Kalau kita semua masih ingat, dalam satu siri ceramah Azmin Ali Timbalan Presiden PKR, beliau pernah mengeluarkan ayat dengan menghina Tun Mahathir. "Kepala Otak Ko" itulah ayat yang Azmin Ali tuju pada Tun M.
Kemudian ayat itu diulang serta disambut oleh abang beliau Azwan Ali. Dua beradik yang bangang serta memalukan imej rakyat Malaysia. Seorang negarawan seperti Tun M pun mereka boleh hina padahal Tun M banyak berjasa kepada rakyat Malaysia.
Allah maha adil. Setiap perbuatan kita pasti dibalas oleh Nya. Terkini, Ketua Majlis Syura PAS, Harun Taib mendakwa yang Azmin Ali tidak guna akal bila bercakap berhubung isu penggunaan Kalimah Suci Allah oleh orang Kristian.
Aku malas nak ulas panjang. Kebenaran semakin muncul dalam kita mengahadapi PRU13. Mungkin ini petunjuk Allah kepada ummat supaya berfikir dengan akal yang waras.
1 comment:
pemberian kerakyatan kepada warga asing lebih sejuta sebelum merdeka. Adakah sesuatu referendum telah di rujuk kepada umat Melayu sebelum menerima cadangan
Post a Comment