About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Saturday, April 13, 2013

Meletop!! Video Mustafa Ali Di Lokasi Lain Pula Tersebar??. #GE13 #TolakPR

Skandal Seks Chua Soi Lek

Mungkin pembangkang atau macai PR perlu sekali sekala merenung ke belakang sebelum menuduh UMNO/BN mengamalkan politik lucah. Masih ingat dengan kes Chua Soi Lek?

Peringkat awal bila video Chua tersebar luas, pembangkang tanpa menunggu lama untuk cetak CD dan edarkan ke merata tempat menjadikan bahan kempen. Apakah ini kita tidak panggil politik lucah?


Pembangkang edit gambar untuk aibkan Najib

Membunuh karier Najib Razak bukan baru bermula, tetapi sejak Najib bergelar TPM lagi. Waktu itu, pembangkang terpaksa cipta gambar kononya Najib pernah berjumpa Altantuya bagi membolehkan pembangkang menyebar fitnah kononya Najib Razak ada skandal seks dengan Altantuya. Apakah ini bukan politik lucah?


Harakah lantang sebar fitnah isu Rahim Tanby Chik


Masih ingat dengan fitnah pihak pembangkang terhadap Rahim Tamby Chik? Kononya Rahim Tamby Chik merogol budak bawah umur. Tetapi selepas menjalani siasatan, Rahim Tamby Chik didapati tidak bersalah. Harakah antara yang lantang menyebarkan cerita ini. Apakah ini juga bukan politik lucah?




Tapi bila tersebar video Anwar Ibrahim balun pelacur cina, bila tersebarnya gambar Azmin Ali bersama wanita dalam jamban, bila terdedah video seks Mustafa Ali S/U Agung PAS pembangkang boleh tiba-tiba kata UMNO/BN amal politik lucah. Pelik kan?

Jadi, siapa sebenarnya yang bermain dengan politik lucah? Pembangkang atau Barisan Nasional? 

Cuma yang membezakan antara BN dan Pembangkang, politik lucah yang diamalkan oleh pembangkang mereka terpaksa reka gambar, buat fitnah dan sebagainya. Barisan Nasional mendedahkan video tulin yang tidak boleh disanggah lagi keaslianya.

Kenapa UMNO/BN juga disalahkan? Kenapa tidak mereka salahkan diri sendiri? Apapun, kita kena yakin yang politik kotor pembangkang selama ini sudah makan diri.

Dulu pembangkang merekayasa fitnah dan mehnah, hari ini semua itu terbalik pada pihak mereka. 




Maaf Mustafa Ali. Semua ini bukan UMNO/BN yang mulakan. Tetapi semua politik lucah ini adalah darah daging pihak pembangkang itu sendiri yang akhirnya kamu menjadi mangsa politik lucah PRU13.

5 comments:

Anonymous said...

Balasan cash beb.. Hambek ko!! Pas Pis Pus..

Anonymous said...

Hoi!! UMNOK!! yang ko pegi keluar cerita lama kenapa?? kalo ye pun nak buat perbandingan, jangan bukak pekung di dada!! lebih sudu dari kuah la ko ni!! ni yang buat BN tumbang nanti! analisis serupa budak sekolah!!

Anonymous said...

Cerita lama tu perlu, that shows what you did before. Itulah perbandingan yg lebih baik...anyway, tujuan entry ni jelas, pihak pembangkang juga guna strategy yg sama apabila peluang timbul. So, jgnla salahkan BN skrg ni.

The fact is, kalau dah jelas, ngaku ajelah. BN cuma highlightkan perilaku tersebut. Mudah bukan...

Anonymous said...

kesian aku tengok..ginilah ..Taubat lah Lepas tu tak payah bersusah npayah perjuang parti Pas yang menyebabkan kamu jatuh(?)..jadilah pendaaaakwah bebas....Hiraukan kawaan lama yang bermasalah kecelaruan minda politik...sama untuk bekas-bekas orang dan pemimpin UMNO yang tidak betul hati

Anonymous said...

Ibarat terpijak taik...yang tinggal hanyalah taik & bau nyak busuk....ape nak dikato