Wednesday, November 12, 2008

Lambaian GRO-GRO di Perak

Kerajaan negeri Perak di gesa untuk membatalkan lesen kepada GRO-GRO asing.



(GRO-GRO yang ditangkap di Perak kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri, kebanyakkan berasal dari China, Indonesia dan Vietnam).


Persoalannya, kemana hilangnya nilai-nilai keIslaman yang dilaung-laungkan oleh kerajaan negeri Perak yang kini berada dibawah jajahan Pakatan Rakyat?
Di Perak kini kerajaan negeri membenarkan pengeluaran lesen kepada premis-premis hiburan dan kelab-kelab malam untuk menggunakan GRO asing.
Tidakkan GRO asing ataupun GRO tempatan sama sahaja kerana mesing-masing menjerumus ke arah lembah kemaksiatan?




Ustaz Nizar pun satu, takkan tak tau kut pasal bahaya GRO ni. ke Ustaz Nizar pun suka melihat negerinya dipenuhi dengan GRO-GRO?
Berikut FATWA mengenai GRO;

1. Bahawa bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Perlanggan (GRO) adalah haram dan berdosa.
2. Bagi maksud fatwa ini, mana-mana wanita Islam adalah dilarang menjalankan tugas sebagai Pegawai perhubungan Pelanggan (GRO) di kelab-kelab malam, rumah urut, disko, bar, pub dan sebagainya. Larangan ini meliputi kepada sifat serta ancamanya seperti berikut:
i) Pekerjaan tersebut melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh hukum
syarak.
ii) Mendedahkan aurat
iii) Pergaulan bebas antara bukan mahram

Aduhai Ustaz Nizar, kamu tu pemimpin yang berselindungkan agama. Takkan pasai ni pun kamu tak tau. Takkan tok nak ajar jugak kut.
Ye Fatwa di atas menyatakan pengharaman untuk wanita Islam, tapi kalau wanita asing pulak boleh jadi halal ke?
Nanti kalau malaikat soal, kamu ada ke jawapan ke Nizar oi!
.

Monday, November 3, 2008

ZAID SUDAH KETERLALUAN


Kenyataan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim yang mempertikaikan Ketuanan Melayu amat keterlaluan ketika berucap di Persidangan LawAsia 2008 di Kuala Lumpur pada 31 Oktober yang lepas.
Datuk Zaid Ibrahim telah mendakwa bahawa konsep Ketuanan Melayu sebagai satu kegagalan yang membawa keburukan kepada Melayu bahkan menurutnya lagi konsep Ketuanan Melayu menyebabkan pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara.

Tidakkah Datuk Zaid sedar bahawa beliau juga merupakan orang Melayu? Hasil daripada Ketuanan Melayu dapat melahirkan diri beliau sebagai seorang peguam Melayu, yang akhirnya menceburi bidang politik dan dapat menjawat jawatan sebagai seorang menteri.
Kiranya nama beliau tiada bin di tengah, dapatkah beliau menikmati keistimewaan ini?
Umpama kacang lupakan kulit, tindakan Zaid ini seolah-olah satu tindakan bodoh semata-mata untuk menarik simpati rakyat serta menutup kelemahannya selepas tidak dipilih menjadi Ketua Bahagian Kota Bharu.
Semata-mata kerana tidak dapat menjadi Ketua Bahagian, Zaid sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup aib yang menimpa dirinya.
Seorang Senator dan mempunyai jawatan Menteri tidak dipilih sebagai Ketua Bahagian.
Bagi menutup malunya, mula-mula beliau telah mengkritik kerajaan yang membelanya dari kecil lagi tentang perlaksanaan ISA sehingga beliau bermain wayang dengan meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai tanda protes terhadap pelaksanaan ISA.


Khabar yang terkini yang kencang berbicara menyatakan Zaid juga meletakkan jawatan sebagai Senator. Sehingga ke hari ini masih belum kedengaran ucapan maaf yang terpancar dari mulut Zaid, adakan beliau tetap berpegang teguh dengan kenyataannya dan menganggap Ketuanan Melayu sebagai membazir.
Sepatutnya Zaid patut tukar istilah bin yang berada di tengah-tengah namanya dan digantikan dengan anak lelaki. Yeee bunyinya agak keras tapi kita perlu sedar bahawa orang Melayu sendiri sudah mula mempertikaikan Ketuanan Melayu.
Tak kira la samaada kita ini Melayu Kelantan ke, Melayu Jawa ke, Melayu Mamak ke, pokoknya yang jelas Melayu itu tetap Melayu dan sudah semestinya Melayu mesti membela Ketuanan Melayu.

Saturday, November 1, 2008

Mengapa harga berbeza?


