About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Wednesday, November 12, 2008

Lambaian GRO-GRO di Perak

Kerajaan negeri Perak di gesa untuk membatalkan lesen kepada GRO-GRO asing.



(GRO-GRO yang ditangkap di Perak kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri, kebanyakkan berasal dari China, Indonesia dan Vietnam).


Persoalannya, kemana hilangnya nilai-nilai keIslaman yang dilaung-laungkan oleh kerajaan negeri Perak yang kini berada dibawah jajahan Pakatan Rakyat?
Di Perak kini kerajaan negeri membenarkan pengeluaran lesen kepada premis-premis hiburan dan kelab-kelab malam untuk menggunakan GRO asing.
Tidakkan GRO asing ataupun GRO tempatan sama sahaja kerana mesing-masing menjerumus ke arah lembah kemaksiatan?




Ustaz Nizar pun satu, takkan tak tau kut pasal bahaya GRO ni. ke Ustaz Nizar pun suka melihat negerinya dipenuhi dengan GRO-GRO?
Berikut FATWA mengenai GRO;

1. Bahawa bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Perlanggan (GRO) adalah haram dan berdosa.
2. Bagi maksud fatwa ini, mana-mana wanita Islam adalah dilarang menjalankan tugas sebagai Pegawai perhubungan Pelanggan (GRO) di kelab-kelab malam, rumah urut, disko, bar, pub dan sebagainya. Larangan ini meliputi kepada sifat serta ancamanya seperti berikut:
i) Pekerjaan tersebut melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh hukum
syarak.
ii) Mendedahkan aurat
iii) Pergaulan bebas antara bukan mahram

Aduhai Ustaz Nizar, kamu tu pemimpin yang berselindungkan agama. Takkan pasai ni pun kamu tak tau. Takkan tok nak ajar jugak kut.
Ye Fatwa di atas menyatakan pengharaman untuk wanita Islam, tapi kalau wanita asing pulak boleh jadi halal ke?
Nanti kalau malaikat soal, kamu ada ke jawapan ke Nizar oi!
.

Monday, November 3, 2008

ZAID SUDAH KETERLALUAN


Kenyataan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim yang mempertikaikan Ketuanan Melayu amat keterlaluan ketika berucap di Persidangan LawAsia 2008 di Kuala Lumpur pada 31 Oktober yang lepas.
Datuk Zaid Ibrahim telah mendakwa bahawa konsep Ketuanan Melayu sebagai satu kegagalan yang membawa keburukan kepada Melayu bahkan menurutnya lagi konsep Ketuanan Melayu menyebabkan pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara.

Tidakkah Datuk Zaid sedar bahawa beliau juga merupakan orang Melayu? Hasil daripada Ketuanan Melayu dapat melahirkan diri beliau sebagai seorang peguam Melayu, yang akhirnya menceburi bidang politik dan dapat menjawat jawatan sebagai seorang menteri.
Kiranya nama beliau tiada bin di tengah, dapatkah beliau menikmati keistimewaan ini?
Umpama kacang lupakan kulit, tindakan Zaid ini seolah-olah satu tindakan bodoh semata-mata untuk menarik simpati rakyat serta menutup kelemahannya selepas tidak dipilih menjadi Ketua Bahagian Kota Bharu.
Semata-mata kerana tidak dapat menjadi Ketua Bahagian, Zaid sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup aib yang menimpa dirinya.
Seorang Senator dan mempunyai jawatan Menteri tidak dipilih sebagai Ketua Bahagian.
Bagi menutup malunya, mula-mula beliau telah mengkritik kerajaan yang membelanya dari kecil lagi tentang perlaksanaan ISA sehingga beliau bermain wayang dengan meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai tanda protes terhadap pelaksanaan ISA.


Khabar yang terkini yang kencang berbicara menyatakan Zaid juga meletakkan jawatan sebagai Senator. Sehingga ke hari ini masih belum kedengaran ucapan maaf yang terpancar dari mulut Zaid, adakan beliau tetap berpegang teguh dengan kenyataannya dan menganggap Ketuanan Melayu sebagai membazir.
Sepatutnya Zaid patut tukar istilah bin yang berada di tengah-tengah namanya dan digantikan dengan anak lelaki. Yeee bunyinya agak keras tapi kita perlu sedar bahawa orang Melayu sendiri sudah mula mempertikaikan Ketuanan Melayu.
Tak kira la samaada kita ini Melayu Kelantan ke, Melayu Jawa ke, Melayu Mamak ke, pokoknya yang jelas Melayu itu tetap Melayu dan sudah semestinya Melayu mesti membela Ketuanan Melayu.

