap isu Zamhuri? Pemimpin itu berkata, "Berapa buah lori yang Zamhuri ada sepanjang dia menjalankan projek pasir? Dan berapa buah mesin sedut pasir yang Zamhuri ada?". Gua tanya lagi, kenapa tuan cakap begitu? Lagi balas pemimpin itu, " Kalau setakat nak lobi projek pasir kemudian jual pada orang lain, itu bukan membantu untuk bangunkan bangsa Melayu tetapi mengkhianati amanah yang diberikan".
Patutlah NKP Kampar ini sawan babi, rupanya gagal mendapatkan komisen hasil dari melobi projek pasir untuk orang lain. Gua akan cuba siasat kemana perginya projek Zamhuri selama ini. Mungkin tindakan Zamhuri ini boleh dianggap melampau yang keterlaluan. Katanya Zamhuri sudah malu dengan perbuatan beliau seperti video di atas. Sila tonton video yang di bawah:
Telajak perahu boleh diundur, telajak kata menghina parti keramat Melayu Islam tanggunglah akibatnya. Buat YAB Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir yang gua hormati, tindakan harus setimpal diberikan ke atas NKP Kampar yang kurang ajar ini. Biarkanlah beliau membawa obor perjuangan beliau bersama DAP laknatullah. Kita lihat sejauh mana dia boleh bantu bangsa Melayu dalam DAP. Dasar NKP yang tidak sedar dek untung. Harkkk Tuihhh!!!
Akhir kata, gua juga adalah ahli UMNO Cawangan Dataran Merdeka Kuala Lumpur yang tidak pernah melobi untuk mendapatkan kontrak membersih dataran merdeka. Tetapi tidak pernah walaupun sekali gua nak mencerca UMNO parti keramat Melayu Islam. Wasalam.
-Jom Lancar Gerakan Ludah Zamhuri-
Insiden Inikah Yang DAP Paling Takut?
Tahniah buat Ustaz Nasharuddin Mantan Timbalan Presiden PAS Pusat yang mendapat menantu baru pada 20/5/2012. Apa yang menarik, majlis tersebut turut di hadiri beberapa pemimpin UMNO antaranya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, Ketua Pemuda Khairy Jamaludin, Dato' Seri Nazri Aziz dan beberapa lagi. Selain itu juga, yang turut hadir adalah Presiden JATI mantan EXCO Negeri Selangor YB Dato' Hassan Ali.
Ust. Nasha yang dipecat dari PAS baru-baru ini kelihatan amat ceria apabila orang nombor dua negara Malaysia dapat hadir ke majlis tersebut. Beliau nampak tidak kekok melayan TPM sewaktu majlis berjalan. Dalam majlis tersebut ada juga ilmuan dari Arab Saudi yang turut hadir.
Nampaknya, majlis tersebut bukan sahaja memberi kegembiraan kepada Ust.Nasha dan keluarga yang mendapat menantu baru, bahkan ia membuatkan seluruh umat Melayu Islam merasa bangga apabila bekas seorang ulamak PAS meramah mesra dengan kepimpinan UMNO sekarang. Apakah ini titik tolak bermulanya penyatuan orang Melayu Islam di Malaysia? Harap begitu lah. DAP pasti takut jika ini berlaku kepada orang Islam di Malaysia. Biarkan sahaja Mat Sabu bersama DAP kerana beliau dibayar RM10k setiap bulan oleh Lim Gua Eng.
Subscribe to:
Posts (Atom)