Specifications (Cougar EC 725) BRAZIL



General characteristics

* Crew: 1

* Capacity: 24 troop seats

* Length: 19.50 m (63.98 ft)

* Rotor diameter: 16.20 m (53.14 ft)

* Height: 4.60 m (15.09 ft)

* Empty weight: 5,330 kg (11,750 lb)

* Loaded weight: 10,000 kg (22,000 lb)

* Useful load: 5,670 kg (12,500 lb)

* Max takeoff weight: 10,500 kg (23, 100 lb)

* Powerplant: 2× Turbomeca Makila 1A4 turboshafts, 1,800 kW (2,413 shp) eachPerformance

* Never exceed speed: 278 km/h (150 knots, 173 mph)

* Maximum speed: 249 km/h (134 knots, 154 mph)

* Cruise speed: 239 km/h (129 knots, 148 mph)

* Range: 573 km (310 nm, 357 mi)* Service ceiling 3,450 m (11,319 ft)

* Rate of climb: 7.2 m/s (1,417 ft/min)



Specifications (Cougar EC 725) MALAYSIA



General characteristics

* Crew: 2 (pilot + co-pilot)

* Capacity: 1 chief of stick + 28 troop seats

* Length: 19.50 m (63.98 ft)* Rotor diameter: 16.20 m (53.14 ft)

* Height: 4.60 m (15.09 ft)

* Empty weight: 5,330 kg (11,750 lb)

* Loaded weight: 11,000 kg (24,250 lb)

* Useful load: 5,670 kg (12,500 lb)

* Max takeoff weight: 11,200 kg (24,700 lb)

* Powerplant: 2× Turbomeca Makila 1A4 turboshafts, 1,800 kW (2,413 shp) eachPerformance

* Never exceed speed: 324 km/h, 201 mph (175 kts)

* Maximum speed: 324 km/h, 201 mph (175 kts)

* Cruise speed: 285 km/h, 177 mph (154 kts)

* Range: 857 km, 532 mi (463 nm)

* Service ceiling 6,095 m (20,000 ft)

* Rate of climb: 3.6 m/s (710 ft/min)

Dahulunya kita desak kerajaan untuk menukarkan helikopter Nuri yang sering terbabas. Apabila kerajaan menukarkan Nuri kepada Eurocopter, lain cerita pulak yang timbul.
Kita menyalahkan kerajaan kerana membelinya dengan harga yang mahal sedangkan Brazil membeli dengan harga yang murah.
Kadangkala kita sering lupa bahawa nama yang sama tidak semestinya rupa, bentuk atau accesoriesnya sama. Samala seperti kita membeli kereta, kalau kita membeli B-Line, sudah pastila harga lebih murah jika dibandingkan dengan H-Line.
Lihat sendirila perbandingan specifikasi eurocopter Brazil dengan Malaysia. Jangan lah kita asyik nak salahkan kerajaan sahaja.

LAMA MENGHILANG !!!

(Kosovo, bumi yang dihalang kemerdekaan)
Salam dan selamat kembali.
Setelah agak lama tok limbong menyepi, kini tok kembali utk menghiasi ruangan yang telah lama ditinggalkan kesepian.
Pada kali ini tok tertarik utk membicarakan isu global, sebelum ini kita dibelenggu dengan pelbagai isu domestik.
Kosovo, merupakan bumi yang dijajah Serbia. Namun pada 17 Februari 2008 Kosovo telah mengisytiharkan kemerdekaannya dari Serbia.
Serbia membantah keras kemerdekaan ini, tetapi Malaysia telah mengiktiraf kemerdekaan Kosovo.
Pada hari ini, Kementerian Luar Serbia telah mengusir Duta Malaysia, Saw Chin Hong. Sebelum ini Duta Montenegro dan Macedonia juga telah diusir kerana faktor yang sama.
Sehingga kini, 38 negara termasuk Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan banyak negara Eropah lain mengiktiraf Kosovo yang mempunyai 2.1 juta penduduk.
Mengapa Duta Malaysia menjadi mangsa? Adakan kerana ada agenda lain di sebalik pengusiran ini? Mungkin negara kita dilihat sebagai sebuah negara yang berkeupayaan untuk menjadi negara pelindung bagi negara-negara yang teraniaya.
Mengapa harus mengusir dan tidak mengenakan hukuman Persona Non Grata?
Kita dapat lihat pada hari ini dunia luar semakin berusaha untuk menindas negara kita kerana negara kita berpotensi menjadi kuasa Islam yang terkemuka.
Justeru itu mengapa perkara ini tidak dibincangkan di Parlimen. Mengapa ahli Parlimen sekarang hanya sibuk membicarakan isu-isu yang remeh-temeh semata-mata untuk mengejar kerusi no.1? Lu pikir la sendiri.