Saturday, November 1, 2008

Mengapa harga berbeza?


Specifications (Cougar EC 725) BRAZIL



General characteristics

* Crew: 1

* Capacity: 24 troop seats

* Length: 19.50 m (63.98 ft)

* Rotor diameter: 16.20 m (53.14 ft)

* Height: 4.60 m (15.09 ft)

* Empty weight: 5,330 kg (11,750 lb)

* Loaded weight: 10,000 kg (22,000 lb)

* Useful load: 5,670 kg (12,500 lb)

* Max takeoff weight: 10,500 kg (23, 100 lb)

* Powerplant: 2× Turbomeca Makila 1A4 turboshafts, 1,800 kW (2,413 shp) eachPerformance

* Never exceed speed: 278 km/h (150 knots, 173 mph)

* Maximum speed: 249 km/h (134 knots, 154 mph)

* Cruise speed: 239 km/h (129 knots, 148 mph)

* Range: 573 km (310 nm, 357 mi)* Service ceiling 3,450 m (11,319 ft)

* Rate of climb: 7.2 m/s (1,417 ft/min)



Specifications (Cougar EC 725) MALAYSIA



General characteristics

* Crew: 2 (pilot + co-pilot)

* Capacity: 1 chief of stick + 28 troop seats

* Length: 19.50 m (63.98 ft)* Rotor diameter: 16.20 m (53.14 ft)

* Height: 4.60 m (15.09 ft)

* Empty weight: 5,330 kg (11,750 lb)

* Loaded weight: 11,000 kg (24,250 lb)

* Useful load: 5,670 kg (12,500 lb)

* Max takeoff weight: 11,200 kg (24,700 lb)

* Powerplant: 2× Turbomeca Makila 1A4 turboshafts, 1,800 kW (2,413 shp) eachPerformance

* Never exceed speed: 324 km/h, 201 mph (175 kts)

* Maximum speed: 324 km/h, 201 mph (175 kts)

* Cruise speed: 285 km/h, 177 mph (154 kts)

* Range: 857 km, 532 mi (463 nm)

* Service ceiling 6,095 m (20,000 ft)

* Rate of climb: 3.6 m/s (710 ft/min)

Dahulunya kita desak kerajaan untuk menukarkan helikopter Nuri yang sering terbabas. Apabila kerajaan menukarkan Nuri kepada Eurocopter, lain cerita pulak yang timbul.
Kita menyalahkan kerajaan kerana membelinya dengan harga yang mahal sedangkan Brazil membeli dengan harga yang murah.
Kadangkala kita sering lupa bahawa nama yang sama tidak semestinya rupa, bentuk atau accesoriesnya sama. Samala seperti kita membeli kereta, kalau kita membeli B-Line, sudah pastila harga lebih murah jika dibandingkan dengan H-Line.
Lihat sendirila perbandingan specifikasi eurocopter Brazil dengan Malaysia. Jangan lah kita asyik nak salahkan kerajaan sahaja.

LAMA MENGHILANG !!!

(Kosovo, bumi yang dihalang kemerdekaan)
Salam dan selamat kembali.
Setelah agak lama tok limbong menyepi, kini tok kembali utk menghiasi ruangan yang telah lama ditinggalkan kesepian.
Pada kali ini tok tertarik utk membicarakan isu global, sebelum ini kita dibelenggu dengan pelbagai isu domestik.
Kosovo, merupakan bumi yang dijajah Serbia. Namun pada 17 Februari 2008 Kosovo telah mengisytiharkan kemerdekaannya dari Serbia.
Serbia membantah keras kemerdekaan ini, tetapi Malaysia telah mengiktiraf kemerdekaan Kosovo.
Pada hari ini, Kementerian Luar Serbia telah mengusir Duta Malaysia, Saw Chin Hong. Sebelum ini Duta Montenegro dan Macedonia juga telah diusir kerana faktor yang sama.
Sehingga kini, 38 negara termasuk Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan banyak negara Eropah lain mengiktiraf Kosovo yang mempunyai 2.1 juta penduduk.
Mengapa Duta Malaysia menjadi mangsa? Adakan kerana ada agenda lain di sebalik pengusiran ini? Mungkin negara kita dilihat sebagai sebuah negara yang berkeupayaan untuk menjadi negara pelindung bagi negara-negara yang teraniaya.
Mengapa harus mengusir dan tidak mengenakan hukuman Persona Non Grata?
Kita dapat lihat pada hari ini dunia luar semakin berusaha untuk menindas negara kita kerana negara kita berpotensi menjadi kuasa Islam yang terkemuka.
Justeru itu mengapa perkara ini tidak dibincangkan di Parlimen. Mengapa ahli Parlimen sekarang hanya sibuk membicarakan isu-isu yang remeh-temeh semata-mata untuk mengejar kerusi no.1? Lu pikir la sendiri.

