PARIT 11 Okt. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) supaya menyiasat pendedahan sebuah blog mengenai dakwaan salah guna kuasa melibatkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Menurut beliau, pendedahan blog berkenaan amat serius kerana turut menyertakan bukti berupa surat yang dikeluarkan oleh pejabat beliau sendiri sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang dan juga Menteri Besar.
''Saya khuatir dan orang ramai juga mula bercakap, kalau melibatkan ahli politik Barisan Nasional (BN) cepat sekali (tindakan) diambil. Dalam kes ini saya tidak tahu ada kes atau tidak, tetapi SPRM patut siasatlah," katanya selepas melancarkan Projek Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Perwira di sini hari ini.
TG86: Pelik juga kita dengan SPRM sekarang. Katanya SPRM satu badan yang telus dan punyai kreditbeliti yang tinggi. Namun jika dianalisa setiap tindak tanduk mereka, seolah berlaku tidak adil. Lihat sahaja kes Ketua Menteri Melaka, tidak sampai 12 jam selepas mendapat maklumat, SPRM mula buat siasatan. Kes NFC, sampai Kak Ijat letak jawatan kerana desakan SPRM.
Apa sahaja kes yang melibatkan pemimpin BN, SPRM bagaikan halilintar mengambil tindakan, tetapi jika ada dakwaan terhadap rasuah melibatkan pemimpin PR, SPRM bagaikan tidak wujud di Malaysia. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Siapa sebenarnya yang mengepalai SPRM? Anwarista ker? Atau mereka ini yang didakwa sesetengah NGO bahawa penjawat awam yang terlibat dengan SUARAM untuk tumbangkan kerajaan.
1 comment:
SPRM pun takut dgn GTP yg goverment buat. Sebelum ini depe ingat depe kebal. Boleh buat suka hati. Igt depe ni maksum ker? Ada juga dikalangan depe makan suap. Depe lebih suka PR memerintah sbb bila PR memerintah.. Depe boleh buat kejer suka hati... Skrg ni bila Najib nak kakikatang move foward, semua yg jenis kaki main FB, suka minum 4x satu hari cuak...tau nak mkn gaji buta jer...
Post a Comment