Saturday, January 9, 2010

Salam tahun baru buat semua. Sekian lama tok tidak menulis blog, tetapi apabila berlaku pembakaran gereja Khatolik kelmarin membuatkan tok merasakan untuk terus bangun dari lena dan cuba untuk menulis dengan niat menjadikan Malaysia ini terus harmoni tanpa perbalahan kaum dan sebagainya.


Tragedi gereja Khatolik yang telah dibaling dengan bom petrol telah memperlihatkan bahawa Malaysia sebenarnya begitu mudah diancam iaitu dengan hanya isu penggunaan Kalimah Allah. Beginilah tamparan yang terpaksa diterima oleh pemimpin sesebuah negara yang rakyatnya merangkumi pelbagai agama dan bangsa.Baca Sini. Sememangya perkara ini tidak patut berlaku di Malaysia yang selama ini dipandang sebuah negara kecil yang aman bagaikan taman bunga kecil yang menjadi tumpuan kumbang-kumbang pelusuk dunia.
Tetapi tok begitu sedih apabila ada beberapa pihak yang menanggap semua perkara yang berlaku ini adalah mainan politik semata-mata. Pas sebelum ini yang bersorak, melolong yang mengatakan berjuang mewujudkan negara Islam, tetapi di mana tindakan pemimpin mereka tentang isu penggunaan Kalimah Allah? dimana pendirian pemimpin Pas? lihat sini.
Kalau beginilah keadaan orang Islam yang masih lagi mementingkan politik berbanding agama dan bangsa, tok sangat yakin yang suatu hari nanti perkara 3(1) dalam perlembagaan akan terkubur dengan sendirinya. Walau apa sekalipun, tok menentang keras akan individu tidak bertanggungjawab yang telah mencetuskan huru hara dengan membaling bom petrol pada 3 buah gereja Khatolik. Langkah tersebut adalah bertentangan sama sekali dengan tuntutan agama suci Allah iaitu Islam. Perkara ini menyebabkan penganut agama lain mengatakan Islam di Malaysia rasist dalam memperjuangkan agama. Bagaimana kita merasa sakit apabila melihat Israil menyerang Palestin, begitu jugalah perasaan yang telah dialami penganut agama Kristian di Malaysia dan juga penganut agama lain. Janganlah kita membuatkan orang lain takut untuk menghampiri Islam.