Tuesday, September 16, 2008

Masjid Kinrara sokong Teresa kena ISA


Pengerusi Masjid Bandar Kinrara, yang menerima petisyen membantah penggunaan pembesar suara untuk beberapa kegiatan agama, bersetuju dengan tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas exco kanan Selangor, Teresa Kok.
Abdul Rahman Nasir berkata, secara umumnya, perkara sensitif membabitkan agama "tidak boleh dimainkan"."Perkara ini tidak boleh dimainkan. Terutama sekali di negeri Selangor ini, bukan saja (berkenaan) agama Islam, tetapi apa agama pun (tidak boleh dimainkan).
"Penahanan Teresa dipercayai mempunyai kaitan dengan petisyen sekumpulan 189 penduduk sekitar Seksyen 5, Bandar Kinrara yang meminta pihak masjid tersebut memperlahankan penggunaan pembesar suara untuk aktiviti keagamaannya.Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh Teresa, yang juga ahli parlimen Seputeh.
Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Abdul Rahman bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut berkenaan isu itu kerana pihaknya cuma sebagai penerima petisyen dan tidak tahu-menahu tentang perkara lain di sebalik isu itu.
Masyarakat Islam setempat pula, menurut Abdul Rahman tidak memberikan sebarang reaksi terhadap penahanan itu dan bertindak seperti biasa."Kita tidak ada apa. Sudah lama dah masjid ini dibina. Itulah, persoalannya, kenapa sekarang? Kalau tidak puas hati, pindahlah. "Dari dulu lagi waktu hendak beli rumah, pelannya sudah ada, sini masjid, sini taman permainan. Kenapa dulu beli di sini?" katanya.
Selain Teresa, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng turut ditahan di bawah akta kontroversi itu, Jumaat lalu.
Tan bagaimanapun dibebaskan sehari selepas itu.

Artikel dipetik dari http://www.malaysiakini.com/news/89738

Sunday, September 14, 2008

Islam Mementingkan Kebersihan

Islam cukup mementingkan kebersihan dan kekemasan. Tetapi kita lihat apa yang telah terjadi di Pusat Tarbiyah PAS Taman Melewar?

Dengan ruangan pejabatnya yang kotor dan tidak terurus, syaitan suka sangat tempat-tempat yang macam nie.


Keadaan tandas di Taman Melewar. Tidakkah para ulamak tidak sedar bahawa syaitan suka duduk di tempat-tempat kotor seperti tandas?



Keadaan syiling yang tidak terjaga sehingga runtuh dan tidak boleh digunapakai lagi. Lupakah orang-orang PAS bahawa pembinaan ini semua hasil daripada kutipan derma duit pengikut PAS? Tidak mereka merasa berdosa kerana tidak menjaga dengan sebaik-baiknya?




OOOO patut la dah dapat pejabat yang baru. Barang yang lepas ditinggalkan mcam tu saje..
Macam ni ek perangai orang2 PAS, indah khabar dari rupa. Tengok pada serban yanhg dipakai tidak mencerminkan perangai yang sebenar..


Wallahualam...
.
.




Sunday, August 24, 2008

Janji dikota


Kerajaan menunaikan janjinya untuk menurunkan harga minyak.
Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter, manakala RON92 dikurangkan 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter. Harga diesel turun lapan sen daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter.
Alhamdulillah, kerajaan menunaikan janjinya untuk meringankan beban rakyat.
.