About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Friday, November 26, 2010

KEMPEN KELUAR PKR




Salam perjuangan buat sahabat handai yang tidak mengenal erti penat dan lelah dalam memperjuangkan nasib rakyat di bumi bertuah Malaysia tercinta. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kepada Illahi kerana Tok masih lagi diberi kesihatan yang sempurna sepanjang cuti untuk menikmati Aidiladha baru-baru ini. Tok mendoakan agar ibadah korban yang telah Tok laksanakan diterima oleh Allah S.W.T. Tok juga mendoakan agar di bulan yang mulia ini dapat membuka dan menerangkan hati insan-insan yang semakin tertupup akibat mengejar nafsu syaitan. Semoga Allah sentiasa melindungi mereka ini agar kembali ke jalan yang sebenar-benarnya untuk berjuang.

Yunus Jamhari berbaju kemeja hitam



2 hari lepas, Tok telah mendapat satu khabar berita berkenaan perletakkan jawatan sebagai Ketua AMK Negeri Perak oleh seorang ADUN Kuala Kurau yang bernama Yunus Jamhari. Yunus Jamhari dikatakan mempunyai hubungan yang begitu intim dengan Zaid Ibrahim yang telah keluar daripada PKR baru-baru ini. Mungkinkah perletakan jawatan sebagai Ketua AMK negeri Perak oleh Yunus Jamhari kesinambungan daripada pengumuman keluar PKR oleh Zaid Ibrahim. Difahamkan bahawa perletakan jawatan Yunus Jamhari sebagai Ketua AMK Perak akan berkuatkuasa pada 1/12/2010. Walaubagaimanapun, tok sentiasa berharap bahawa tindakan Yunus Jamhari tersebut adalah langkah terbaik yang diambil beliau setelah mendapati PKR semakin menghampiri ambang kemusnahan. Buktinya, pembaca boleh melihat sendiri salinan surat yang telah tok perolehi daripada seorang sahabat yang turut membantu tok dalam menyebarkan maklumat. Setinggi-tinggi terima kasih tok ucapkan buat sahabat tersebut.




p/s: PKR diambang pergolakan yang akan membawa kepada kehancuran

Monday, November 15, 2010

ZAID IBRAHIM TERKUBUR

Melayu akan berpecah kepada empat selepas daripada ini. Zaid Ibrahim berkemungkinan akan menubuhkan sebuah parti lain untuk memperjuangkan nasib politik beliau. Tok cadangkan Zaid tubuhkan Parti POK ( Parti Orang Kecewa ). Hakikatnya Zaid perlu sedar bahawa beliau hanya dijadikan anjing dalam PKR selagi Azmin Ali dijadikan anak emas kepada Anwar Ibrahim.

Namun begitu tok memuji keputusan Zaid untuk keluar daripada PKR ( Parti Kencing Rakyat ) dan dedahkan segala muslihat yang berlaku dalam parti tersebut. “Saya benci untuk mengalah kerana akan dilabel sebagai orang yang mudah berputus asa. Saya lebih rela (ketua umum PKR) Anwar (Ibrahim) pecat saya". Zaid mengulas kepada pemberita.

p/s: Anwar dan Azmin petualang agama

Tuesday, November 9, 2010

Pandangan Politik Zaid Ibrahim dan PRK

Benarkah perletakkan jawatan penting dan keputusan menarik diri daripada bertanding Timbalan Presiden PKR satu tindakan ikhlas Raja Arak (Zaid Ibrahim) atau ianya hanya sandiwara PKR untuk mengaburi kepimpinan tertinggi kerajaan. Tok lebih suka melihat perkara yang mungkin tersurat untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan mainan politik pihak pembangkang.

Bermula dengan PRK Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi, ianya memperlihatkan jumlah undi dari kaum Cina semakin meningkat. Tok masih ragu dengan keputusan tersebut. Adakah ini rancangan mereka untuk meyakinkan kerajaan BN sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk PRU 13. BN dilihat telah berjaya mengembalikan kepercayaan orang Cina yang sebelum ini lebih memihak kepada Pakatan Pembangkang supaya menyokong kerajaan BN. Tetapi adakah pada PRU 13 mereka sekali lagi akan mengundi BN? Kemudian Malaysia terus digemparkan dengan perletakan jawatan dan tarik diri daripada bertanding Timbalan Presiden PKR oleh Zaid Ibrahim. Semua rakyat termasuk kepimpinan BN melihat PKR semakin bercelaru. Benarkah PKR benar-benar porak peranda atau kecelaruan tersebut sengaja dicipta oleh pelakon handalan Anwar Ibrahim? Ini harus kita perhatikan secara minda politik oleh kita semua. Walaubagaimanapun pesanan tok buat semua, kemenangan Galas dan Batu Sapi bukanlah kayu pengukur yang terbaik. Tetapi jika Galas dan Batu Sapi BN kalah, itu adalah petanda yang terbaik BN akan kalah PRU 13. Salam.

Tuesday, November 2, 2010

Perjuangan Gagasan Melayu Perak

29/10/2010, bertempat di Padang Rengas Perak, Gagasan Melayu Perak telah melaksanakan program kemasyarakatan di sekitarnya selama tiga hari. Program yang telah dirasmikan oleh DYAM Raja Jaafar bin Raja Muda Musa telah dihadiri hampir 500 orang termasuk mahasiswa anak Perak Universiti Pendidikan Sultan Idris dan pelajar sekolah berhampiran. Menurut Presiden GMP, program tersebut bertujuan untuk menyatukan kembali masyarakat Melayu Islam yang semakin berpecah disebabkan fahaman politik yang berbeza kebelakangan ini. Beliau juga turut mengulas didalam ucapan aluan, agar setiap perkara yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh Hak Orang Melayu harus dijaga bersama. Program yang berakhir pada 31/10/2010 ini juga mendapat kunjungan daripada beberapa orang pemimpin Melayu yang lain. Wacana Perpaduan Ummah yang berlansung pada 30/10/2010 amat mendapat sambutan orang ramai yang mana dihadiri oleh panel khas iaitu Saudara Roslan Latif (Presiden KERIS Malaysia). "Melayu Leka Hilang Kuasa"


Ketibaan DYAM Raja DiHilir Perak
Ucapan Presiden GMP , Dato' Seri HilmiPenyampaian Watikah Keluarga Angkat oleh DYAM Raja DiHilir PerakMahasiswa Anak Perak UPSI