tag:blogger.com,1999:blog-4842395720285000306.post5650019764932627396..comments2023-11-02T19:42:32.618+08:00Comments on TOK GURU: Sultan titah tarik balik pertukaran Dato' Hj. Jamry SuryTOKGURU86http://www.blogger.com/profile/06385708338459505322noreply@blogger.comBlogger3125tag:blogger.com,1999:blog-4842395720285000306.post-71935546772507251892008-05-15T14:29:00.000+08:002008-05-15T14:29:00.000+08:00itulah dia..yg cerdik tak boleh diajar.Belajar ber...itulah dia..
yg cerdik tak boleh diajar.Belajar bertingkat-tingkat. bodoh berlapis-lapis.penjejakarushttps://www.blogger.com/profile/16045583193810032437noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4842395720285000306.post-84004179379218932502008-05-06T16:53:00.000+08:002008-05-06T16:53:00.000+08:00patik menyokong penuh titah tuanku..patik menyokong penuh titah tuanku..shahboyhttps://www.blogger.com/profile/03520839389686264465noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4842395720285000306.post-28318098950558289752008-05-05T23:52:00.000+08:002008-05-05T23:52:00.000+08:00Pecat-Memecat Tradisi PASIsu ini mungkin sudah sel...Pecat-Memecat Tradisi PAS
Isu ini mungkin sudah selesai. Saat penulis menulis artikel ini, surat mohon ampun oleh Dato' Seri Nizar kepada Sultan Azlan Shah mungkin sudah diperkenankan baginda. Maka, sebenarnya semuanya sudah tamat dan khatam bagi penganalisis politik.

Namun, penulis melihat kebanyakan penulis dan juga ahli politik banyak memperkatakan tentang sikap dan kefahaman MB Perak yang baru tersebut terhadap kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam. Bagi penulis, perkara itu sudah dikupas dengan sebegitu masak.

Persoalan utama penulis adalah adakah tradisi PAS suka memecat mereka yang tidak sehaluan dalam tempoh 24 jam? Perkara yang sama terjadi kepada Prof. Zaki Abdul Muin selaku CEO TATI(sebuah kolej swasta kelolaan kerajaan Negeri Terengganu). Beliau juga dipecat dalam tempoh 24 jam. Apa salahnya memberi peluang kepada Dato' Jamry satu-dua minggu untuk mengosongkan pejabatnya? Bukankah zalim namanya, dalam 24 jam harus diselesaikan segala urusan pindah memindah ini dari segi akalbudi manusia biasa?

Soal kemanusiaan nampaknya sudah hilang dalam pertimbangan pemimpin-pemimpin PAS.Adakah mereka menjangka bahawa kuasa yang ada pada mereka adalah selama-lamanya? Akhirnya, kita dapat melihat bahawa kerajaan PAS Terengganu tumbang dalam hanya satu penggal sahaja. Inilah balasan kepada orang yang zalim. Tuan Guru bukanlah maksum di sisi Tuhan. Kita bukannya syiah tetapi ahli sunnah wal jamaah. Orang yang zalim walaupun seorang yang bergelar Tuan Guru tidak lepas dari seksa kubur ataupun api neraka. Inilah i'tiqad kita.

Tradisi memecat orang tidak sebulu ini merupakan praktik biasa dalam gerakan jemaah ini. Apabila orang IRC atau MSM naik, maka orang ABIM/PKPIM dicantas. Jikalau orang PAS naik, maka orang MSM/IRC/JIM pula yang ditebas. Perkara ini adalah biasa bagi mereka. Oleh itu, sekadar memecat Dato' Jamry sebagai Pengarah JAIP adalah praktis biasa bagi mereka yang berfikrah jamaah. Mereka kadangkala lupa bahawa orang bukan sejemaah dengan mereka juga adalah manusia jika dirasakan mereka ini kurang cukup Islamnya.

Mereka lupa bahawa tindakan mereka seperti penguasa-penguasa Muslim Andalus zaman silam. Mereka lebih senang bersetongkol dengan kerajaan Kristian Utara Sepanyol mengganyang mereka yang sebangsa dan seugama dengan mereka. Begitulah hubungan Nizar dan Ngeh.

Nizar lebih senang bersama dengan Ngeh dan bersetongkol dengan DAP serta ADUN-ADUN PKR yang bukan Islam daripada dengan UMNO sewaktu krisis menteri Besar dahulu. Nizar seolah-olah bersikap seperti musuh Abu Abdillah ataupun Boabdil (nama yang diberikan musuh Islam Granada) yang gembira melihat Boabdil menangis menyerahkan kunci Granada kepada Ratu Isabella walaupun sama-sama Islam semata-mata kerana dengki khianat.Inilah sikap buruk yang ada bagi PAS.

Dengan mengetahui ataupun mengikuti usrah jamaah, mereka seperti telah memegang lesen besar yang dinamakan lesen jemaah. Lesen ini memberikan mereka suatu "kuasa mutlak" dalam hal ugama. Oleh itu, mereka berkuasa untuk mengarah dasar keugamaan mengikut kehendak mereka walaupun bukan berkelulusan agama.

Itulah punca kenapa diwarwarkan MB Perak yang baru ini juga pandai berkhutbah seperti juga MB Kelantan ataupun dahulunya MB Terengganu. Walaupun bukan lulusan agama, tetapi kerana berfikrah jamaah, orang jamaah ada lesen "to kill". Inilah lesen yang digunakan oleh PMIUM untuk memonopoli Akademi Pengajian Islam dan juga memperlekehkan profesor-profesor dan guru-guru mereka di API yang tidak sefikrah dengan mereka. Padahal, mereka sarjana muda pun belum lepas.

Maka, selagi mana agama Islam dipecah-pecahkan kepada jamaah-jamaah Islam yang hukum syaraknya ditentukan oleh "ulamak-ulamak" haraki, maka inilah hasilnya. Walhal sepatutnya, tatacara hubungan sesama Islam wajarlah berpandukan al Quran dan sunnah. Jika ini berlarutan, ketuanan Islam yang diimpikan adalah omongan kosong.

Sebenarnya, PAS memang "benci"kan ketuanan Melayu tetapi ingatlah ketuanan Melayu bersendikan Islam, sama seperti ketuanan Andalus. Apabila hilang ketuanan Andalus, maka hilanglah Islam di bumi Sepanyol.

Mungkinkah ilmu sejarah Dato' Seri Nizar tidak sehebat ilmu Haraki ataupun ilmu jamaah beliau sewaktu menuntut di UK?

http://maharajazhou.blogdrive.com/Intan Farhana MYhttps://www.blogger.com/profile/06155805764041075489noreply@blogger.com